Sumpahan Ibu

Assalammualaikun pembaca semua. Terima kasih admin atas peluang ini. Sebelum aku mulakan cerita aku,biar aku perkenalkan sedikit tentang diri aku. Aku seorg balu dgn 3 org ank yg sgt comel dan umurku 29 thun. Al-fatihah untuk arwah suamiku. Sebenarnya cerita ini bukan kisah diri aku,tp kisah adik aku dgn mak aku. Kisah sumpahan mak aku pada adik aku.

Adik aku ni kahwin muda. Bermadu iaitu dia merupakan isteri kedua. Isteri pertama suami adikku sudah tua dan selalu sakit2. Adik aku ni kahwin tanpa restu mak dan ayah ( kahwin lari)huhuhu.tup2 aku dengar dia dh kahwin dgn suami org plak 2. Ok x pe la, nk buat mcmana,bnda dh jd dan dia dh pun sah jd isteri org. Mak dan ayh aku mmg mrah sgt dan susah nk terima,tp bila adik aku mengandung dan lahirkan cucu pertama,hati mak dan ayh aku mula cair. Ye la, cucu sulung semua syg. Setahun lpas 2 adik aku mengandung lg. Tp adik aku ni x nk ank dia. Alasan tak sedia nk dpt ank lg. Yg sulung masih kecik n masih menyusu. Jadi aku dgn mak aku pujuk2 dia supaya lahirkan jgak ank tu,biar aku dgn mak aku yg jga. Adik aku setuju dan lahirkan ank tu. Mmg serah pd aku dgn mak aku jga.masa tu aku tak kahwin lg. So jga sama2 dgn mak aku.

Skrg ank tu dh besar,comel dan bijak. Adik n suami dia nk jga. Mak aku mmg tentang habis-habisan la sbb mak aku yg jga sejak kecik lg. Masa ni la konflik berlaku sbb mak aku tak nk lepaskan cucu kesayangan dia tu. Aku plak ok je,sbb bg aku biarlah ank adik aku tu rasa kasih sayang mak ayh dia plak. Tp mak aku x boleh. Alasan sbb dh jga dr kecik dan tak boleh pisah2. Rupanya dalam diam mak dgn adik aku ni berperang dlm fon. Masing2 ada alasan tersndiri. Aku tau pun sbb adik aku ss semua dan bg aku baca.

Masa aku baca msg tu la aku terkejut rupanya mak aku sumpah adik aku dgn suami dia. Antara ayat mak aku adik aku tak akn hidup senang. Dia akn menderita selamanya. Dia akn hidup susah. Bnyk lg la sbb adik aku berkeras nk jga ank dia jgak. Adik aku kata dia menyesal buang ank dia dlu dan skrg dia dh insaf. Tp mak syg sgt cucu dia. Mak aku bg adk aku jga sekejap ank dia,lpas tu ambk balik dan jga smpai sekarang.

Adik aku plak mcm kena sumpahan. Hidup melarat. Suami kena buang kerja. Beras tak ada nak mkn. Hutang keliling pinggang. Senang cerita, dia mmg hidup susah. Sama mcm sumpahan mak aku. Adk aku selalu mengadu kat aku. Smpai hati mak sumpah dia hanya sbb berebutkan ank. Skrg dia dgn suami hdup melarat. Dgn ekonomi skrg, mmg aku kesian sgt. Aku boleh bantu sikit2 je.

Kat sini aku nk pesan,kita sebagai ibu walau mcmana kita marahkn ank,jgn smpai sumpah ank2. Kesannya kita tak tahu. Mmg dgn izin Allah semua tu berlaku, tp serius aku mmg kesian sgt dgn adik aku. Aku selalu nasihat adik aku supaya sabar sbb mgkin ini ujian dia. Aku selalu nafikan segala sumpahan tu sbb nk bg adik aku kuat. Mgkin jga apa yg berlaku pd adk aku ni sbb dia kahwin tnpa restu mak dgn ayh aku.

Aku sbgai ibu ckup menjaga tutur kata sbb kita x sedar kata2 kita menjdi doa untuk ank2. Lagi2 masa marah. Bnykkn sabar. Aku takut kata2 aku jd makbul mcm kata2 mak aku pd adik aku. Walaupun tanpa niat tp kata2 ibu ni satu doa. Doakan adik aku terus kuat.

Mak aku dpt jga ank adk aku tu sbb adk aku dh mls berebut. Aku tak sokong adik or mak aku, bg aku dua2 ada silapnya. Cuma aku terkilan, mak aku bila marah je msti doa tak elok dan sumpah mcm2. Siap doakan cpt mati dan masuk neraka. Aku mmg sedih sgt. Sbb bg aku doa ibu ni makbul sgt. Aku pernh tegur sikap mak aku ni, tp aku pulak yg kena marah. Sebelum mak sumpah2 aku, aku terus diamkan diri aku. Aku harap sgt mak aku berubah sikap. Sbb aku sndiri takut terkena sumpahan mak aku. Doakan kami. Sekian

– Puan N

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit