Suka Tapi Tak Nak Kembali

Aku dulu couple dengan ex yang sekarang. Dia ni sangat baik, mula-mula tu kekok sikit sebab dia bawah aku. Daripada kekok, aku bahagia dengan dia.

Dia ni yang mula buka langkah nak ngorat aku dulu. Masa tu, aku mula-mula terima dia sebab aku nak bagi peluang pada diri aku dengan dia, dan last-last kita orang boleh go on.

Tapi dia ada satu perangai kat mana dia kuat merajuk dan jeles. Aku tahan je sampai satu tahap dia minta break dengan aku kerana dua sebab.

Satu sebab aku termarah dia sebab aku malu dengan kawan-kawan aku.

Yang kedua pulak, dia marah aku sebab aku bercakap dengan lelaki.

Tanpa tanya, weh, dia minta break.

Awalnya aku menangis dan merayu lah. Lepas tu dia bagi lah peluang, dia cakap.

Beberapa hari tu pulak dia minta break balik sebab dia kata dia tak boleh terima aku, sebab dia kata mak dia tak suka aku. Tapi dia akan still sayang aku, dan aku pasrah je lah.

Yelah, kemungkinan sebab aku dah nangis kan sebelum tu.

Aku cuba bersabar weh. Beberapa hari jugak aku diam. Jujur aku cakap sampai sekarang aku masih sayangkan dia dan rindukan dia.

Lepas dah lama tu, dia datang balik borak dengan aku, cakap dengan aku.

Lepas tu dia cakap dia rindu aku, dia nak balik dengan aku. Aku senyum je tapi tak bagi jawapan. Tapi aku tanya dia soalan,

“Bukan ke mak kau tak suka aku?”

Pastu dia diam je. And then dia cakap takpe, dia boleh borak dengan mak dia. Aku tak cakap apa-apa.

Aku mengaku aku masih sayangkan dia, masih rindukan dia. Tapi aku tak nak kembali dengan dia sebab aku sakit sangat-sangat.

Sebab apa? Sebab lepas pagi dia break dengan aku, petang tu aku nampak dia dengan perempuan lain. Sakit weh…

Jadi korang rasa tindakan aku betul ke sebab tak kembali dengan dia?

Walaupun aku tahu dia macam mana, tapi aku sayang dia.

Perlu ke aku kembali dengan dia untuk hilangkan rasa rindu ni?

– Aku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Move on saja sis. Apa yang sis rasa masih sayang tu sebab teringat moment2 manis dulu je. Cuba ingat moment2 yang buat sis sakit hati tu, Kalau saya, memang tak leh go lah dengan orang yang kuat merajuk kuat jeles, tak kisah lah kalau sama jantina pun. Banyak benda lain nak pikir dari nak pikir merajuk jeles dia je. Sikit2 dah la, tapi ni siap sampai nak control dengan sapa kita nak cakap. Lagi satu kalau mak dia dah tak suka, buat apa nak teruskan kan? Dia sendiri tak nak stand up pertahankan sis dari mak dia. Hmmm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *