Tinggi aku, kurang dari 150cm. Dahulu aku kurus sekeping bagaikan papan lapis, berat pun 38kg masa di UIA.
Kini sejak bekerja, makin berisi, Alhamdulillah, 48kg dah aku ini. Berkulit cerah, dan suka masak.
Aku masih single. Masih mencari-cari teman hidup yang sama tinggi atau tinggi sikit je dari aku ni.
Walaupun kawan-kawan aku yang sama tinggi dengan aku kebanyakan mereka mengimpikan lelaki yang tinggi, aku sebaliknya. Aku lebih suka lelaki rendah.
Kenapa aku lebih meminati lelaki rendah? Senang nak cium. Haha.. Bukan tu main pointnya.
Aku suka lelaki yang cerah sebenarnya. Tapi tak kisahlah cerah ke gelap, janji tak baran. Karang tak pasal bila marah, aku dilemparkan ke dalam sungai.
Lelaki yang tinggi ni suka sangat persendakan aku yang berketinggian comel ni.
Macam contoh aku nak ambil barang, kawan2 aku akan berkata ‘kemetot sangat ko ni, lain kali makan kalsiyum banyak2’. Korang ingat aku boleh pilih nak tinggi atau rendah.
Lelaki tinggi juga suka nak perempuan rendah macam aku ni pakai high heels supaya nampak tidak ketara perbezaan ketinggian. Sakit kaki lah pakai high heels ni.
Selalunya yang kita nak akan berakhir dengan sebaliknya. Aku harap sangat tidak.
Entahlah kenapa aku rasa aku lebih bersependapat dengan lelaki berketinggian cute berbanding lelaki tinggi.
Bagi hatiku yang kecil ni, lelaki yang kurang ketinggiannya ini sangat versatile, unik dan comel. Setahu aku, mereka ni memahami dan lucu orangnya.
Malah ramai yang aku kenal, lelaki yang berketinggian cute ini, sangat hensem, sweet dan peramah walaupun pemalu.
Maka tak hairanlah mereka ini digilai ramai gadis2. Hinggakan aku pun tak dapat cari seorang yang available. Weheeee..
Well, agaknya ramai tak lagi lelaki yang kurang tinggi ini yang masih lagi single dan available di IIUM Confession ni? Yang sama taste macam aku pulak, ada tak?
Jom lah confess. Kot lah ada yang berkenan..
– Aku yang 148 jer (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit