Assalamualaikum warga iiumc.
Confession aku ni memang setepek untuk yang bergelar perokok. Kalau nak cakap pasal rokok, memang dari kecik hidup aku memang dengan asap rokok. Ayah aku seorang perokok tegar. Sampaikan dia cakap rokok lagi penting dari segala-galanya. Mungkin dia bergurau tapi gurauan macam tu memberi impak pada aku sebab aku ada asthma dari zaman sekolah rendah lagi.
Bila meningkat dewasa, aku makin sensitive dengan bau rokok. Kalau pergi mana-mana, aku boleh hidu bau asap rokok walaupun si perokok ada jauh gila dengan aku. Orang tu merokok ke tak pun biasanya aku boleh recognize. Bau badan yang dah melekat bau rokok. Bau mulut tu apa tah lagi. Korang tahu tak korang yang merokok tu mulut korang busuk? Boleh membantutkan sel-sel otak yang sedang berhubung. Kalau nak cakap dengan orang sila lah cover sikit pernafasan anda.
Aku benci segala macam asap baik rokok ke vape ke orang bakar sampah depan umah aku ke aku cukup sensitive. Dan aku cukup tak paham apa yang ada dalam kepala otak orang yang asyik sedut asap ni. Tak ada toleransi langsung. Dah nampak ada budak kecik / bayi / warga emas, reti tak merokok tempat lain? Reti bahasa tak bila kat tempat tu ada sign NO SMOKING / DILARANG MEROKOK?? Please lah. Be humanity. Orang bakar sampah asap berkepol-kepol reti pulak nak membebel bagai. Bila orang tegur melenting tak tentu pasal. Siapa yang menyumbang kepada pencemaran udara sekarang ni??
Aku tak rasa pun bila harga rokok naik akan memberi kesan kepada si perokok tegar. Sebab bila harga naik makin rancak pulak aku tengok diorang ni membeli. Cuba setiap kali korang nak beli rokok tu korang catatkan tarikh dan harga rokok. Cukup bulan kira semula berapa banyak dah duit korang berhabis untuk benda yang tak berfaedah tu. Yang peliknya, reti pulak mengadu tak cukup duit, tapi merokok dengan rokok yang high class. Rasa nak bagi high-five je. *sigh
Lagi satu, kadang-kadang aku perasan juga ada sesetengah perokok ni, bila kita suruh dia hembus asap rokok tu ke arah lain, dia boleh pulak sedut asap tu lepas tu hembus kat orang tu pulak. Aku macam SERIOUSLY? SERIOUSLY??? Bebal ke apa manusia macam tu.
Aku bukan nak mendoakan benda buruk tapi kepada perokok tegar yang hati kental kononnya payah nak berhenti merokok bagai tu takkan nak tunggu bala Allah datang baru nak insaf bagai? Please lah, wujudkan sikit sikap berperikemanusiaan dalam diri anda. Berapa banyak makian yang korang dapat bila merokok dikawasan yang ada baby, budak kecik. Korang tak tahu ke asap rokok yang baby dan budak kecik tu sedut boleh melembabkan otak budak-budak tu. Kesannya sampai besar tahu tak?? Macam aku lah. Belajar memang lembab sikit. Aku kena study banyak kali baru boleh dapat. Masa study dulu pun walaupun aku study hard ke smart ke macam nak mati ke baca buku tu tetap tak dapat dekan pun. Hahaha! Aku tak salahkan seratus peratus kepada rokok, mungkin dah memang tertulis aku tak dapat dekan sampai habis belajar.
So, aku mohon sangat kepada perokok-perokok yang sedang membaca tulisan aku ni;
1. Please be humanity. Susah-susah mak bapak bayi / kanak-kanak tu bela anak-anak diorang dari segala benda tak elok, korang sedap je bagi diorang sedut asap rokok korang. Yang menghadap budak-budak tu sakit bukan korang kan?
2. Kalau nak merokok a.k.a merosakkan paru-paru, silalah rosakkan paru-paru anda seorang sahaja. Jangan libatkan orang lain.
3. Kalau nak merokok sangat, cari kawasan tak ramai orang. Kalau boleh merokok dalam air.
4. Setiap kali nak beli rokok, batalkan niat tu. Masukkan duit rokok dalam tabung. Cukup bulan pergi sedekah pada yang lebih memerlukan. Tak ada nya sehari tak merokok boleh jadi gila.
5. Untuk adik-adik yang acah-acah macho nak try hisap rokok, akak nasihatkan toksah ler gatal nak try. Duit belanja sekolah yang mak ayah bagi tu buat beli benda berfaedah ye. Sekali dah try memang ketagih.
6. Aku doakan korang si perokok-perokok tegar supaya ditiupkan rasa humanity dalam hati. Aku tak nak doa yang buruk-buruk sebab confirm Allah takkan makbulkan. Memang susah nak berhenti mendadak. Cubalah slowly. Aku dah nampak sendiri kesan rokok ni pada yang muda belia. Yang tua apa tah lagi.
7. Dah tu je aku nak membebel. Bye.
– Pembenci rokok
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit