Assalamualaikum, hai semua, nama saya Rara. Umur 35. Single parent. Bercerai 2019, which is 6 years now. Ada sorang anak prempuan yang comel umur 8tahun.
Actually tentang perkahwinan dulu pun saya dah lama move on. Ex-husband pun dah kahwin lain (selepas 3 tahun cerai). Alhamdulillah sekarang dah bahagia.
Anak tiap hujung minggu (bermula petang jumaat-ahad) memang akan duduk dengan ayah dia.
Since awal perkahwinan ayah dia lagi, saya dah terapkan kat anak dia beruntung sebab ada dua orang ibu.
Sebelum ex-husband kahwin semula, ada kalanya kami keluar bertiga. Biar anak tak terasa broken home. Tapi bila dia dah kahwin, saya hormati isteri dia, so cukup sekadar ambik anak di depan rumah.
Fast foward, di usia macam ni, tentulah saya pun ingin berpasangan juga. Cuma lebih kepada rasa takut. Sebab saya faham benar, selagi tidak serumah, sebantal selagi tulah kita tidak akan tau perangai sebenar seseorang tu.
Takutnya, dia tidak dapat menerima kelemahan saya, dan saya pun tidak boleh bertoleransi dengan kekurangannya.
To be honest, saya ada kenal dengan seorang lelaki ni, masuk tahun ke-4. Yang mana, keluarga masing2 dah kenal, dan of course bujang, bukan suami orang. Umur 39 tahun.
Bekerja freelance as fotografer and part time design canva.
Alhamdulillah, seorang yang menjaga solat. Baik pada orang tua, selain urusan kerja (fotografer) lebih banyak masa di rumah design canva.
Kadang2 keluar lepak dengan kawan. Mungkin sebulan sekali dua, sebab most of kawan2 dia pun dah berkeluarga semua.
Masa muda pernah join tabligh dengan kawan2 dia.
Circle yang positif insyaAllah, sejenis familyman.
So far, hubungan kami pun lebih banyak positifnya. Dalam setahun adalah 2-3x salah faham. Sejenis lelaki yang tak suka hal remeh temeh, suka direct to the point and tegas lebih tepat.
Minorsnya, merokok, dan kadang saya tak suka sbb tegas sangat, saya boring. Selalu bangun lambat sebab design canva atau edit gambar2 orang tengah malam.
Sepanjang saya kenal dia, memang dia lebih banyak berkerja waktu malam edit2 semua benda. Tidur selepas solat subuh. Adakah sebab malam lebih kreatif? saya pun tak pasti.
Sedangkan saya adalah morning person. Malam paling lewat pukul 10 dah tidur. Kadang hairan macam manalah dia boleh bangun 10-11 pagi. Habis separuh hari cuma utk tidur.
Kebaikannya pula, apala yang saya nak yang saya inginkan selagi baik, tak salah sisi agama & undang2 jarang ditidakkan. Tak pernah kongkong saya nak ke mana2 dengan kawan2.
Everytime ada benda nak cerita, selalu sedia telinga dengar. Saya sejenis yang talkative & dia serius dan banyak diam. Kadang saya tengok dia pun macam banyak sangat beban fikirannya (tapi tak tau apala yang dia fikir)
Dan tahun ni isu kahwin ni, dah macam banyak kali dia utarakan (mungkin faktor umur)
Tapi saya betul2 tak pasti lagi nak kahwin ke tak. Hidup sendiri2 macam lagi happy. Tapi membayangkan kehilangan dia sakit juga.
Disclaimer, sepanjang hubungan ini berjalan masing2 tak pernah ada kes curang.
Boleh tak bantu saya buat pertimbangan, kesian juga member dah 4 tahun tunggu. Nak di lepas takut menyesal, nak kahwin macam lebih menakutkan. Tolong saya.
– Rara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Solat minta petunjuk dari Allah swt, tapi saya rasa puan dah buat dan dah tau apa jawapannye. Cuma hati tu masih ada rasa tak rela melepaskan. Doa lah supaya Allah teguhkan hati dan beri kekuatan. Saya doakan puan diberi petunjuk dlm membuat keputusan yg tepat & semoga Allah permudahkan segala urusan puan. Amiinn.