Okay cerita aku ni mungkin korang akan cakap macam drama yang tengok petang-petang kat tv3 tu tapi aku tetap nak cerita at least aku dapat share dengan korang. Dari tajuk, korang mungkin dah boleh agak apa yang aku nak cerita.
Ya, aku jatuh cinta dengan kawan aku sendiri. Aku seorang perempuan berumur 23 tahun dan dah berkawan dengan kawan lelaki aku tu dah 7 tahun. Sepanjang kami berkawan dari sekolah tingkatan 4 tak pernah sekali pun aku ada perasaan kat dia.
Untuk pengetahuan korang, semasa sekolah menengah tingkatan 4 tu aku ni jenis perempuan yang payah gila nak rapat dengan budak laki and agak kasar. Sebab aku ni jenis ada masalah nak bercakap dengan budak laki dari azali.
Setiap kali nak cakap dengan mana-mana budak lelaki mesti aku akan rasa debar gila. Tak tahu la kenapa. Mungkin aku ni jenis orang yang sangat la memikirkan apa orang cakap terutama lelaki.
Lagi satu ni memang budak laki macam takut pun ya nak cakap dengan aku disebabkan mimik muka aku yang sentiasa masam. Tapi actually bila orang dah kenal aku actually aku okay je sebenarnya. So memang takde la budak laki nak dekat dengan aku.
Nak dijadikan cerita masa di penghujung tingkatan 4 , aku ditempatkan satu kelas dengan kawan lelaki aku tu. Masa tu aku dari kelas A dipindahkan masuk kelas D sebab kelas A tu nak dijadikan kelas akaun. Aku pilih biologi sebab tu la kenapa aku dipindahkan. And semua budak kelas A yang tak ambil akaun akan randomly dipecahkan ke dalam 5 kelas biologi yang lain.
Oh lupa aku nak bagitahu aku sekolah aliran sains berasarama di salah satu negeri pantai timur. Aku bagi nama kawan lelaki aku tu Merah. Masa aku masuk kelas D tu aku tak rapat lagi dengan Merah. Aku rasa mungkin disebabkan oleh mimik aku ni la kan garang tak tentu pasal. Dengan classmate prempuan yang lain elok je dia bercakap. Then berlaku lagi rombakan kelas and aku masih lagi ditempatkan kelas yang sama dengan si Merah.
Okay masa ni la kami rapat. Aku boleh rapat and berkawan dengan dia mungkin sebab dia jenis macam selamba je tegur aku yang garang2 ni and aku selesa la kawan dengan dia. Sampai classmate lelaki lain pelik la macam mana si Merah ni boleh rapat dengan aku tapi bukan dengan lelaki lain. Aku ni masa zaman sekolah boleh kata sedang-sedang saja, tak cantik sangat tak buruk sangat.
Masa aku rapat dengan Merah ni, aku tengah suka lelaki lain iaitu classmate kami jugak and si Merah ni tahu. Dia la orang yang macam selaku usik-usik aku dengan budak laki yang aku suka tu. Kalau aku frust ke apa, si Merah ni la yang akan ada dengan aku tenangkan aku ape semua.
Masa tingkatan 5 ,kami makin rapat and sampaikan kawan-kawan perempuan aku yang lain cakap yang Merah suka kat aku. Diorang cakap cuma Merah tu je lelaki yang nak rapat dengan aku and selalu usik2 aku datang kat tempat aku ape semua. Aku macam malas la nak fikir masa tu sebab memang aku anggap dia kawan lelaki yang aku rapat and sebab aku sayang friendship aku dengan dia. Lagipun aku tengah suka orang lain kut masa tu. Okay then kami habis sekolah.
Lepas habis SPM , kami ada la contact and ada masa kitorang main-main panggil sayang and masa tu aku masih tak rasa apa-apa sebab aku sayang friendship aku dengan dia. Dia la satu- satunya kawan lelaki yang aku ada. Then dia masuk matrikulasi and aku masuk diploma.
Kami lost contact untuk jangka masa yang lama lepas tu sampai kat matrikulasi dia ada makwe. Aku tak rasa ape-ape lagi. Then dia putus. Masa degree, dia ade makwe lagi then habis degree iaitu tahun ni dia putus jugak dengan makwe dia. Sepanjang dia ade makwe aku memang tak berani la nak contact ye then dia pun jarang contact aku.
Lepas dia putus dengan makwe dia yang degree tu la,aku sedar yang aku suka dia selama 7 tahun ni. Tu pun disebabkan bantuan kawan baik perempuan aku sendiri yang menyedarkan aku. Bayangkan ya. Sepanjang tujuh tahun ni, aku simpan gambar Merah dalam purse aku. Purse dah ganti pun still aku tukar masuk purse baru gambar tu.
Then bila aku pikir balik kenapa aku rasa seronok bila dapat keluar dengan dia,whatsapp dengan dia semua la. Lupa aku nak cerita masa habis SPM dia ada bagi aku hadiah birthday key chain. Key chain tu ada huruf depan nama dia and simbol love. Masa dia bagi lepas SPM dulu, aku pelik jugak kenapa dia mesti bagi huruf depan nama dia and bukan nama budak laki yang aku suka tu ke or nama depan aku sendiri. Tapi aku buat bodoh je la kan.
Then aku simpan key chain tu sampai sekarang and kertas- kertas and ada satu surat yang dia pernah bagi aku semua aku simpan. Aku ingat tu hanya perbuatan normal seorang kawan perempuan yang sayang kawan lelakinya. Rupenya aku sedar yang dah suka kat dia selama 7 tahun iaitu tahun ni.
Okay then sekarang ni, aku satu office dengan dia. Atas takdir Tuhan aku dapat offer 1 tempat kerja dengan dia. Aku terima sebab mesti la kan suka kalau dapat satu office dengan orang yang aku minat and kebetulan memang kena dengan course yang aku belajar.
Kan aku cakap dia baru putus dengan makwe dia kan so dia single. And aku berharap aku ada chance la untuk dengan dia. Tapi tahu je la kan bila kau dah berkawan lama dan biasa cakap kasar sesama sendiri payah benda tu nak tukar jadi sayang. Lagipun suatu masa dulu aku pernah abaikan semua signal yang dia suka kat aku masa sekolah dulu.
Makin hari makin aku suka kat dia bila dah satu office ni. Aku pun dah tak tahu nak buat macam mana. Nanti kalau ada masa aku cerita pulak macam mana aku dengan dia bila dah 1 office ni . Makin lama makin confuse apa yang aku rasa ni. Aku cuma harap korang doakan aku baik-baik je.
Okay. Thanks sebab sudi membaca kisah aku ni. Jumpa lagi maybe dalam next article yang akan datang.
– A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit