Sukar Melupakan

Aku sudah berkahwin, mempunyai 4 orang anak.

Kami bahagia, seperti keluarga normal yang lain, gaduh2 manja tu kadang-kadang biasalah kan.

Masalahnya sekarang ialah aku. Aku masih tak dapat lupakan bekas kekasih aku.

Aku dah kahwin hampir 20 tahun. Ex aku pun dah kahwin dan ada anak. Dia pun dah bahagia.

Selama hampir 20 tahun ni, aku rasa hampir setiap hari kot aku teringat kat dia.

Kadang kadang aku rasa macam aku kena bomoh.

Tapi bila fikir balik, aku elok je dengan suami dan anak2, takde pun buat perangai macam kena bomoh seperti yang aku selalu baca tu, tak suka suami, benci suami, marah2 kat suami dan anak2.

Alhamdulillah aku okay je, tak ada semua tu.

Mimpikan ex tu dah terlalu kerap, sangat sangat kerap. Maybe sebab aku duk teringat kat dia kot kan, tu yang sampai termimpi mimpi.

Serius, aku tak suka rasa ni, aku kadang macam nak marah sampai nak nangis.

Kenapa aku tak boleh lupakan dia. Kenapa susah sangat nak hilangkan dia dari ingatan ni.

Sebab tu aku rasa macam aku kena bomoh je, tapi aku rasa ex aku tak macam tu, dia tak akan buat macam tu, walaupun dia marah dan sedih aku yang tinggalkan dia dulu.

Btw, aku couple dengan ex aku almost 4 tahun je. Dia cinta pertama aku, cinta yang serius la, hak cinta monyet tu tak yah kira la.

Serius sebab memang plan nak kahwin, sehidup semati la alkisahnya.

Namun dah ketentuan Allah, tiada jodoh antara kami, break sebab dia tak datang jumpa aku, dia bagitau mak dia nak datang rumah dia hari tu.

Teruk betul aku, macam tu pun nak merajuk sampai nak putuskan, tapi itu hanyalah asbab sahaja.

Allah sebaik perancang. Of course dia ada pujuk aku. What to say, tiada jodoh.

Aku sayang suami aku, of course la, dia suami aku kot.

Tapi itulah masalahnya, ex aku tetap la ada dalam kepala otak aku ni.

Aku selalu doa supaya Allah bantu aku lupakan ex aku, kadang aku mintak aku hilang ingatan, tapi kalau boleh hilangkan ingatan aku tentang segala yang berkaitan dengan ex aku.

Biar aku tak kenal dah dia, nangis² tahu aku doa semua tu.

Ade hari, aku rasa nak kontek ex aku. Sampai rasa yang sangat nekad nak kontek. Tapi tu lah, nasib baik tak termakan hasutan syaitan, istighfar banyak².

Aku rasa kalau aku tak betul sebab kena bomoh, dah lama aku buat, aku kacau rumahtangga dia. Maknanya aku masih waras, masih betullah kan?

Paling jauh aku terfikir, kalau suami aku dah takde (Nauzubillah), aku akan kahwin dengan ex aku (perasan betul, macam la ex tu nak kat aku lagi), tapi senyap², tanpa pengetahuan wife dia.

Konon aku nak jadi madu yang tak menyakiti la, jadi suami aku je, tak datang jumpa aku pun takpe, asalkan ada ikatan dengan dia.

Astaghfirullah… sampai ke situ aku terfikir tau korang, and kerap pulak tu.

Aku pernah diruqyah. Lepas dah siap ruqyah, Ustazah tu bagitahu, ‘suami awak baik, jaga suami dan anak² baik², tak payah la fikir hal-hal yang tak sepatutnya’, lebih kurang macam tu la ayat dia.

Ustazah tu macam boleh fikir ape yang ade dalam fikiran aku ni, dengan izin Allah jua.

Korang, tolonglah aku, bagi kata² motivasi, atau apa yang patut aku buat.

Aku ni dah move on dah pun, eh ke tak? Aku bukan nak couple balik, Astaghfirullah, aku cuma tak nak ingat dia je.

Pleaseeeeeee… Korang rasa kenapa aku macam ni ye?

– Pearl (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Kes awak sma mcm sy…rasanya dah hampir 15-16 taon kami da bpisah…tp sjk 6 taon kebelakangan ni sy pon da naik serabut asek dok igt kt dia…pernah ctc dia tp awl2 dlu dia ok jer tp lma2 dia kasar dgn sy pdhal kita ckp baik2 je dgn dia..finally dia block sy..
    Dia spt mhilang dpd radar n sy pernah buat kejutan awal tahun baru ni stlh 15 taon xpernah dtg umah mak dia,sy nekad sbb sy igt sy buat mcm tu,sy da blh lpaskn beban perasaan wpon sy x bjumpa dgn dia…mmg niat xnk jmpa n dtg pd hari bkerja..
    Sy x tau nk wat mcm mna…sy sdri cari solusi dlm google kot2 ada doa n tips padu utk melupakn dia sbb sy xnk ggu dia n nk fokus pd kehidupan sdri..
    Hari2 bdoa jgnlah igt kt dia…
    Penat.
    Semoga,sma2 kita ketemu jwpn yg dicari inshaAllah.

  2. kisah Puan hampir sama mcm saya, mksdnya adakah kita tk move on lg?atau masih mgharap sesuatu?atau terlebih ikut emosi…bila difikir2..buang masa..mgkn cara plg mudah, fikir yg d sebelah sana hidup bahagia pn, kenapa kita nk seksa dr sdr..kalau pn kita fikir lbh2, apa kita dapat…dosa adalah sbb k arah curang dan mmbinasakan dr sdr, psgn n perkahwinan org lain..blh nk layan perasaan sesekali,imbau kenangan silam tp jg terlebih ikut perasaan..hidup akan suram sbb fikir org lain..mulalah bayangkn mcm2..mula mncari kelemahan psgn, mulalah berangan kalau kita d tpt isteri/suami x kita…kuatkan semangat, kita sama2 move on…kenangan biarkan jd kenangan, dia pernah singgah dalam hidup kita..raikan sahaja tetapi jgn smpai mghantui hidup kita..mencintai tidak semestinya memiliki…lebih baik cinta yang mengejar kita, bukan kita yg mengejar cinta..pasangan yg ada, InsyaAllah yg terbaik Allah bg untuk kita…hargailah apa yg kita ada…pesanan untuk dr sdr yg juga masih bertarung utk move on..“Letting go doesn’t mean that you don’t care about someone anymore. It’s just realizing that the only person you really have control over is yourself.”
    — Deborah Reber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *