Sumbang Sedaya Yang Mampu

Salam sejahtera semua warga pembaca, sudilah mendengar kisah ini.

Kisah ini baru terjadi, saya terpanggil untuk membantu salah seorang kenalan beliau dikatakan telah menghidap kanser. Anaknya telah menghubungi meminta pertolongan. Saya agak mengenali keluarga ini. Maka saya sudi membantu.

Anaknya memohon bantuan untuk meringankan bebannya. Beliau meminta wang untuk menampung perbelanjaan. Namun saya telah menyatakan bahawa kumpulan sokongan kami sudi membantu dengan lebih lagi.

Selepas itu saya dan kumpulan saya mengadakan perbincangan untuk membantu mereka. Perlu difahami disini bahawa kami bergerak sendirian tanpa bantuan kewangan sesiapa. Wang ringgit yang disalurkan ialah hasil titik peluh kami sendiri. Kami bukan badan persatuan mana mana NGO atau kerajaan.

Saya memohon senarai keperluan barangan yg diperlukan, ketika itu anaknya hanya membalas memerlukan lampin dewasa.

Dan pencarian saya pun bermula, harga harga dibandingan dan mencari jenama yg bersesuaian.

Oleh kerana sumber pengetahuan mengenai pesakit kanser kami agak terhad maka saya sedaya upaya mencari maklumat tentang apa yg diperlukan.

Jenama lampin dewasa ada sedikit berbanding jenama bayi. Lama juga saya merenung dan membaca label label. Dr.P, Tena, Lifree Absorbent, Certainty dan sebagainya. Gigih baca satu persatu di pasaraya. Cuba dapatkan maklumat untuk balik berbincang. Lengguh kaki berdiri, hahahahaa

Selepas itu saya ke kedai farmasi, hendak melihat harga untuk kerusi roda, tempat duduk tandas, krim kulit (sebab pakai pampers), pad lapik katil semua saya selidik harga untuk melihat keperluan yang mana perlu diutamakan dahulu.

Ahli Farmasi juga mencadangkan pengambilan susu kepada pesakit kanser. Ini saya letak sebagai keutamaan dahulu, Tetapi harga 1tin memang agak tinggi (Mahal) untuk saya individu. 1tin ada 800g, mungkin diperlukan beberapa tin. Saya bertekad untuk kumpul wang untuk membeli susu dahulu.

Setibanya saya dirumah, kami telah berbincang tentang keperluan dan berapa peruntukan yg diperlukan untuk jangka masa panjang. Oleh kerana kami tidak tahu lebih lanjut tentang keadaan pesakit maka kami cuba hubungi anaknya tadi untuk meminta senarai barang yg lengkap.

Saya menerima maklum balas bahawa khidmat kami tidak diperlukan lagi kerana takut menyusahkan. Agak terkejut namun ia agak biasa dalam bidang ini. Kekadang mereka mudah berubah fikiran dan ada juga tiba tiba perangai ego.

Cuba berbincang kembali, beliau masih menolak pertolongan dan hanya memerlukan wang sahaja.

Saya memangil ahli kumpulan sekali lagi bertukar pendapat. Setelah berbincang kami bersetuju untuk tidak memberikan apa apa bentuk wang. Ini kerana pengalaman lalu banyak mengajar kami supaya berhati hati.

Selang sehari selepas itu saya telah mendapat maklumat mengenai keluarga itu. Salah seorang ahli keluarga mereka telah ditahan beberapa hari oleh pihak berkuasa kerana terbabit dalam hal dadah. Mungkin wang yg diminta sebagai wang jaminan??

Agak berat hati, tetapi pendapat saya kita perlu jujur dalam sesuatu. Jika dari awal beliau jujur mungkin cerita akan berbeza. Saya dan ahli ahli lain bukan orang senang, kami sendiri ikat perut kekadang. Kami cuba membantu mereka yang ditimpa masalah bukan mereka yg mencari masalah.

Kita sering kali diajar tolong menolong antara satu sama lain, jika berkemampuan dari segi kewangan maka sumbangkan lah, jika ada sumber tenaga maka bantu lah.

Jangan risau, saya tetap akan melawat pesakit tadi. Semoga urusan kami dipermudahkan dan saya akan membantu tentang keperluan beliau sedaya upaya yg mampu.

– sedekah amal jariah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit