Firstly, Sorrylah jika penulisannya berterabur sebab ni first posting di IIUM Confession dan aku buat macam menulis diari.
Kisahku, baru menjengah ke alam dewasa iaitu alam kerja beberapa bulan lalu di tahun 2024.
Alhamdulillah atas rezeki pekerjaan yang Allah bagi walaupon awalnya agak dipenuhi dengan air mata menerima takdir bahawa perlu berjauhan dari keluarga ribuan kilometer merentas laut, walaupon dalam Malaysia.
Aku ada dua benda utama nak cerita kali ni. Kawan dan Jodoh.
Kawan
Bila dah masuk alam pekerjaan barulah aku lagi merasakan syukurnya dapat jumpa sahabat2 yang baik sepanjang belajar.
Di tempat kerja ni, aku je yang baru masuk. Awal2nya rasa sangat “jauh dan sunyi”. Memang tak tipu, 3 minggu pertama hanya bertemankan air mata.
Parents pesan “environment baik, rakan kerja baik, aku je yang perlu kuat”.
Walaupun berada di sekeliling orang baik, tapi sebab tidak click secara emosi buatkan aku rasa sunyi di sini. Sampai sekarang. Aku rindu waktu belajar dulu, balik je rumah sewa kami dapat kongsi cerita, berbual bergosip.
Tapi sekarang, aku balik kerja, hanya sorang diri di rumah. sunyi. Walaupon boleh je video call kawan, family tapi kejap je dan tu pon tak selalu available.
Aku pula sejenis introvert dan bukan yang out spoken. Jadi susah untuk aku rapat dengan orang baru lagi2 yang berusia dariku. Bila dah sunyi macam ni mulah fikir pasal Jodoh.
JODOH
Sebulan lepas aku tamat belajar, dapat mesej nak berkenalan dari sorang rakan, gelarkan dia sebagai F. Lelaki ni aku kenal atas urusan kerja. Kami jumpa seminggu je dan tak sembang sangat pon lagipula masa tu Pkp.
So sebab aku tak kenal sangat dengan dia dan fizikal attraction kirang sikit so aku reject. Aku rasa masih awal lagi nak taaruf, mungkin nanti boleh kenal ramai lagi orang.
Tapi sangkaanku meleset. Dah kerja beberapa bulan dan masuk tahun baru ni takde kenal sapa pon. Yes. Aku tak ramai kenal lelaki melainkan classmate zaman uni sebab sekolah menengah dulu perempuan je.
Bila dah rasa sunyi ni, mulalah fikir balik okay juga kalau kenal dengan dia. Dan…. Ayah aku ada bagitau jumpa ayah F dan ayah dia tanya tak nak taaruf ke dengan anaknya. Ayah aku kata tunggu jawapan dari aku.
Tiga kali jugak ayah aku terjumpa dengan ayah dia dan soalan sama dia tanya. Tapi aku masih rasa taknak. Sebab kurang berkenan fizikal gelap.
Ada jugaklaa aku try cari fb dan media sosial nama dia tapi satu pon takde kecuali zaman sekolah rendah 2011. Tak main sosial media sangat ni aku rasa. Tapi sebab dilema aku pon istikharahlah perlu ke aku taaruf dengan dia.
Semalam cukup hari ke 23 aku istikharah mohon petunjuk dan semalam tahun baru aku doat mimpi. Tapi mimpi ni mimpi tidur lepas subuh (dikira jawapan jugak ke mainan syaitan).
Dalam mimpi tu jawapannya TIDAK sebab aku dan family pergi ke rumah dia tapi dia taknak jumpa kami siap nangis2 lagi. Jelas ye mimpi tu. Tapi aku taktaulaa tu jawapan ke apa. Bila dapat mimpi tu lagi konfius aku.
Dan terfikir jugak apa salahnya bagi kenal dAn taaruf dulu untuk tengok peribadi dia dan cara fikir.
(Btw kami tak pernah chatting selain yang dia chat nak berkenalan tu je dan rasanya dia taksave pon no. aku sebab takde pon status ws).
Boleh ke dah minta istikharah petunjuk Allah bagi mimpi tu tapi kita buat bertentangan tetap juga nak teruskan untuk kenal sebab rasa dia macam baik je. Cuma aku akan teruskanlah istikharah walaupon dalam proses kenal nnti.
Confession ni kan orang selalu bagi pendapat, jawapan dan kritikan. Cuba komen apa yang patut aku buat sebenarnya?
– Brownie (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Deknon dengar kata hati dan budi bicara tubuh badan sendiri.
Kalau mata pon tak selera. Nak ka lihat si F tiap hari?
Tak dosa pon deknon kalo ampa suka laki cerah tuh citarasa deknon. Ramai ja pompuan putih gebu nikah laki gelap. Ramai ja pompuan gelap dapat laki kulit cerah. Citarasa deknon yang penting kerana deknon yang kena hadap.
Lepas istikharah pon mimpi nangis tak mahu jumpa. Cam mana tuh?
Senang ja deknon ampa pi jumpa interview. Gituhhhhh!
Ampa tanya puas puas apa ampa nak tahu. Tanya apa ampa suka apa si F tuh suka. Cuba berbual. Kalo nak jumpa pon tak mahu, BAGI ALASAN. Di F tuh dalam mimpi pon nangis bawa ke reality PENGECUT tak mahu jumpa berkenalan. Reject!
Banyak lelaki baik beriman dan handsome.
Takyah buang nyawa jadi HAMBA dan kilang pembiak baka hanat jantan tak guna. Biar depa pupus.
Nikahi lelaki SOLAT 5 WAKTU. SOPAN SANTUN, BERIMAN DAN TAHU HUKUM AGAMA.
Ini kulit gelap, pengecut, solat buat ikut suka hati, tapi ada masa MAIN TikTok, main Instagram dan threads, main Facebook ADA MASA. SOLAT TAK NAK. LOMPONG MACAM GIGINYA. Kalo ada ciri cirit di atas reject!!!!!!!!!
Tak kenal Maka tak cinta deknon.
Beri peluang dulu. Jumpa dan cari tahu perkara penting. Nilsi personaliti dan cara hidupnya. Lepas tuh fikirkan semula. Ikut akal bukan hati
Kalo nikah Karna Sunyi bila dah tak Sunyi nak cerai ka????????
Nikah kerana Allah. Nak jadi Muslimah baik dan dijaga. Nak Bina keluarga sakinah mawaddah warahmah ah gihtuhhhhhhhhh!
Sediakan diri pasti Tuhan hantar mudah jodoh yang sudah Sedia.