Sukar atau Senang

Assalamualaikum buat semua readers confession aku ni. Pertama sekali aku nak ucap terima kasih kat admin sebab siarkan kisah aku ni.

Aku gelarkan diri aku Dalia yang berusia 20an. Cerita aku agak terabur sikit sebab aku tak pandai nak susun.. Aku bekas pelajar diploma di sebuah Universiti swasta di Malaysia sebelah utara.

Aku bongsu dimana semestinya yang terakhir dalam adik beradik. Yang lain semuanya dah kahwin dan mempunyai anak. Tinggal aku seorang yang baru habis belajar beberapa bulan yang lalu. Sampai sekarang aku tak kerja. Aku mengharapkan duit dari ibu aku saja.

Untuk pengetahuan korang aku ada ibu je dan ibu aku masih sihat bekerja. Ayah aku dah lama meninggal.. aku tak kerja bukan sebab aku tak nak, tapi bagi aku keadaan yang menghalang aku untuk kerja.

Bila aku duduk rumah ada salah sorang dari adik beradik aku selalu perli aku ni malas usaha, aku ni tak cuba cari kerja macam² yang aku kena. Bila aku cari kerja di sebelah Selatan/Barat Malaysia dikatanya aku ni nak dekat dengan boyfriend aku.

Aku dah isi pelbagai jawatan kosong sekitar utara dan Selatan/Barat. Dan beberapa hari lepas aku dapat panggilan temuduga kerja di sebuah syarikat hebat di sebuah bandar Malaysia dengan tawaran gaji yang tinggi. Aku happy sangat.

Aku bagitau ibu aku. Aku nak pergi. Ibu aku suruh tanya adik beradik yang lain dulu. Bila aku tanya sorang pun tak bagi respon. Aku tak tahu apa masalah dorang semua.. dorang nak aku kerja bila aku minta izin dorang buat tak tahu ja.

Ingat aku bongsu korang boleh nak buat macam ni kat aku? Aku sedih sangat. Ada juga aku chat salah sorang adik beradik aku yang lain untuk tanya pendapat dan aku bagitau jumlah gajinya pun lumayan.

Dia boleh cakap duduk je lah dekat dengan ibu, kau tu bongsu, cari je kerja kat utara. Aku sedih sangat. Bila aku tak cari kerja, dia push² aku suruh isi kerja, dah dapat kerja cakap macam tu pula.

Kerjanya, gaji yang aku isi tu melebihi jumlah yang aku letakkan tapi dorang tak bagi pulak. Apa yang dorang nak sebenarnya? Ingat dorang tua dari aku, dorang boleh buat apa je ke? Macam ni ke layanan kepada adik² dan kenapa si bongsu tak layak nak berdikari sendiri? Sukar atau senang jadi bongsu?

Maaf lah serabut penulisannya. Aku stress sangat jadi seorang adik. Minta nasihat positif dari kakak dan abang yang menenangkan hati dan fikiran aku. Terima kasih sudi luangkan masa untuk baca penulisan aku ni. Terima kasih semua.

– Dalia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *