Supervisor Dari Neraka

Nama saya Siti. Saya merupakan pelajar master di salah sebuah universiti tempatan.

Sebenarnya saya dah kerja, tapi saya sambung belajar secara part time. Yuran semua saya bayar sendiri. Dari duit gaji yang saya himpun setiap bulan. Gaji tak besar, jadi kena ikat perut untuk sambung belajar. Untuk masa depan juga.

Lepas saya dah daftar dan mula kelas, saya pun mula cari supervisor (SV). Saya tak kenal pensyarah sangat, jadi tak tau nak cari supervisor macam mana. Sebab kat sini, dia open. Kita boleh pilih supervisor kita, setengah tempat dia dah assign siap-siap.

Lepas beberapa bulan, ada kawan kata ada sorang lecturer ni nak cari student master. Kawan tu cakap lecturer tu ok. Lelaki. Muda. Jenis soleh, orang pergi masjid. Cakap pun lembut. Ok la tu kan.

Saya pun jumpa dengan lecturer tu dan akhirnya saya pun mula jadi student bawah seliaan dia.

Masa mula-mula jumpa tu, saya dah tunjuk cadangan tajuk yang saya minat nak buat. Dia kata tak sesuai. Dia bagi tajuk yang dia nak. Alasan dia sebab master ni kena boom! Kajian kene buat hebat.

Oleh kerana terpegun dengan kata-kata dia saya pun setuju. Biasalah, student kan.

Kena la dengar cakap cikgu. Saya pun mula buat kajian saya. Mula cari bahan, cari buku. Buat sungguh-sungguh. Ye lah saya fikir untuk masa depan saya.

Dalam satu semester saya berjaya buat rough proposal untuk kajian yang SV saya bagi tu. Saya pun hantar. Lama jugak tunggu respon. Dalam 2 bulan. Bila saya jumpa, dia kata dia tak baca.

Dia hantar balik macam tu je. Komen dia dekat saya, “saya rasa maklumat awak ni macam tak cukup”. Tapi dia cakap dia tak baca, macam mana dia tahu tak cukup? Dari situ saya dah mula pelik.

Cara dia cakap pun dah lain. Tak macam mula jumpa dulu. Dah macam ada ugut sikit. Saya pun ikut je lah. Sepanjang 2 tahun saya dah hantar 5 kali proposal. Tapi sekali pun dia tak pernah baca. Bila dapat balik selalunya proposal saya bersih je.

Nak dijadikan cerita, masa semester 4, saya kena sakit. Fibroid dalam rahim. Jadi saya ambil keputusan untuk tangguh semester atas nasihat doktor.

Saya pun tiba-tiba je kena penyakit tu, jadi saya tak sempat nak maklumkan kat SV saya. Ye lah saya pun berulang ke hospital dan operation lagi.

Memang sakit. Bila SV saya tahu, dia marah. Belum sempat saya nak terangkan kat dia, dia dah ugut nak gagalkan saya sebab tak maklumkan kat dia tentang keputusan saya nak tangguh semester. Dia kata saya kurang ajar dan tak hormat dia.

Saya sangat-sangat down masa tu. Dalam keadaan saya diuji tak sihat, ditambah lagi dengan SV yang zalim. Hampir-hampir kemurungan.

Sebab saya dilemma nak sambung master saya atau tak. Saya tak tahan masa tu. Tapi saya fikir saya dah habis banyak duit untuk bayar yuran, saya gagahkan juga.

Saya contact balik kawan saya yang mula-mula kenalkan saya kat SV saya ni, nak tanya pendapat. Rupanya dia dah berhenti. Dia buat benda yang sama jugak kat kawan saya. Kawan saya lagi teruk kena. SV saya push kawan saya untuk jual produk yang dia buat.

Kawan saya buat je. Sebab kawan saya ni duduk dekat dengan kampus jadi dia selalu paksa kawan saya datang jumpa dia untuk ambil produk dia untuk dijual. Dah lah tak ada gaji buat kerja tu.

Bila kawan saya pregnant, dia nak tangguh sem jugak. Tapi dia dah maklum dengan SV kami tu. Dia tangguhkan sem ada komplikasi dengan kandungan dia, kawan saya nak balik kampung duduk dekat dengan mak dia sebab suami kerja di pelantar minyak.

SV kami mula mengamuk. Dia ugut nak gagalkan jugak kawan saya ni juga. Oleh sebab tak tahan dengan SV kami tu, kawan saya pun terus drop selepas 4 sem dan dah nak habis dah belajar dah pun.

Rupa-rupanya lepas tu macam-macam cerita keluar pasal SV saya ni. Student degree cakap dia paksa satu kelas untuk jual produk dia kalau nak lulus.

Ada student terpaksa beli sendiri produk dia dengan harga yang mahal sebab tak pandai jual dan terpaksa sebab nak lulus.

Lepas tu keluar pula cerita dia pernah kena tangkap isu plagiat. Tapi tak tau apa tindakan dia kena. Sebab lepas tu macam senyap je. Dan sekarang, saya dengar dia dah naik pangkat jadi Dekan ke ketua jabatan macam tu lah.

Pernah sekali saya buat temujanji nak jumpa dia untuk proses semak thesis saya. Dia sendiri yang tetapkan masa jam 3 petang di bilik dia.

Oleh kerana saya kerja, jadi saya terpaksa ambil cuti tanpa gaji untuk hari tersebut dan drive kereta dari ofis ke universiti.

Agak jauh. Dalam 120km. Sebab universiti ni je yang ada course yang saya nak dan yuran agak berpatutan. Saya sampai jam 2.30 depan bilik dia.

Saya tunggu sampai jam 3.30 dia tak ada juga kat bilik dia. Saya call tak angkat. Saya tunggu sampai pukul 5, tiba-tiba dapat mesej dia kata dia lupa. Tak ada maaf pun. Dia hanya cakap dia lupa dan suruh saya set temujanji untuk lain kali.

Dia selalu push kami untuk tulis artikel dan hantar untuk dimasukkan ke dalam jurnal-jurnal. Lepas tu dia kata, pastikan nama dia ada sekali. Walaupun dia tak pernah baca pun apa kami tulis, tapi dia selalu nak suruh letak nama dia jugak.

Rupa-rupanya baru kami tahu kenapa dia buat macam tu. Dia nak kejar publication untuk dia naik jadi Professor. Entahlah. Kami terpaksa juga buat walaupun tak rela.

Sebab kalau tak buat dia akan ugut macam-macam. Dia jenis yang takkan naik suara, dan dia pun jenis cakap lembut. Tapi cara dia cakap tu memang penuh ugutan. Dan ramai orang takkan percaya dia buat kat kami, student-student dia macam tu.

Saya berdoa agar satu hari nanti Allah akan balas semua apa yang dia aniaya kami.

Dalam dilemma untuk teruskan master,

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *