Suka Tapi Betulkan Caranya

Assalamualaikum semua warga IIUM Confession. Saya tertarik dengan artikel sebelum ni pasal wanita yang menunggu dan masih menunggu ni. Tapi yang saya nak kongsikan ni lebih kepada cara macam mana kita suka seseorang dan cara untuk luahkan.

Disebabkan saya pun perempuan juga tipulah kalau saya kata saya tak pernah sukakan seseorang lelaki kan. Tapi itu semua berbalik kepada cara kita juga. Contoh macam kes saya pernah juga saya sukakan seorang lelaki tu dan kami memang selalu berhubung by SMS. Saya pernah terfikir untuk confess perasaan saya kat dia tapi saya fikir semula betul ke ini jalan yang terbaik sebab masa tu kami masih menuntut di IPTA lagi. Orang kata masih terlalu muda lagi. Dan lagi saya fikir kalau confess pun belum tentu dia akan terima saya. Sebab girls ingat orang lelaki ni walaupun dia rapat je dengan kita and dia selalu mesej kita selalu share banyak benda dengan kita belum tentu lagi dia ada perasaan kat kita tau tapi dia cuma anggap kita kawan je. Sebab tu la jangan terlalu berharap. Kalau betul dia suka kat kita dia akan take an action. Kalau dia tak confess sendiri pun tapi dia akan bagi hint atau tanda-tanda yang dia suka kita. So berbalik kepada cerita saya tadi saya tak confess pun perasaan saya kat lelaki tu sebab macam tadi tu la. Dan saya fikir kalau betul dia terima saya pun after confess apa kesudahan lepas tu ? So kitorang akan couple yang sampai bila pun hubungan tu kitorang tak tahu sebab masih belajar. Nak kahwin pun tak ada duit sendiri lagi masa ni but at the end putus di tengah jalan macam tu je. So masa tu nanti baru nak sedar dia bukan jodoh tapi hanya buang masa jaga jodoh orang selama ni. Bila fikir kemungkinan macam ni la akhirnya saya tak confess pun perasaan saya kat dia. Tapi sebaliknya saya serahkan pada Allah. Saya minta petunjuk pada Allah kalau betul dia jodoh saya harap agar Allah permudahkan tapi kalau bukan jodoh saya minta agar Allah buangkan semua perasaan saya ni kat dia. Dan Alhamdulillah Allah bagi petunjuk dan Allah bagi macam apa yang saya nak. Selepas daripada tu semakin lama perasaan saya kat dia semakin hilang dan saya lebih tenang. Tenang yang setenang-tenangnya. Dan saya bersyukur saya tidak perlu menunggu dia.

Dan sekarang saya dah selamat berkahwin dengan jodoh saya sekarang. Dan kisah kami bermula hanya dengan orang tengah yang menemukan kami berdua dan kami suka sama suka kemudian berkahwin. Sangat mudah kan. Tak perlu nak seksa diri untuk menunggu sesuatu yang tak pasti. Jadi cadangan saya cara untuk meluahkan perasaan kat lelaki yang kita suka ni adalah lebih baik menggunakan orang tengah tapi carilah orang tengah yang boleh dipercayai supaya aib dan rahsia tetap disimpan walaupun keputusannya nanti anda direject. Dan bila guna orang tengah ni seolah-olah orang tengah yang mencadangkan anda untuk si lelaki tu jadi tak ada la nampak sangat yang anda sebenarnya nak kat dia. Jadi bila anda direject dari situlah anda sedar yang anda bukan pilihan dia so tak perlu tunggu dah. Yalah buat apa tunggu kat orang yang tak berminat kat kita pun kan. Lebih baik move on. Dan satu lagi buatlah Solat Istikharah dahulu sebelum nak minta khidmat orang tengah ni. Minta petunjuk pada Allah. Kalau betul dia jodoh kita pasti Allah mudahkan dan satukan hati kita dan si dia tapi kalau bukan jodoh minta Allah jauhkan dia dari kita.

Jadi kesimpulannya kita check balik niat kita. Bila kita kejar cinta Allah pasti Allah datangkan jodoh yang mencintai Allah juga untuk kita. Bila kita sukakan seseorang kita betulkan dulu cara kita suka dia dan cara kita untuk mendekati dan meluahkan perasaan. Jangan fikir nak confess sebab nak dia terima kita je tapi kena fikir kesan daripada perbuatan kita tu sama ada betulkah kita ditakdirkan untuk dia atau tak. Jadi setakat tu saja la cadangan saya. Semoga bermanfaat.

– Aina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit