Suka Si Songsang

Assalamualaikum kepada semua pembaca IIUM Confession. Sekiranya tulisan ini diterbitkan, terima kasih untuk admin.

Perkenalkan nama aku Ira, berumur perkahiran 20an, dan bekerja di sektor swasta. Tujuan aku menulis di sini kerana aku perlukan seseorang untuk buka mata aku dan nasihatkan aku, sebab aku rasa hati aku dah terlalu lemah.

Aku mula kan cerita di mana tahun lepas aku telah berjumpa dengan seorang lelaki yang bernama D.

D ni berumur jauh lebih muda dari aku, dan aku lebih tua dari dia dalam 7 tahun macam tuh lah. D ni perwatakan dia macam lelaki lembut, orang mat salleh cakap “soft boy”.

Aku dan D ni satu tempat kerja dan first time aku jumpa D ni, aku pun confuse, dia ni lelaki ke perempuan, gaya dia macam perempuan, terkepit-kepit..

Tapi rupa jenis jambu, ada dua lesung pipit dalam kiri kanan, mata tajam, kening lebat. Bagi aku memang ada rupa, tapi sebab dia lembut, dia lebih nampak kepada perempuan bukan lelaki dan dia bagi aku sangat gedik. Hahaha.. Terkinja-kinja, entah.. Comel.. hehe.

Mula2 susah nak rapat dengan dia, lama2 tu jadi rapat, aku anggap dia sebagai adik dan dia pun panggil aku kakak, entah kenapa suatu hari tu, dia bagitau dekat aku yang dia nak kahwin dengan aku. “Kak, nak tak kita kawan sampai kahwin?”,

Aku masa tu macam, dah kenapa budak ni? Mula2 aku ingat main2 je, tapi lama kelamaan, dia nyatakan hasrat dia tu dekat semua orang tempat kerja yang dia nak kahwin dengan aku.

Masa ni aku memang malu dan aku pernah marah dia kenapa cakap macam tu? Tapi dia tetap juga cakap nak kahwin dengan aku.

Kawan lama D ni pernah bgtau aku yg dia tak pernah macam ni dengan mana2 perempuan, dan kebiasaanya bila lelaki lembut ni ajak kahwin dia memang betul2 maksudkan nak kahwin dengan aku.

Memang nampak effort dia cuba ambill hati aku, cara dia layan aku memang first class, mana-mana perempuan pun akan cair, cara layanan lelaki lembut dan lelaki lain, memang betul2 lain kan?

Mungkin sebab dia pun macam perempuan, jadi dia tau macam mana nak layan perempaun elok2. Dia kalau dengan aku, hilang lembut dia, tiba2 jadi macho, semua benda nak tolong aku, dan dia sentiasa ada kalau aku perlukan pertolongan.

D ni dari tak solat, kenal dengan aku terus slow2 solat.. Terharu dia punya effort tu.. Btw, D ni masak sedap, kalah aku yang perempuan. Hari-hari dia akan call aku, padahal dekat tempat kerja pun jumpa jugak.

Tapi silap aku masa ni, aku jahat. Aku rasa menyesal sangat sampai sekarang, aku dah lukakan hati dia.

Aku bagitau dekat dia aku tak nak kahwin depan semua orang dekat tempat kerja aku sebab nanti aku tak dapat anak dan aku bagitau dia yang aku tak suka dia sebab aku suka crush aku. Masa tu aku tengok telinga dia merah dan nampak muka dia macam nak menangis.

Tapi dia still lagi layan aku macam biasa dia layan aku sebelum ni, masih baik dengan aku. Masih masakkan makanan untuk aku, masih setiap hari call aku.

Sampailah aku berhenti tempat kerja tu dan bila jauh dari D aku jadi rindu sangat dengan dia dan aku baru sedar yang aku pun suka si D, sebab D ni dia lain dari lelaki2 lain,

Dia memang baik sangat, cakap pun lembut, tak pernah sekali pun dia marah-marah aku walaupun aku jahat dengan dia,

Paling2 pun dia akan merajuk dengan aku. Aku rindu masakan dia, aku rindu celoteh dia, aku rindu dia punya gedik2, aku rindu semua tentang dia.

Tapi dah terlambat.. Lepas aku berhenti tempat kerja lama, dia pun berhenti kerja dekat situ dan kerja dekat tempat lain, kami betul2 lost contact.

Lama.. Sangat lama.. Dekat setengah tahun. Aku ada je tengok status dia dekat Instagram, Whatsapp, tapi sampai satu saat tu, dia hide semua status dia dari aku.. Aku pun tak tahu kenapa..

Aku masih menyimpan perasaan suka dekat dia sampai sekarang.

Cuma yang berubahnya, dia sekarang dah songsang, berhubungan dengan lelaki.. Bila aku dapat tahu yang dia songsang, akulah orang yang paling kecewa dan sedih,

Sebab aku rasa macam aku yang buat dia jadi songsang sebab aku tolak dia, aku merendahkan diri dia yang dia tak selayaknya kahwin. Aku rasa berdosa sangat sebab buat dia macam tu.

Sekarang aku dan D kerja tempat yang sama balik sebab aku ajak dia kerja dekat tempat aku, kami berdua masih kawan rapat, dia sentiasa ada dengan aku, tolong aku.. Dia masih baik, sama macam dulu… Dan aku sentiasa ada untuk dia kalau dia perlukan pertolongan.

Aku cuba buka hati aku dekat lelaki lain, sebab aku pun dah berumur dan kalau boleh aku nak kahwin tahun depan, tapi semua lelaki aku cuba kenal, aku tak boleh nak terima lelaki tu, banyak kali aku cuba, tapi hati aku masih dekat D.

Aku cemburu bila tengok D dengan pasangan dia (lelaki), dan aku menyesal sebab pernah lukakan hati D. Aku setiap hari berdoa supaya D kembali kepada fitrahnya yang asal, tapi sampai sekarang dia masih songsang.

Aku rasa ni mungkin balasan untuk aku sebab aku dengan angkuhnya aku dulu dengan kata2 aku sendiri. Tolong bagi komen supaya aku boleh move on dari D. Aku sangat perlukan sokongan. Terima kasih semua sudi baca.

– Ira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. basically you like him and he likes you back, he wants to marry you then you reject him and you regret. Why anon why? I guess it is a punishment, I cannot see it otherwise. You want to move on? minta maaf dekat dia, pour out to him that you like him and hear rejection/acceptence (idk) so you heart may find peace. you need conclusion, new environment, new people. Dear anon, I hope fate will leads you to something much better where you heart will find peace and closure. I am so sorry if my words hurt you, please do forgive me. please do not blame yourself because he is turns out to be gay. He made that choice. Not all people yang turns out to be gay disebabkan kena reject. Its not your fault.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *