Assalamualaikum & salam sejahtera. Aku ada baca confession yang bertajuk AYAH DAN AKU by Hana, (https://iiumc.com/ayah-dan-aku/).
Aku nak ceritakan realitinya kehidupan rumahtangga yang aku saksikan sejak kecil sehinggalah sekarang, aku dah 20-an.
Sebelum tu, tahniah confessor dan keluarga, sangat tabah menghadapi seorang ayah yang panas baran. Bukan semua mampu hadapi.
Cerita aku agak sama cuma jalan ceritanya sedikit berbeza. Baik, aku mulakan. Aku seorang perempuan, berusia 20-an. Aku ada seorang ayah yang juga panas baran tapi panas barannya makin memudar.
Dulu, masa aku kecil, aku nampak dengan mata aku sendiri ayah aku pukul mak aku. Ayah aku mudah sangat marah dan sifat dia ni ada dalam diri adik beradik ayah aku tak kira lelaki atau perempuan. Sama saja. Bengis dan baran. Kadang, aku rasa macam betul ke ni seorang wanita? Perangai tah apa apa.
Anak anak lelaki pula diraja rajakan, bapa saudara aku dah perangai macam budak tak matang, baran je memanjang, tak kena sikit lempar benda itu ini, rosakkan benda itu ini.
Bergaul dengan orang pun tak pandai, bila ada majlis, mana ada duduk layan tetamu, layan tetamu pun pilih pilih padahal tu majlis dia, di rumah dia. Bab agama sembang paduuu tapi perangai haramjadah.
Bukan dia saja, tapi adik beradik ayah aku yang lain pun sama. Mereka adik beradik selalu bergaduh sampai pukul sepak terajang. Kau rasa aku nak hormat ada mak/bapa saudara macamtu? Dengan perangai suka tabur fitnah, dengki, berlagak, baran??
Biar orang nak kata apa, aku takkan miss berdoa untuk Allah beri aku jodoh dengan lelaki yang baik baik dari keluarga berketurunan yang baik. Sebab apa? Aku takut aku dapat family suami yang perangai macam mak/bapa saudara aku.
Anak anak lelaki diraja rajakan. Nenek aku pulak jenis yang bermuka muka. Kadang aku pelik kenapa masih wujud manusia macamni. Anak anak yang elok, yang ngam dengan dia, dia layan elok, anak yang gaduh dengan dia sebab menyatakan sesuatu yang betul, dia buat macam musuh.
Padahal anak tegur benda betul tapi tak boleh terima. Lepastu hasut anak anak yang lain suruh benci anak yang tegur perbuatan terkutuk dia tu.
Nampak tak betapa jahanamnya ada keluarga macamni?
Ya perkataan aku kasar. Sebab aku geram. Aku sakit hati. Aku benci ada keluarga huru hara macam tu. Aku malu nak mengaku mereka keluarga aku. Tak serupa orang lain.
Orang lain, makin berusia, makin matang dan elok, makin ingat nanti nak mati dah tak lama dah, tapi mereka makin tua makin pelik perangainya. Belum lagi bab bomoh bomoh ni. Macam macam ragam.
Ayah aku dulu, memang panas baran. Tak kena sikit lempar pinggan mangkuk, buat itu ini. Sama je dengan adik beradik dia yang lain. Masa awal awal tu, mak aku sabar lagi. Hormat lagi. Mak aku tak lawan lagi. Sebab fikirkan anak anak.
Tapi bila anak anak dah membesar, mak aku cuba lawan. Bukan niat nak derhaka tapi nak ayah aku sedar. Mak aku brainwash ayah aku, tegur mana salah silap. Sebab ayah aku ni terlalu sanjung mak dia (nenek aku lah).
Nenek aku tuduh mak aku macam macam, mengadu macam macam padahal mak aku tak buat pun, ayah aku plak bila balik rumah, pukul maki mak aku. Nenek aku ni memang tak pernah bertaubat. Bila lah agaknya nak betul betul bertaubat ya? Can i say she is munafik?
Aku tahu mak kena hormat. Aku tahu. Aku pernah bagitau ayah aku, nak balik kampung, nak beri duit, berilah. Tak larang, tak halang sebab aku tahu syurga ayah aku pada mak dia. Tapi aku pesan lagi dekat ayah aku, cukup cukuplah percaya hasutan bodoh.
Okay sambung. Mak aku ni banyak lawan. Tiap kali mak aku nak lawan, memang mak aku minta kekuatan dari Allah. Bukan lawan teruk gaduh apa bagai, tapi mak aku bagitau balik benda apa family ayah aku buat tak kena. Brainwash. Sah sah la ayah aku susah nak terima.
Dia sebenarnya tahu perangai adik beradik dia macam mana. Tapi atas dasar adik beradik, busuk buruk pun tetap disanjung. Adik beradik takda salah haa. Macam maksum pulak!!
Hasil didikan mak aku, ayah aku banyak berubah. Bab agama makin terjaga. Aku sendiri dah saksikan perubahan ayah aku. Ayah aku ni dia baran tapi baran dia tak sekuat baran adik/abang dia yang lain.
Ayah aku sebenarnya yang paling lembut hati dan perangai elok daripada adik beradik dia yang lain. Ayah aku masih boleh dikawal. Ayah aku ni baik sangat. Pemurah, penyayang…
Tapi bila ada je hasutan daripada mak dia, adik beradik dia yang b0doh celaka tu, dia akan jadi orang lain. Terus jadi angin, jadi baran. Apatah lagi nenek aku tu jenis pakai ilmu. Mulalah balik rumah marah mak aku.
Ayah aku elok elok je dengan kami, lepas dia jumpa mak dia, terus jadi singa serba serbi tak kena. Tak logik weh benda simple pun nak marah. Macam bukan jadi diri dia.
Mak aku dituduh pakai bomoh, dipulaukan dalam keluarga. Sangat menyakitkan bertahun tahun hidup tapi mak aku sabar. Hidup mak aku dengan SOLAT dan SABAR. Solat hajat, sunat dhuha, taubat doa zikir. Semua tu makanan mak aku.
Sebabtu aku boleh kata, mak aku menang besar ‘lawan’ dengan mereka yang hati hitam legam ni. Mak aku ni dari keluarga yang baik baik. Takdanya belah mak aku pakai jin setan.
Cukup ada Allah, cukup dengan solat dan sabar walaupun makan air mata dengan perangai mak mertua dan ipar duai. REALLY TOXIC!!
Dari dulu sampai skarang, mak aku tak melawan. Mak aku chill je. Aku rasa kalau aku jadi mak aku, aku tak tahan. Kau tengok drama world of married? Takda yang boleh dipercayai kan? Begitulah situasi mak aku. Ipar duai sorang pun takboleh diharap/dipercayai.
Ayah aku ni bab adik beradik, dia jaga betul. Tapi adik beradik dia tu manalah ingat jasa dia. Takda nya. Bila ayah aku perlukan apa apa, pandai pula berdiam diri dan menjauhkan diri.
Bila lama lama, Allah tunjukkan satu demi satu perbuatan nenek dan mak/bapa saudara aku, ayah aku sedar. Ayah aku macam cuba hadkan hubungan dengan adik beradik toxic dia.
Ayah aku sedar yang selamani mak aku lah yang betul betul disisi, setia, tolong sehabis mungkin, bukannya so called siblings bodoh dia tu.
Dulu, mana boleh tegur apa perangai buruk mak/bapa saudara aku. Mesti kena marah balik. Sekarang, segala binatang haram dalam hutan tu aku taburrr depan muka ayah aku. Aku maki kaww kaww perangai celaka adik beradik ayah aku tu.
Tapi ayah aku sikit pun tak marah, yang ada pada wajah dia, dia kesal. Dia sedar dia dah banyak buat silap dan dia sedar adik beradik dia perangai celaka. Aku sikit pun tak takut. Bila aku semakin dewasa, aku banyak gaduh dengan ayah aku. Aku gaduh sebab adik beradik dia dan mak dia.
Pada awalnya, ayah aku tak dengar dan menangkan adik beradik dia tapi bila Allah uji ayah aku dengan perangai jijik adik beradik dia tu, ayah aku sedar. Aku cakap ikut sedap mulut aku je. Sebab aku dah bertahun tahun aku tahan.
Bayangkan, dari aku kecik, aku dah bersabar banyak benda. Walaupun aku budak, tapi aku rasa aku dah matang berbanding dengan adik beradik ayah aku. Aku boleh lihat dan nilai apa orang orang tua buat.
KAU BOLEH BAYANG TAK SEJAK KECIK LAGI KAU TAHAN NAK MARAH NAK LAWAN DAN KAU CUMA PILIH UNTUK BERDIAM? PERIT KAN? ITU YANG AKU RASA. TAPI, MAK AKU LAGI SEKSA :”)
Aku takboleh ceritakan secara detail apa yang berlaku sehingga menyebabkan ayah aku sedar dan buka mata. Kot ada yang memerhati.
Ayah aku siap pesan dekat aku dan adik beradik aku, supaya kami tak jadi macam ayah. Ayah aku sangat baik. He’s a superdad for me and my siblings. Dia terbaik. No one can replace him.
Mak aku pun dah masak dengan ayah aku. Mak sayang ayah aku sebab tahu hati ayah aku baik. Mak tahu ayah tak pernah culas bab tanggungjawab, kami tak berlapar, rumah besar dan selesa, apa kami nak kami dapat, sikit pun tak berkira.
Mak tahu perangai ayah kalau ayah tak balik jumpa mak dia, elok je. Keluarga kami harmoni sangat sangat sangat!
Kami ada berubat secara diam, apa yang boleh aku katakan, ayah aku ni macam ‘dikawal’. Harap kau orang faham lah apa yang aku cakap ni. Nenek aku tu tak suka mak aku, and tak mustahil lah dia buat macam macam and memang dia nak parents aku bercerai. Tapi jodoh parents aku panjang.
Percayalah dengan the power of solat and doa. Kau akan menang lambat laun. Allah akan bantu kau. Sebabtu ayah aku dah banyak ‘bersih’ daripada ‘kotoran’ yang dihantar oleh keluarga dia sendiri untuk buat ayah aku buta pada isteri dan anak anak.
Ayah aku tak balik kampung, elok je. Takda bengis baran pun. Ayah aku sporting gila sampaikan sepupu aku belah mak aku semua rapat dengan ayah aku, ayah aku layan macam anak kandung semuanya. Sebab memang ayah aku baik.
Tapi…. haaaa jangan sampai dia balik kampung sana… Hancur.. aku sentiasa get ready kemungkinan yang berlaku.
Fyi, ayah aku jugak selalu mengigau sampai melalak meraung tengah malam. Bila tanya, dia cakap dia lawan dengan hantu muka buruk sangat. Begitulah jawapan dia setiap kali ditanya kenapa mimpi meraung macam orang nak kena bunuh. Setan cekik la apa la. So, you can see kan? :)
Apa yang boleh aku katakan, keluarga yang panas baran, sangat susah untuk ubah. Sebabtu aku ada kawan baran pun, aku boleh tinggalkan. Maaf, sebab aku dah muak tengok orang baran mengamuk, maki marah apa bagai. Aku trauma. Aku takut. Sampai tahap aku rasa jijik!
Anak anak ni, dia takkan jadi celaka kalau mak bapak dia tak celaka. Haaa kau faham2 jelah ya apa aku cakap. Mak perangai camtu, sebabtu anak anak ikut perangai mak. Tengok perangai nenek aku tu, anak anak dia plak yang wariskan perangai dia HAHAHAHA.
Perangai orang tua yang jenis pilih kasih is real okay, yang jenis sanjung anak tu, hina anak ni, pulau anak tu, rapat dengan anak ni…wujud. Percayalah cakap aku. Yang demand macam macam, wujud. Yang main bomoh, wujud. Yang suka fitnah, wujud.
Yang melaga lagakan anak menantu, wujud. Yang nak anak menantu dengan dia je, wujud. Yang talam dua muka, wujud. Yang control rumah tangga anak menantu, wujud. Kau ingat dalam drama je ke? Benda ni real sayang. Kau tak kuat, kau takkan mampu hadap.
Banyak lagi perangai jijik yang aku nak cerita tapi once aku cerita, bahaya nanti. Cukuplah aku beri gambaran sahaja.
Man, please, kalau kau rasa kau panas baran, kau jangan seksa anak bini kau. Kau jangan buat macam kau raja. Belajarlah control emosi kau.
Kau nak ke tunjuk depan anak anak kau perangai baran kau? Kau nak anak anak kau membesar dengan baran tu? Hidup takut dengan kau? Nak? Lagi lagi bila kau tak respect wife kau. Wife kau bukan kuli tau. Wife kau manusia.
Ladies, tolonglah selidik dulu bakal suami kau dan keluarga dia. Kalau jenis perangai haram jadah takyah la. Kau let go je. Kalau tak kahwin lagi dah makan penampar, dah kena marah carut maki, benda simple pun nak marah, kau nak stay apa lagi?? Blah jelah. Marry a man, not a fuckboy.
Aku trauma bab rumahtangga ni sebabtu aku jadi memilih bab bab perangai ni. Doakan aku dapat jodoh yang elok dari keluarga yang baik baik ya.
– Umaira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit