Suka Sejenis

Aku memang suka lelaki daripada kecil. Aku tak suka perempuan dan tak pandai bercinta.

Ada lah minat perempuan tapi sikit je.. Ada hikmah kenapa aku lebih cenderung kepada lelaki berbanding perempuan.

Bila dah besar aku mula belajar dari diri sendiri dan orang lain.

Aku selalu jumpa perempuan yang layan aku lebih kurang, tak anggap macam kawan, sampai dalam tempat kerja pun ada lagi macam tu,

Pernah rasa tak adil sebab yang sejenis macam aku diorang layan baik punya.

Aku belajar juga, perempuan nak yang sekufu (mungkin asal kata sekutu tapi ada orang tulisan cakar ayam huruf t nampak macam huruf f),

Diorang tak nak lelaki bawah dari diorang sebab tak nak bela bawak hidup, kaki kikis, kaki pukul dll. Kalau boleh nak lagi atas atau setara.

Macam ni punya gambaran aku jadi takut dengan perempuan.

Biar aku bujang sepanjang hayat asalkan aku tak sakit hati dan tak menyakiti.

Aku dah belajar agama, hafal Quran, hafal hadis, tak nak benda2 ni hancur disebabkan perempuan.

Sebab kau dah libatkan dosa dengan orang, bukan dengan Allah. Dosa dengan orang ini, kalau ego besar tembok China, menjawablah dekat Qantarah, akhirat.

Aku gay pun, maksiat aku dengan manusia atas kerelaan manusia itu. Sama-sama nak, layan. Kiranya dosa aku dengan Allah saja, dua2 pihak wajib bertaubat. Selesai. CONTOH.

Kalau aku straight, maksiat aku dengan perempuan. Lepastu mengandung. Dua dua tanggung malu, dua dua pihak sakit hati.

Kalau aku “lembut” sikit mesti aku disalahkan.

Aku dah lah dilahirkan lurus, baik, sopan. Orang mesti berani “pijak” aku. Perempuan mana yang berani mengaku salah?

Aku dah memang tak suka perempuan, jadi penceritaan aku lebih kepada negatif sahaja. Positif itu ada, tapi sikit. Boleh kira dengan jari.

Aku tak kata semua perempuan jahat dan gelap (jahil). Ada ja perempuan yang baik dan bercahaya (alimah).

Jadi, korang yang straight jagalah hubungan elok2 (kawan2/kekasih). Jangan jadi toksik.

Korang yang gay, simpan sahaja nafsu itu. Jangan lepaskan. Anggap ini peluang untuk hidup membujang dan selamat dari menjadi lelaki tak bertanggung jawab (plus dosa dayus).

Aku tak ajak semua orang ikut fahaman aku. Ikut naluri (bisikan malaki) masing2.

Okay, itu sahaja. Terima kasih baca..

– Amr (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Dosa maksiat sama je kalau dgn berlainan jenis dgn sesama jenis. Jgn sebab korang xleh mengandung, xde bukti, dosa tu kurang. Org gay selalu bitter dgn pompuan, taulah korang jeles sbb xleh kawen dgn laki kan hikihikhik.

  2. Diri sndri yg memilih nk jd gay pastu salahkan perempuan nk sekufula, xnk ngaku salah la. Tu mslh manusia mcm awk, sebok pikir perangai org lain bermasalah la, judge dosa org lain la. Nk kata apa? awk ni lg bagus la Dari manusia sekian2. Kita ni pendosa sedar diri bukan tuhan nk tentukan dosa mana lagi teruk. Cuba tgk diri sndri tu betul ke dak, berusaha nk berubah kpd kebaikan bukan justify your wrongdoing. Konon walaupon aku suka homosexual tapi aku baca Quran, hadis. Salah tetap salah. menangis taubat dosa sendiri bukan riak hafal Quran bagai tapi gay. Manusia lain punya dosa bukan kerja awk nk letakkan kedudukan diorg di mana di mata Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *