Surabaya di Mata Pelancong

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca iium confession. Terima kasih kepada admin jika confession ini disiarkan. Baru-baru ni abang ada pergi melancong ke Surabaya, Indonesia. Selama 4 hari 3 malam. Rare kan orang pergi melancong ke Surabaya.

Biasa kalau sebut je Indonesia, orang akan ingat Bandung dan Jakarta je. Surabaya pun salah satu tempat melancong. Tempat tumpuan para wisata (pelancong). Sebut je nak pergi Surabaya semua cakap nak pergi sana buat apa. Bukan ada apa-apa menarik pun. Okay meh abang nak cerita apa yang menarik kat sana.

Abang ke sana dengan flight Air Asia. Flight ke sana mengambil masa almost 2 jam 50 minit. Dan dikendalikan oleh Air Asia Indonesia. Jadi jangan pelik kalau dengar pramugari sebut sabuk pengaman tu sebagai tali pinggang keledar. Abang tiba di Juanda International Airport jam 4.30 petang. Waktu di sana lewat satu jam berbanding waktu kita. Pak supir ada sedang menunggu abang dan family kat airport.

Dari airport Pak supir membawa abang ke Bandar Malang. Malang adalah satu bandar berdekata dengan Surabaya. Mengambil masa 2 jam lebih untuk sampai ke Malang dari Surabaya. Sepanjang perjalanan abang hanya memerhati suasana dan pemandangan sepanjang jalan. Meminta sedekah di jalan raya itu perkara biasa. Apa yang menariknya sepanjang jalan ada masjid. Jarak antara satu masjid dengan masjid yang lain pula dekat-dekat. Memang tak risau nak berhenti solat sepanjang jalan.

Sampai saja di Malang, abang check in hotel dan berehat. Esok pagi abang ke Ladang Epal di Malang. Di sini berpeluan untuk melihat pokok epal dan boleh petik sebanyak yang boleh. Makan pun sebanyak yang boleh. Tapi nak makan banyak mana. 2 biji pun dah kenyang.

Btw, kat sini sejuk. Macam ala2 Cameron Highland gitu. Memang sesuai la untuk tanam epal dan alpukat( avokado). Kat sini juga famous dengan buah avocado. Murah je kat sini. Nak ke ladang epal tu kena naik trak yang dia sedia. Kereta biasa tak boleh sebab kena mendaki bukit.

Tengah hari tu abang bertolak ke Surabaya. Otw tu Pak Supir bawak singgah makan kat kedai nasi padang. Nasi padang ni kita boleh pilih nak makan lauk apa. Bila kita duduk je, dia akan hantar semua jenis lauk yang ada. Kita pilih nak makan yang mana. Yang tak nak makan tolak tepi terus. Sedap juga makanan dia.

Di bandar Surabaya memang banyak masjid. Sangat banyak. Kerja abang sepanjang jalan kira masjid je. Hotel di Surabaya pun berdektan dengan masjid. Kiri kanan depan belakang ada masjid. Kalau azan memang berlapis- lapis dengar azan. Masjid pula di celah- celah bangunan. Abang stay kat hotel berdekatan dengan masjid Ampel. Salah satu masjid famous. Di masjid tersebut, terdapat makam Wali Songo.

Apa yang abang terkilan, jemaah masjid yang terlalu mengagungkan makam tersebut. Masuk waktu Subuh, abang ke masjid untuk berjemaah. Wah. Terkejut abang sebab saf penuh. Ramai jemaah even waktu Subuh. Habis solat, imam menghadap makam wali tersebut dan membaca doa. Tu sedikit ralat la bagi abang. Tapi abang memang respect dengan penduduk kat situ yang keluar berjemaah.

Kalau anda kaki shopping, Surabaya should not be your choice. Kat sini bukan untuk shopping. Abang bawak duit habis sebab beli makanan je. Kalau nak cari kain ke barang-barang ke memang tak ada kat sini. Oh ada. Batik je banyak kat sini. Kalau siapa nak beli kain batik boleh la. Ada tempat shopping. Bukan tak ada langsung. Boleh ke Pasar Turi, Jembatan Merah Plaza. SOGO pun ada kat sini. Besar. Mak abang sempat grab handbag satu.

Abang hanya bercerita melalui pengalaman. Bak kata orang jauh perjalanan, luas pemandangan. Tak gitu. Abang hanya berjalan untuk mengenal budaya dan tempat orang. Serta makanan. Tak lupa Bakso, Soto dan nasi padang. Sekarang abang plan nak ke Medan, Indonesia. Ada masa abang kongikan pengalaman abang kat sana. Jumpa lagi.

– Pelancong Asing

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *