Hi semua. Nama aku Nana. Aku cuma nak meluah rasa.
Atau mungkin sedikit sebanyak kata-kata nasihat untuk aku cari jalan yang aku tak pernah jumpa selama ni.
Aku dah berkahwin. Lebih kurang 5 tahun. Mempunyai seorang anak lelaki yang sangat memahami.
Aku dan suami merupakan seorang penjawat awam dan bekerja di satu office tapi berlainan jabatan.
Rutin harian kami sama saja. Pagi-pagi sibuk persiapkan diri utk ke tempat kerja.
Anak aku yang akan ambil dan hantar ke taska.
Kebiasaannya waktu pagi, aku dan suami tidak akan bercakap kerana suami akan bad mood bila waktu pagi.
Awal perkahwinan dulu aku sering berkecil hati dengan sikapnya yang begitu, namun seiring waktu aku dah terbiasa jadi aku rasa lebih baik aku tak bercakap langsung dengan dia.
Suami aku ni jenis suami yang mudah nak dilayan. Tak pernah complain kalau rumah tidak terkemas, makanan tak terhidang, baju tak tercuci.
Selalunya dia akan buat sendiri kerja-kerja rumah tanpa diminta.
Tak pernah ada isu dengan orang ketiga. Cumanya aku rasa rumahtangga aku semakin hambar dan rasa sayang tu dah hilang dalam hati aku.
Cara aku nak dicintai tidak sama dengan cara dia mencintai. Aku memerlukan rasa dicintai dengan konsisten.
Mungkin sebab aku sudah tiada ibu, adik beradik aku semua dah berumahtangga, jadi aku berpaut segala emosi aku pada suami sepenuhnya.
Bila waktu bekerja, tiada langsung whatsapp atau call dari suami untuk bertanya keadaan aku, apa aku sudah makan atau belum.
Seringkas ‘i love you sayang’ pon dah sangat bermakna.
Bila balik dari office, dengan rasa kosong yang bertahun-tahun aku alami, aku takde rasa nak bermesra dengan suami.
Aku juga akan diam seperti mana diamnya aku waktu pagi. Sangat jarang rasanya kami duduk berbual bersama.
Suami perasan je keadaan tu, tapi dia buat macam takde apa. Waktu kami banyak dihabiskan dengan telefon atau suami pergi keluar melepak.
Bila waktu malam, dia menuntut tanggungjawab dia terhadap aku, aku sering sangat menolak. Hati aku tidak mampu nak melayan dia sebagai suami.
Tidak aku nafikan, the s*x was good. Kami langsung tiada masalah.
Cumanya, bila nak ke arah itu, pasti akan terjadi pergaduhan kecil dahulu. Banyak kali dah aku luahkan pada suami, kehendak emosi aku, tapi tetap takde perubahan.
“Sayang, abang rindu sayang” “sayang, abang minta maaf” “sayang, abang sayang sangat kat sayang” ucapan- ucapan yang aku terlalu rindu nak dengar. Tapi masih tiada.
Kadang-kadang aku fikir, mungkin sebab aku dah gemuk, aku dah tak cantik, suami pon dah tak lalu nak sebut ayat-ayat tu pada aku.
Aku tak tahu berapa lama lagi hubungan ni akan bertahan.
Aku sayang suami aku. Aku selalu cemburu bila tengok suami kawan-kawan layan isteri dengan mesra.
Aku dan suami seperti orang asing yang tinggal serumah. Atau mungkin aku yang bermasalah sebenarnya.
– Nana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit