Hi semua. Bersempena harijadi aku harini, terdetik dalam hati aku untuk zahirkan suara hati kecil yang terpendam dalam bentuk tulisan dengan harapan ada yang dapat mendengar. Aku bagi nama aku Loner sebab itula yang aku sedang rasa sekarang. Sunyi. Sepi. Kosong.
Sejak sekolah rendah aku tak ramai kawan. Mungkin ada, tapi kawan biasa yang hanya sekadar wujud tapi tak bermakna apa2 pun. Kalau dalam konteks berkelompok atau kumpulan, aku tetap sorang2 je. Takde yang betul2 ikhlas dengan aku. Mempergunakan aku? Banyak. Pada waktu susah aku jugaklah yang dicari. Bila senang, layanan lebih kurang je.
Kesannya aku jadi sedikit introvert susah percayakan orang. Namun sewaktu di tahun 6 sekolah rendah, aku pindah ke sekolah yang baru. Aku mula berkenalan dengan seorang yang sangat baik dan dipercayai ku namakannya A.
Disebabkan sifat introvert aku, aku jadi sangat2 rapat dengan dia. Sebab aku tak ramai kawan, bila ada yang aku percaya, aku jaga sangat2 persahabatan dan hubungan yang terbentuk seperti adik beradikku. Tapi setahun jer berkawan sekolah menengah lain2. Awalnya masih berhubung tapi lama kelamaan semakin hambar dan tidak lagi berhubung.
Di sekolah menengah, kisah sunyi aku berulang hingga la sekitar Tingkatan 4, ada seorang ini ku namakannya B, mendekatiku untuk urusan pembelajaran kerana aku merupakan salah seorang pelajar terbaik. Lama kelamaan kami menjadi rapat dan kekosongan aku terubat. Tapi sekali lagi berulang kisah sama tapi senario sedikit berbeza.
Kami banyak bergaduh dan B menikam belakangku demi orang lain yang memusuhiku seperti senior yang dengki akanku dek kerapatanku dengan cikgu2.
Pelbagai fitnah dilemparkan padaku namun aku tak dapat membela diri malah B juga memusuhiku kerana dia mewarisi jawatan daripada senior yang keji itu menyebabkan dia menyembah senior yang sebelumnya dikutuk habis-habisan dihadapanku.
Tak perlu aku ceritakan panjang lebar lagi cukuplah aku bagitahu, aku dikhianati dan ditinggalkan sejauhnya disebabkan jawatan.
Segala perancangan untuk melanjutkan pelajaran kononnya bersama B hancur dek hancurnya persahabatan kami. Sehingga hari ini parut lukanya masih ada. Putusnya persahabatan itu sangat memberi kesan kepadaku.
Di matrikulasi aku cuba mencari pengganti dan alhamdulillah ada dua, C dan D yang aku kenal di matrikulasi sangat baik dan melayan aku seperti keluarga sendiri. Namun tak lama selepas tamat matrikulasi, sekali lagi aku diuji dimana aku dan kawan2 baru di matrikulasi mendapat tawaran di universiti yang berbeza.
Aku redha sahaja dengan ketentuanNya dan tetap bersyukur walau apa pun. Namun aku sedih kerana aku tau jarak yang ada pasti menjadi ujian kepada persahabatan kami. Dan benar tekaanku.
Kali terakhir aku berhubung dengan C dan D adalah pada Disember 2019. Sejak itu, aku hanya berdiam dan menunggu mereka menegurku dahulu. Tapi sehingga harijadi aku mereka tidak langsung bertanya khabarku.
Kenapa aku sengaja diam sedemikian? Sebab aku nak uji adakah mereka ingat padaku sepertimana ku selalu ingat pada mereka setiap hari. Atau hanya aku yang terlalu beria dan perasan dalam persahabatan itu ? Kerana sesungguhnya itulah yang ku rasakan dan ia bukan merupakan kali pertama.
Sebelum2nya pun aku perasan, akulah yang selalu lebih dalam memberi dan menyumbang dalam persahabatan. Kerana aku menghargai persahabatan itu seperti suatu hubungan kekeluargaan atas sebab kurangnya bilangan kawan yang aku ada. Jujur ku katakan, aku tidak menerima penghargaan sepertimana yang aku berikan pada yang lain.
Aku selalu post mengenai sahabat2ku di whatsapp, IG tapi aku jarang2 sekali muncul dalam update mereka. Kadang2 aku rasa aku ini sama sahaja seperti orang lain bagi sahabat baik aku tetapi mereka sahabat baik aku ini bagi aku sangat istimewa dan berbeza. Aku rasa sedih.
Pernah sahaja dalam mindaku terlintas untuk kekal keseorangan sahaja tiada lagi kawan rapat seumpamanya. Tapi hakikatnya tak semudah yang disangka. Aku tak mampu menipu diri aku.
Aku sangat perlukan sahabat dek ciri introvert pada diriku. Kerap pada waktu malam sebelum tidur aku termenung sendirian memikirkan sunyinya hidup aku. Aku rasa lemah dan kosong sangat2.
Kalau ada yang kata kenapa tak fikir family je, aku nak cakap, diri aku dengan family tak sama dengan sahabat aku. Aku lebih expressive dengan sahabat yang aku percaya.
Sejak kecil aku memang jenis tidak berkongsi sangat dan bonding dengan keluarga. Malah atas beberapa sebab, hubungan dalam keluarga aku tidak sekuat keluarga lain. Namun sebabnya aku tidak boleh kongsikannya disini.
Ketika malam birthday aku menulis confession ini aku rasa sangat sedih dan air mata mengalir memikirkan sunyinya aku. Seperti aku ni tidak layak wujud sahaja. Malah aku tak tipu aku seperti berdoa supaya aku boleh tidur selamanya tanpa perlu bangun lagi sebab jiwa aku sangat terseksa.
Aku rasa itu sahaja luahan dari hati kecil aku. Andai pembaca sekalian rasa tulisan aku ini mengarut, maafkanlah aku.
Bersempena birthday aku yang tidak berapa penting ini, kalau ada yang membaca ini, aku pinta agar kalian doakan kesunyianku hilang dan aku dapat hidup dengan bahagia meskipun keseorangan dan sunyi.
Terima kasih dan bye.
– Loner (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit