Suka Duka Si Obesiti

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Straight to the story, nama ku Neina semestinya seorang perempuan dan berumur dalam lingkungan 25 hingga ke 30 an.

Seperti title yang diberi, aku merupakan seorang yang mempunyai berat badan berlebihan atau lebih scientefic iaitu ‘OBESITI’. Luahan aku disini hanyalah untuk bercerita. Mungkin ada yang mempunyai kisah sama seperti ku atau seakan-akan sama.

Berat badan ku mula meningkat ketika berumur 10 tahun. Mama selalu beritahu aku, waktu aku kecil, aku tidak lah montel seperti sekarang. Dapat dibuktikan dengan gambar-gambar ketika ku kanak-kanak. Seolah-olah orang lain.

Semasa kecil, aku tak lalu makan, susu pun kurang minum, hanya suka minum air milo. Mungkin mama dan abah risau, abah selalu membelikan vitamin dan macam-macam supplement yang dicadangkan doktor agar aku lalu makan dan mendapat nutrisi yang secukupnya.

Kurasa supplement yang diberikan memang berkesan hingga kesannya sehingga sekarang. (HIHI). Aku sangat suka makan, kadang-kadang tak lapar pun, tapi mulut ni rasa nak mengunyah sahaja.

Umur 11 tahun, aku menjalani pembedahan appendix. Dan selepas pembedahan, bermula dari situ, berat badan aku bertambah dengan jayanya. Ada yang kata, berat badan memang akan bertambah jika sesiapa pernah lakukan pembedahan. Entahla dari mana conclusion seperti itu dibuat.

Setelah masuk sekolah menengah, selepas datang bulan untuk kali pertama di tingkatan 1, aku semakin tak dapat menahan nafsu makan.

Tapi nak dikatakan aku suka makan coklat atau kek, aku tidaklah suka sangat. Tapi aku memang suka makan nasi. Tak makan nasi sehari walaupun makan makanan lain seumpama mee, keutieaw atau laksa, seolah-olah tak makan bagiku.

Berat badan aku ketika tingkatan 3, sudah mencecah 60 kg, dengan ketinggian hanya 152 cm, bagiku sangatlah gemuk aku rasa waktu itu. Mujur aku ada rakan-rakan rapat yang juga mempunyai saiz badan sepertiku. Jadi aku kurang rasa terhina sangat.

Persekitaran aku ketika itu juga tak ada orang yang mulut lantang mengejek-ejek kami yang bersaiz comel ini. Jadi aku rasakan aku masih normal ketika itu.

Selalunya ketika aktiviti Pendidikan Jasmani, pasti ada pemeriksaan berat badan dan tinggi. Ketika giliran aku, boleh pulak lelaki budak kelas ku yang aku crush dalam diam, duduk berdekatan. Malunya tak tahu nak cakap.

Aku suruh lelaki tu pergi tempat lain, tapi dia berkeras nak tengok juga, Lelaki ni aku gelarkan F. Selepas lihat berat badan ku, F tergelak dan mengejek ku. Tapi aku tak pedulikan.

Giliran dia, rupanya berat F lebih dariku memandangkan F tinggi. Aku pula rasa lega sebab F berat dari aku, dan F juga waktu itu rasa termalu pula.

Macam berterabur la cerita aku. Suka duka aku menjadi obesiti semestinya lebih banyak duka. Tapi aku kurang lalui pengalaman diejek-ejek. Alhamdulillah, persekitaran aku kurang toksik mungkin.

Maksud ku, tak pernah lagi laa aku jalan-jalan, then ada orang panggil aku si gemuk ke, gajah ke atau tong gas. Mungkin juga sebab aku jenis pendiam dan baik(perasan ye). Jadi orang tak sampai hati nak sakiti hati aku yang baik ini( kekeke )

Duka yang sangat terkesan adalah aku sering di reject. Tapi bukanlah reject sebab cintan -cintun ni. Aku kurang sikit kearah cintan-cintun ni masa zaman sekolah sebab aku rasa aku tak cantik and gemuk,

So tak kan ada orang teringin nak mengorat atau apa so jangan pernah berangan. Ni pendirian aku waktu itu. Reject yang sering aku dapat ialah reject ketika aku apply nak jadi pengawas atau pengawas perpustakaan atau jawatan apa-apa dalam kelab persatuan.

Ya, mungkin guru-guru lihat aku tak da potensi. Dengan badan yang gemuk, mana mungkin aku mampu kejar budak-budak nakal yang hisap rokok (aku rasa yang ni dalam fikiran guru-guru waktu tu).

Sedangkan aku tengok tugas pengawas hanya jaga barisan, dengan muka straight. Tak pernah pulak aku nampak ada yang berkejaran kesana kesini.

Sedih tau waktu tu, bila interview, guru jawab, awak macam kurang yakin dengan diri awak jadi macam mana nak jadi pengawas.

Haish, aku dah cukup berani nak apply tu bermaksud aku yakin la tu. Tapi dah tak diberi peluang. Kebanyakkan yang jadi pengawas waktu tu semua kurus-kurus dan segak-segak. Kalau ada yang gemuk pun, mesti budak tu anak cikgu sekolah tu. Kalau tak, tak ada maknanya ye nak lepas.

FYI, guru lelaki ye yang handle pengambilan pengawas waktu tu. So, aku just assume guru tu jenis suka yang cantik-cantik je.

Nak apply jadi pengawas perpustakaan pun tak dapat. Sebabnya aku jarang pergi perpustakaan. Kan setiap kali nak masuk perpustakaan, kena tulis nama di senarai kedatangan. Aku dulu pergi sekolah naik van.

So, balik sekolah dah berjalan laju-laju nak dapat seat depan. Memang tak laa aku nak singgah perpustakaan kan. Waktu rehat pulak mesti la nak makan. Tak da maknanya ye nak makan then kejar-kejar nak g library pulak.

Aku tak touching sangat tak dapat jadi pengawas perpustakaan ni sebab ada logiknya diorang nak pelajar yang rajin ke perpustakaan.

Jawatan dalam kelab persatuan apatah lagi. Diorang lantik yang cantik-cantik, pengawas ke atau yang famous kat sekolah. Kitorang yang bulat-bulat ni buat-buat tak nampak ye.

Tingkatan 5 ada la merasa jadi naib pengerusi, itupun sebab kelab tu kelab yang kurang orang nak masuk. Kelab geografi tak silap aku. And unit beruniform aku waktu tu Puteri Islam.

Ada story pasal Puteri Islam ni. Sekolah aku waktu ni, paling famous PBSM, Kadet Remaja Sekolah(KRS) and lagi satu JPAM tak silap aku.

Orang lain berebut-rebut nak masuk unit ni tapi aku and kawan-kawan comelku pilih puteri islam ye. Sebab apa, sebab tak ada lelaki. So tak payah nak malu-malu nak kawad bagai.

Perjumpaan pun kat surau ye, unit lain mana ada ye nak jumpa kat surau ke. Special tak. Hehehe. Tapi satu je yang kureng, Kawad puteri islam memang hancur. Tiap kali acara sukan, memang sekadar berarak je.

Tapi disebabkan aku dan kawan aku suka berkawad, aku selalu join dan kakak-kakak puteri islam pun selalu bagi kepercayaan kat aku and kawan-kawan untuk ajar budak-budak lain berkawad. Tapi tak boleh laa terus menang kan.

Last waktu tingkatan 5, Puteri Islam dapat tempat ke 2. Rasa bangga gila aku waktu tu.

Then, habis sekolah menengah, sambung belajar. Dan pernah 3, 4 kali dapat jemputan temuduga SPA. Jawatan nurse. Tapi, tiap kali temuduga, mesti penemuduga akan kata berat badan aku tak sesuai dan suruh aku berusaha lagi.

Waktu tu umur aku 19 tahun ye. Aku minat sangat nak jadi nurse ni. Sebab arwah tokwan aku pernah cakap aku sesuai jadi nurse sebab aku selalu jagakan tokwan aku masa dia sakit. (Sedihnyaa, tak dapat jadi macam tokwan nak ).

Kenapa yaa. Nurse kena kurus ke semua? Bukan ke nak kena angkat patient tak kira lelaki perempuan. Yang gemuk ni tak boleh jalan laju-laju ke. Sedih kitorang disisihkan macam ni.

Kenapa tak ambil kira dari segi gred ye. Memang orang kerja kerajaan kena cantik and hensem je eh. Ramai budak-budak yang gred spm dia kurang dari aku, tapi diorang kurus and cantik. Ye, diorang lepas jadi nurse, jadi MO.

Aku tahu rezeki masing-masing. Mungkin memang Allah tahu aku tak sesuai jadi nurse. Tak pelaa aku redha ja bab rezeki ni, cuma kalau lah betul mereka ambil orang dari segi rupa, dari segi badan kurus, gemuk ke.

Tak baik tau, boleh jadi ada orang yang lebih layak, tapi hanya sebab dia gemuk, korang menidakkan and terus assume dia tak layak.

Alhamdulillah, aku dapat kerja swasta. Ya, aku dapat pun sebab gred aku ye. Then bersyukur sangat boss aku tak tengok rupa paras atau fizikal badan aku.

Struggle kitorang yang gemuk ni nak compete dengan orang lain adalah berdasarkan knowledge je. Kalau knowledge kurang, rupa kurang, fizikal pun kurang, tak kan ada yang pandang.

Bab jodoh, aku bersyukur jumpa one and only lelaki yang suka perempuan gemuk ni. Ingat tak lelaki yang aku crush masa sekolah menengah and dia gelakkan aku sebab tengok berat badan aku tu. Dia la suami aku sekarang.

Kitorang baru bernikah waktu pkp 2.0 lepas. Sejak peristiwa kat atas ni, dia selalu usik aku, mesej aku, topupkan aku RM2 semata-mata nak aku reply mesej dia. RM2 boleh send 200 mesej ye waktu tu.

Aku rasa sampai sini saja luahan aku. Betul tak ada suka ada duka. Buat pengetahuan korang, berat aku sekarang 70 kg. Sedap suami memandang pun takpa lah. Semoga ada rezeki nak timbang cahaya mata. Doakan aku yaa semua.

Assalamualaikum…

– Neina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *