Assalamualaikum. Aku D. Awal 30an. Dah berkahwin 4 tahun & ada seorang anak. Alhamdulillah. Aku seorang surirumah, ada buat bisnes kecil-kecilan.
Suamiku kerja 9-8. So, kami berjumpa around 2 hours+ sahaja setiap hari. Balik kerja dia dah penat kan. Dalam jam 10+ dah ngantuk masing2. Dapatlah borak2 kejap & dia layan anak. Kecuali weekend, sehari dia kerja half day, sehari lagi off.
Aku? Asal & membesar di negeri lain. Lepas kahwin aku pindah di negeri suami. Dia kerja & memang asal sini. Korang semua boleh faham kan macam mana aku dekat sini. Takde kawan, family jauh.
Dengan aku tak kerja, memang tak bersosial langsung. Kereta suami bawa pergi kerja. So aku memang 24 jam kat rumah sahaja dengan anak.
Tapi suami aku baik, kalau balik kerja dia selalu offer bawa aku pusing2 naik kereta walaupun aku tau dia letih sangat kerja. Kadang bawa aku ke family mart, beli sandwich fav aku.
Aku memang hargai sangat effort dia untuk bawa aku keluar dari rumah. Yela, dia faham lah kot aku terkurung je & mesti happy dapat tengok luar jap.
Hmm tujuan aku confess ni, bukan nak merungut ke apa. Suami alhamdulillah tak culas nafkah. Semua ok. Cuma tulah, aku nak tau normal ke apa yang aku rasa ni?
Lepas ada anak, kami dah tak macam dulu. Kami rapat lagi macam biasa cuma banyak benda yang aku rasa tak macam dulu.
Dulu sebelum bersalin, kalau keluar ke mesti pegang tangan. Naik kereta pun sama, wajib pegang tangan. Aku rasa rapat sangat dengan suami. Bila dah ada anak, kami dah tak macam tu.
Aku selalu nak pegang tangan suami, tapi kadang kejap je dia dah lepaskan. Aku pernah tanya kenapa, dia kata kan nak tolak stroller anak/ dukung anak. Susah nak pegang2 tangan. Okla takpe, faham. Tapi kadang aku kepit juga tangan aku ni dekat lengan dia.
Lepas dah ada anak, takde dah dia nak ambil gambar dengan aku. Kitaorang memang bukan jenis suka selfie then upload dekat socmed. Tapi, dulu kerap la kami bergambar bersama tiap kali keluar jalan.
Kadang dia buat sweet dia, dia upload. Tapi memang kami bukan jenis upload gambar laki bini lepas tu buat caption sweet2 ke.
Memang tak, hehe tapi tulah, memang terasa lainnya sekarang. Aku rasa last gambar selfie/ dia ambil gambar aku saja2 memang betul2 sebelum aku bersalin. Lepas tu takde dah (kecuali gambar raya. Tu jelah).
Lepas ada anak, kami tak tidur sekatil dah since anak aku dah tak nak baby cot masa umur dia 7 bulan lebih. So budak seorang ni sampai sekarang (nak msuk 3 tahun dah) masih tidur dengan aku.
Papa dia? Tidur luar bilik di sofa. Aku kerap cakap, rindu nak tidur sama2 macam dulu. Taktaula, memang aku rasa lain sangat sekarang.
Taktaulah kalau aku je yang mengada2 sangat? Tapi wallahi, aku rindu suami aku. Rindu nak macam dulu.
Bersama pun jarang dah. Sebab, dia balik kerja dah penat. Aku rasa sebulan sekali ada la kot, tu pun aku macam lupa bila. Sebab memang dah jarang sangat. Sorry terluah macam ni, bukanlah aku kemaruk sangat nak kan semua tu.
Aku faham suami penat kerja & bebanan kerja makin bertambah. Dia selalu stress, aku faham sangat2. Tapi, aku rasa tak normal. macam tak patut & tak healthy suami isteri macam ni.
Korang semua sama ke macam aku? Lepas ada anak memang ada beza ke? Kadang aku sedih. Down.. Rasa macam aku ni dah makin hodoh ke. Kenapa dah tak macam dulu?
Tapi aku selalu doa & sedapkan hati aku supaya tak sangka buruk atau fikir bukan2. Aku sayang suami aku. Aku happy sebab dia masih sama dalam menjaga aku, dia tau tanggungjawab dia sebagai suami tapi dalam masa sama aku sedih bila kami dah tak macam dulu.
Kadang aku terfikir yang bukan2. Yelah dia kerja kan. Dia buat apa dekat ofis, dengan siapa dia berkawan, Allah sahaja lah yang tau. Kalau aku cakap psl apa yang aku rasa ni, nanti dia kata aku merepek.
Tak faham dia penat kerja. Banyak sangat fikir. Last2 kami bertengkar. Lepas tu senyap macam tu jela & dah tak cakap psl benda tu. Aku cuba positif, tapi kadang aku kalah. Nangis jela sorang2.
Aku bukannya saja nak mengada2. Tapi aku sunyi. Aku takde family & kawan kat sini. Ada suami & anak aku je.
Aku rindu.. Rindu kami yang dulu. Rindu nak pegang tangan suami aku. Rindu nak keluar mengopi berdua je. Rindu nak berborak heart to heart. Plan untuk future kami & anak. Tapi tulah, takde.
Balik kerja tiap hari cerita stress dengan bos, dengan client. macam mana aku nak mula ajak bincang benda2 berkait family planning ni? Tak sesuai kan? So aku pun diamkan je.
Tapi dalam masa sama risau. Risau sebab life kami terlalu ‘lurus’. Kang esok kalau ‘bengkok’ sikit macam mana nak handle? Sebab takde planning apa2.
Tolong bagi nasihat yang baik untuk aku. Please? Aku confess kat sini je, sebab aku tak nak cerita masalah aku kat family/ kawan2 rapat. Nanti dah macam buka aib hal suami isteri kan?
Selama kahwin ni, kalau gaduh ke apa, aku tak pernah cerita kat sesiapa. Semua aku pendam sorang. Sebab taknak dosa mgumpat suami.
Yelah kadang gaduh memang sebab perangai dia. Tapi tulah, telan jelah tanpa perlu jadi gosip di mulut kawan2. Aku telan je sorang2. Sebab aku pun bukannya perfect, kan?
Dan aku sayang suami aku. Aku nak jumpa dia balik dekat syurga esok. Aku nak sama2 masuk syurga. Tapi, apa yang aku rasa sekarang somehow buat aku tak happy. Any advice? Thanks in advance.
– D (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit