Saya anak tunggal, pelajar online sepenuh masa di rumah. Social life saya hanya kawan lama 2 orang tapi mereka belajar jauh, jumpa cuma cuti semester.
Hubungan istimewa saya, saya sudah bertunang. Apa yang saya nak luahkan ialah, saya tak faham apa yang ibu ayah saya nak.
Saya pilih belajar online sepenuhnya dirumah di atas faktor kewangan ibu ayah. Hidup saya cuma dirumah.
Setiap hari kemas semua benda kecuali memasak. Saya tak dibenarkan bekerja walaupun saya sentiasa cuba cari kerja.
Ada bisnes online, hasil bisnes, 70% rumah kami saya transform dengan duit sendiri. Saya lekatkan hasil juga pada barangan untuk ibu ayah contohnya : baju, beg, kasut, cincin emas, wang ringgit.
Saya bantu bayar satu jenis bil setiap bulan. Akademik saya, Alhamdulilah masih baik. Sentiasa dekan hingga sekarang, sudah jejak ke tahun akhir.
Saya tak pernah minta duit poket. Saya tak berani. Saya tak pernah diajak/dibawa jalan atau makan luar sebab mereka tak minat (ibu saya kadang² ajak).
Saya jarang diizinkan keluar sendiri walaupun boleh drive. Tapi, dah hampir setahun bisnes saya slow. Income saya kosong. Keperluan “wanita” saya agak tinggi kerana masalah kulit. Siapa yang bantu tanggung? Tunang saya.
Saya tiada kawan. Hidup hanya di rumah.
Tunang saya cuma cuti sehari seminggu, itu lah hari yang saya tunggu² sebab ada yang mahu bawa saya keluar, tapi, ibu ayah akan “guilt trip” saya setiap kali saya nak keluar sehari dalam seminggu tu.
Kalau saya keluar juga, mula lah masam muka, tak bertegur, call sebagai warning suruh balik tapi bila saya pickup, mereka end call. Saya masih muda, mahu juga me time.
Kadang² cukup hanya dengan meneliti barang di watson dengan tenang, makan di mamak sambil bercerita, tapi masih disangka buruk.
Kalau keluar dengan kawan perempuan sesekali, balik mesti kena awal. Saya faham mereka risau, tapi… hmm
Nak keluar tak bagi, nak bekerja tak bagi, minta dibawa tak mahu.
Bila bercakap asyik nak kenakan saya. Asyik nak salahkan saya. Asyik nak padankan muka saya. Takde yang baik². Kalau ada pun, tengok mood lah. Bila kita nasihat, mesti balas balik “kau tunggu anak kau balas balik”.
Padahal nasihat saya, lembut je. Ada satu hari, ibu saya balik marah² dia kata saya pemalas. Sedangkan dekat rumah tu, takde apa yang dia perlu buat dah. Dari depan sampai belakang semua bersih. Apa yang saya malas.
Saya sunyi duduk rumah, takde yang nak berborak dengan saya. Saya cemburu tengok kawan² yang berlajar dekat uni. Hari² boleh bersiap cantik², pergi ke kelas, berkomunikasi dengan orang lain.
Saya cemburu tengok kawan yang bekerja, hari² pun akan bersiap, akan jumpa circle yang motivate mereka, ada duit. Saya?
Ibu saya balik kerja nak rehat. Ayah saya? Tak rapat dengan saya. Cuma seminggu sekali saja, saya nak bersiap, tengok diri sendiri berpakaian cantik. Nak keluar makan diluar. Dapat berborak panjang².
Cukup itu saja untuk pulihkan semangat saya. Bila ini pun tak dapat, saya sangat demotivated.
Saya dah buang instagram, sebab saya tak nak persoalkan kebahagiaan kawan² lain dengan diri sendiri. Nak belajar pun saya hilang minat.
Saya pernah tak tidur seminggu. Sepanjang hari saya termenung. Bila ibu ayah saya nampak, mereka akan cakap saya over, tak bersyukur, hidup saya bukannya susah, patutnya tengok orang lagi susah kat luar sana.
Saya bukan minta duit, minta bercuti sana sini, bukannn. Saya cuma nak keluar sehari sahaja dalam seminggu.
Izinkan saya pergi ke tempat saya teringin dengan tunang saya tanpa perli, guilt trip, masam muka. Kalau pun saya ambil keputusan tak keluar, dekat rumah, mereka masih layan saya mcm orang asing.
Saya sayang ibu ayah saya. Walaupun kami tak lah berapa mesra, saya sentiasa berdoa mereka lembut hati dengan saya. Mungkin ibu ayah “panas” dengan saya sebab mereka penat tanggung saya?
Hmm Impian saya cuma satu, saya nak bekerja dengan pendapatan yang baik, nak beli rumah selesa untuk kami tinggal bersama lepas saya berkahwin.
Ibu saya selalu cerita masalah kawan dia dapat anak tak bertimbang rasa, tak menyumbang apa-apa.
Tapi Pernah tak ibu ayah saya rasa saya ni anak yang baik? Walaupun akademik saya baik, satu “tahniah” dari mereka pun tak pernah saya terima. Hmm
Kalau saya yang salah, saya terima. Ajarlah saya untuk jadi yang sempurna pada ibu ayah saya. Saya harap abang² kakak², pakcik makcik dapat nasihatkan saya dengan baik.
– Nana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit