Sulit

Hi. Aku seorang isteri tanpa anak..

Aku seorang yang sangat simple, tak suka gaduh, tak suka benda yang bagi semak kepala tak kisah la hidup sendiri, rumahtangga atau waktu bekerja. Aku akan cuba kurangkan untuk berfikir konflik2.

Aku bekerja sepenuh masa tapi aku suka sangat berniaga makan. Cuti aku akan diisi dengan masak dan jemput kawan, sedara datang rumah. Kadang2 aku akan jual makanan secara part time.

Suami aku juga bekerja. Boleh dikatakan dari luaran kami memang nampak macam tiada apa2 masalah.

Tetapi hidup kami agak penuh dengan konflik. Lama aku simpan sampai aku tak boleh nak berfikir dah kemana arah tuju hidup aku sekarang.

Aku ni graduan dari universiti yang agak terkenal dalam malaysia. Cgpa pon cantik. Suka benda cantik2. Suka fashion. Aku selesa untuk mingle dengan kawan2 tak kisah la apa level sekali pon. Semua aku boleh kawan.

Sayangnya, aku sekarang kerja bukan atas dasar minat. Tapi aku terima je apa yang ada depan mata. Alasannya sebab suami aku memang kalau boleh nak aku kerja. Build career.

Ya. Aku faham dia nak aku jadi yang terbaik. Ada gaji sendiri, senang untuk aku nak beli apa2 atleast untuk diri aku. Fine. Aku kerja.

Tapi makin lama aku makin stress. Stress sebab aku tak tahu kemana duit gaji aku pergi. Aku penat. Sepatutnya aku kerja untuk diri sendiri tapi aku dah terlalu banyak ‘memberi’ dekat suami.

Suami aku kerja bagus, gaji besar juga. Tapi hutang terlalu banyak. Dari sebelum kahwin mungkin. Aku pon silap tak pernah tanya berapa jumlah hutang dia sebelum ni.

Perkara yang membuatkan aku rasa sedih dah terkilan, terlalu banyak.

Dari awal kahwin, sampai sekarang. Dari perangai suami (suka flirting dengan perempuan, sharing nudes and all) yang aku tak tahu dah berubah ke belum. Aku tak pernah buka hp suami since kami bercerai dulu.

Aku cuba elak untuk bergaduh. Suami aku nampak baik dari luar. Jahat dan nakalnya aku si isteri ni je yang tahu.

Terkadang, aku rasa macam diri aku ni dipergunakan. Aku sampai tak ada saving sebab niat nak membantu suami. Rasa macam bodoh sangat.

Kadang suami berhutang dengan aku, aku yang kena ingatkan dia untuk bayar hutang aku. Aku kena ‘meminta’ padahal dia yang meminjam.

Kadang, urusan untuk keluarga dia pon aku kena dulukan duit aku. Ini paling ketara yang aku rasa macam something is not right.

Kami pernah bercerai sebab perangai dia. Tapi kami rujuk kembali. Aku yang selama ni simpan, tak mampu untuk simpan.

Aku bagitahu mak mertua aku perangai sebenar anaknya.

Dulu, mak mertua aku pernah sangka buruk dengan aku pasal duit. Katanya ‘Mak ni penting. Tanggungjawab abang. Kena hulur mak duit. Mak tak pernah halang ayah bagi duit dekat nenek’.

Sumpah. Aku tak pernah halang suami bagi duit kat mak dia. Aku ni sampai 1 tahap, tak minta duit nafkah kat suami sebab kesiankan suami takut tak cukup duit. Tapi, suami aku pula bagi duit kat perempuan lain.

Suami aku memang tak pernah tinggi suara or maki, tak pernah naik tangan. But he mentally abused me with his behaviour and attitude yang aku memang benci.

Semua benda ni kantoi depan mata aku. Dalam watsapp, dalam telegram. Aku screenshot semuanya. Bukti incase apa2 lagi jadi kedepan.

Aku terlalu penat sangat untuk fulfill kehendak orang, kehendak suami, kehendak mertua. Aku sampai rasa aku nak bercerai buat kali ke 2.

Banyak kali aku minta suami lepaskan aku. Banyak benda yang aku buat sekarang bukan sebab diri sendiri, tapi sebab orang lain.

Aku sampai rasa nak cerai, berhenti kerja dan buat apa yang aku suka selami ni. Aku macam ‘hilang’ diri sendiri.

Tak ada apa dah aku rasa yang worth it atas dunia ni selain aku buat untuk diri sendiri dengan untuk parents aku. Aku harap, aku jadi diri aku balik.

Thanks baca…

– Mas (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *