Thanks confession jika tulisan aku ini di siarkan. Aku seorang wanita. Sekarang berusia awal 30 an dan masih belum berkahwin. Sebelum ni, aku selalu pujuk diri, tak apa tak kahwin lagi. Enjoy dulu dengan family. Namun, semua berubah, sangat berubah masa aku jatuh sakit.
Sebelum tu, aku sangat berdikari. Aku ke mana-mana seorang diri, tak pernah aku kisahkan. Keluar makan, tengok wayang, shopping, even drive balik kampung nun di sebelah pantai timur sorang2 pun aku tak kisah. Jenis lasak dan sangat berdikari.
Aku bukan anti lelaki, cuma aku tahu, aku hanya belum berjodoh. Pernah bercinta, namun tidak berjodoh. Tipu aku tidak terasa bila tengok kawan2 dah berkeluarga, namun apa daya aku. Maka, aku cuba sentiasa positif setiap hari. Buat apa yang aku suka, makan apa yang aku nak, pergi ke mana yang aku ingin semua bersendirian.
Namun, bila di uji dengan sakit sehingga di masukkan ke hospital, aku baru perasan, yang aku sebenarnya sangat perlukan teman, dalam erti kata lain, seorang suami dalam hidup.
Aku tak tahu, mungkin kesan tidak sihat, masa aku ke klinik, dan doktor menulis surat rujukan ke hospital untuk aku di masukkan ke ward, bila membaca maklumat diri, aku jadi sebak. Tengok bahagian umur, 30an, dan masih belum berkahwin? Sedangkan doktor memanggil ku dengan gelaran puan.
Keluar bilik doktor, tengok orang2 yang ada di klinik itu, semua pergi berpasangan. Aku? Walaupun keadaan aku teruk, drive sorang2 dalam keadaan terketar2 pergi ke klinik. Serius aku rasa sangat sedih.
Masa di dalam ward, bila katil sebelah di temani suami, aku hanya di temani air mata. Walaupun aku ada adik beradik, aku tahu, aku tak boleh harapkkan dorang ada di samping aku sentiasa. Dorang ada keluarga masing2. Macam mana rapatnya aku dengan dorang, aku kena terima hakikat, mereka ada keutamaaan lain.
Aku pun tak tahu kenapa jodoh aku berat je. Doa tak pernah putus aku panjatkan moga berjodoh, namun Allah masih belum makbulkan. Pernah aku berputus asa pasal jodoh, namun aku taknak sebab aku tahu, selagi Allah ada, aku tak boleh berputus asa.
Aku bukan menidakkan, bila tak berjodoh lagi, adalah rezeki untuk lebih berbakti kepada ke dua ibu bapa. Betul, aku akui itu. Namun, aku juga manusia biasa. Ingin berpasangan. Ingin ada seseorang untuk aku kongsi masalah, perasaan dan lain2.
Kadang aku terfikir, adakah ini keturunan memandang dalam keturunan keluarga aku, memang ada saudara mara yang tidak berkahwin sampai ke tua. Adakah aku mewarisi? Kenapa aku?
Sebab itu aku tak suka negative. Aku akan menyalahkan keadaan. Positive membuatkan aku redha walaupun masih ada sedih dalam hati. Cuma aku berharap, masih ada peluang untuk aku berkeluarga walaupun dah berumur 30 an.
Doakan aku guys. Terima kasih.
– Cempaka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit