Sukan Dan Merdekanya Negara

Assalamualaikum.

Aku baru habis tengok Men’s Doubles match between Malaysia (GohVShem and TanWeeKiong) dengan China. Serious, dalam hidup aku tak pernah aku layan sukan-sukan ni. Tak pernah okay even aku main jugaklah few sports dekat uni.

Seingat aku, last aku duduk depan TV tengok sukan masa Dato’ LCW lawan Lin Dan masa London2012. Tu pun secara terpaksa sebab tempat kerja aku pasang menda tu, dan aku layan. And we got Silver at that time. Perasaan aku takdelah happy mana pun, sebab yang mainnya bangsa Cina.

Okay okay gais rileks. Masa ni aku tak masuk uni lagi so macam tak berapa nak diexpose-kan sangat dengan kaum-kaum lain yang duduk dekat Malaysia ni. Dan sepanjang 19 tahun aku hidup, aku memang kenal dan nampak Melayu, Cina dan India. Kaum lain bagi aku macam tak wujud dan tak penting.

dan kuasa Tuhan, aku dapat degree di Sarawak. OMG masa ni perasaan aku bercampur baur. Nak g ke tak? Jauh sangat ni. Karang tak balik raya, tertinggal 1 tahun punya album raya kan? Lama aku fikir, sebab aku ada bapak sedara yang keje Uitm yang uruskan pengambilan students ke apa ntah, so macam atok aku cakap bolehlaa kalau aku nak tukar masuk mana-mana Uitm semenanjung.

Tapi, masa ni aku cuma fikir, bila je lagi aku nak berjalan dekat negeri orang kan? Pergh masani expectation aku pada Sarawak adalah becak, hilux dan rumah panjang yang berkayu tu. Memang tak tahu apa-apalah masa ni kan.

4 tahun aku duduk di Sarawak-banyak benda yang berubah. Expecially my thoughts on Sarawakians. Aku praktikal di Sarawak, aku duduk berjiran dengan Sarawakians (yang ada berbilang kaum- Iban, Bidayuh, Malanau- you name it. Lecturers aku pun berasal dari pelbagai kaum. Tapi eratnya Melayu Cina India Iban Melanau Bidayuh Kenyah semua (maaf tak tulis semua) buat aku rasa macam SAYANGGGGGG sangat dengan Sarawak.

Kau faham tak, kau boleh pergi makan dengan kawan cina kau, kawan Iban Bidayuh kau satu meja dan berbual. Aku tak pernah rasa benda ni. Sumpah tak pernah. Sebab aku rasa takut dengan sentimen rasis semenanjung yang sangat kuat. #MelayuMalas #CinaPendatang contohnya.

Bila aku duduk makan dengan diorang weh-bahagianya dunia. Amannya rasa. Diorang tak benci melayu pun. Melayu macam aku pun tak benci dan rasis terhadap diorang. Aku sukaaaa sangat.

Kitorang berbual tentang politik. Sukan, kecantikan, artis, dan macam-macam. Tengok wayang sama-sama. Yes, aku akui ada je Indian Chinese Malay semenanjung yang berkawan baik. Ada, aku tahu. Tapi macam aku kata tadi, aku tak pernah rasa benda tu sebab aku tak tergolong dalam orang yang bertuah nak sekolah dekat sekolah campur macamtu. Aku masuk asrama yang semua anak melayu.

Oh BTW aku agak panas dengan orang yang ACAH ACAH TAKUT NAK P SARAWAK SABAH SEBAB MAKANAN TAK HALAL, SUSAH NAK DAPAT MAKANAN HALAL, BAHAYA, TAKUT KENA SUMPIT, NANTI PERGI SEKOLAH NAIK BOAT. What the?

Korang come on, jangan cepat dengan cerita orang. Aku duduk Sarawak 4 tahun lebih, alhamdulillah kawan aku yang non-muslim yang sibuk cari nak pastikan aku dapat makanan halal. Nak pastikan gerai yang kitorang akan pergi tu takde daging babi ke apa ke? And pasal babi. Ya Allah, aku tahu babi, anjing tuu haram buat kita. Tak perlu tunjuk geli. agak-agak kalau ada org haram makan kambing ke lembu, and tengok korg makan dengan muka yang geli gila, korang terasa tak??

aku kan pernahlah kawan aku cerita dekat aku. Selalu laa diorang terasa dengan org semenanjung laa sebab rasa sarawak sabah ni mundur. Tak maju.

bagi aku, orang yang cakap macamtu, dia yang mundur dan tak maju. Sebab? Tak pernah tengok negeri orang, pandai buat judgement. LOLs

Ya Allah lari pule dari tajuk OlimpikRio aku. Haaaaa berbalik semula pada tajuk tu. Macam yang kita tahu mostly our athletes consisting of Chinese. Melayu ada cuma tak ramai and menyinar sangat. Maaf kalau Indian terasa tapi aku tahu kita ada atlit Indian dari sukan olahraga.

Pergh bab ni aku malas nak taip. Kalau boleh record, aku record. Okay.

Dato LCW. Goh Liu Ying, Chan Peng Soon, Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Pandelela, Dhabitah, Azizul Hasni Awang dan ada lagi nama atlet yang aku tak tulis. YA ALLAH KORANG DEPA NI MALAYSIAN WEH, MALAYSIAN.

Please laa Malaysian. Buanglah sentimen rasis dalam diri. Kita Melayu, kita puasa raya ziarah menziarahi dan buat apa yang agama kta suruh. Berbuat baik dengan orang lain. Sama je dengan Cina, Bidayuh, Indian semua tu weh-serioussss-

Sebagai anak muda yang baru habis belajar, baru nak menapak dalam bidang kerja, aku sedih dengan keadaan malaysia sekarang.

Tak payah sebut, semua tahu kan dengan keadaan negara kita sekarang? Aku sayang Malaysia. Aku sayang semua kaum dalam negara ni, jadi kalau sentimen rasis dan sayang menyayangi tu utuh, padu dan kuat, YA ALLAH bahagianyaaa hidup.

AKu akui, ada Melayu yang tak berapa baik. Ada Cina yang tak berapa baik dan sama juga dengan bangsa yang lain. Tapi kita yang boleh fikir rasional, kita yang positive ni sebarkanlah positive vibes dalam diri kita agar tak membenci sesama sendiri.

Jadi demi Merdekanya kita untuk tahun ke 59 ni, MARI JADI POSITIVE. SAYANGKAN SESAMA INSAN TAK KIRA APA JUA BANGSA DAN AGAMA. Tak kisahlah ahli politik nak belit sana sini ke apa, kita tahu kita dekat mana dan siapa kita.

Oh, kalau kita perasan kan selalu di FB kalau ada Cina buat baik, Indian buat baik, Melayu buat baik, Melanau buat baik, akan VIRAL kan?

Satunya, yelah spread the positive vibes. Kedua, mungkin kurangnya nilai baik pada masyarakat kita membuatkan orang tu rasa benda tu tak selalu jadi dan terjadi, jadinya diviralkan kpd umum agar kita contohi. Baguslah tu kan?

Aku tak main sukan but in few years berdoa juga agar lebih ramai anak muda tak kira perlbagai bangsa masuk bermain sukan dan terus merapatkan jurang-jurang kecil antara kita. Kita kan Malaysia!

MALAYSIA BOLEH.

– bukanGohLiuYing

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit