Sungai Tercemar, DO* Juga Tercemar

Tak tahu nak start kat mana. Sebab perasaan ni bercampur-baur. Marah ada, kecewa ada, kesal ada, malu ada tak tahu nak sorok muka kat mana, rasa tak percaya pun ada.

Tapi betul lah orang kata. Belum rasa, belum tahu. Belum menghadapi detik tu, kita memang takkan tahu yang benda tu berlaku.

Bila nampak depan mata kepala sendiri, rasa macam… kecewa yang amat. Tak boleh nak digambarkan.

Aku D. Sekarang bekerja di sebuah syarikat bertapak di Negeri Sembilan.

In light of the recent environmental issue at rivers namely Sungai Batang Benar and Sungai Tampoi or even Sungai Semenyih, which is located within vicinity.

Rasa terpanggil nak luahkan rasa kecewa terhadap sesuatu entiti yang sepatutnya bertanggungjawab menyelesaikan masalah, dengan mencari dalang-dalang di sebalik berlakunya pencemaran air sungai di negara kita.

Dan bukannya menjadi pelindung kepada dalang-dalang yang menyebabkan berlakunya pencemaran dengan mengambil rasuah.

Ya betul. Rasuah. Pada tarikh-tarikh tertentu lebih kurang pada bulan September dan Oktober 2020 baru-baru ini, beberapa orang pegawai dari DO* telah datang untuk bertindak ke atas aduan yang telah dibuat ke atas kilang ini.

Untuk makluman kalian, kilang ini menghasilkan sisa buangan dan mempunyai sistem rawatan yakni seperti kilang-kilang lain, sistem yang kita panggil sebagai ‘Industrial Effluent Treatment System’ atau IETS.

Sisa buangan yang terhasil akan masuk ke dalam IETS. Setiap IETS mempunyai fungsi-fungsi tertentu dan dikhaskan untuk mengolah sisa buangan yang mempunyai ciri-ciri yang spesifik.

Adapun di kilang ini, IETS tersebut digunakan melebihi tahap keupayaannya lalu menjadikan ia tidak dapat menghasilkan kualiti sisa buangan terolah yang menepati standard pelepasan seperti yang terkandung di dalam rajah ‘Paramater Limit Standard A’.

Disebabkan oleh itu, makanya terhasillah efluen yang tidak menepati syarat.

Memandangkan setiap IETS mempunyai kapasiti maksimum, melepaskan efluen ke dalam longkang adalah sesuatu yang tak dapat dielakkan.

Berbalik kepada DO* Tercemar tadi. Beberapa siri aktiviti mengambil sampel di longkang-longkang sekeliling kawasan kilang ini,

Dan juga kilang-kilang lain telah dilakukan oleh pihak DO* dalam tempoh selepas pencemaran di tiga buah sungai yang disebut di atas.

Adapun saya, selaku seorang yang ingin menyibuk telah meminta salah seorang pegawai saya untuk menjalankan ujian terhadap air yang keluar dari kilang kami,

Dan mendapati jangkaan saya benar terhadap kualiti air tersebut yang tidak menepati syarat.

Persoalannya sekarang, kenapa tiada tindakan oleh DO*? Selama 30+ tahun kilang ini telah beroperasi, tiada satu kali pun kilang ini didakwa.

Semua disebabkan rasuah. Macam mana nak selesaikan masalah sungai tercemar kalau pegawai DO* sendiri pun tak bersih?

Menerima rasuah dan mendiamkan punca masalah. Lebih memalukan, pegawai-pegawai DO* itu sendiri terdiri daripada lelaki dan perempuan Melayu beragama Islam. Bukanlah niat nak kaitkan dengan agama.

Tapi agama Islam itu sendiri bersifat baik tetapi tidak ditunjukkan oleh duta-duta agama Islam itu sendiri.

Apakah kalian tidak punya rasa malu terhadap Allah? Di mana letaknya maruah orang Melayu Islam di mata bangsa-bangsa lain di Malaysia ni?

Tu belum cerita soal halal haram. Terima duit rasuah buat bagi makan anak bini dan keluarga?

Macam mana lah nak lahirkan zuriat dan penyambung generasi yang bersih kalau sumber makanan kalian haram jadah? Nauzubillah min zalik. Mintak jauh perangai ni daripada kalangan keluarga aku.

So, itu jelah nak cakap. Punca kenapa masalah alam sekitar tak boleh diselesaikan adalah rasuah.

Aku ada bukti. Tapi tunggu aku chow dulu baru aku report SPRM.

– D (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *