Assalamualaikum. Berapa banyak di antara kita yang selalu risaukan masa depan?
Jodoh belum tiba, kerja belum dapat, doktor belum diagnose sakit, tapi kita dah fikir ada cancer. Risau itu risau ini. Benda belum berlaku kita dah fikir, dah rusing.
Salah satu rukun iman adalah percaya kepada qada dan qadar. Masa depan kita Allah dah tentukan semuanya.
Tak salah kita fikir pasal future. Tapi terlalu berfikir hingga mendatangkan kerunsingan melampau, negative tough, panic attacks dan sebagainya adalah bisikan dari syaitan ya.
Sebab itu kan kerja dia. Tiupkan sebanyak mungkin bisikan negative agar kita was2 pada takdir tuhan.
Then kita akan persoalkan tuhan, persoalan masa depan, persoalkan tadkir. Akhirnya meruntuhkan akidah kita.
Ann tak nak cerita orang lain. Ann sendiri pun banyak benda fikir pasal future. Fikir pasal perkara yang belum berlaku. Kemudian persoalkan perkara yang sudah berlaku.
Kenapa kita tak macam ni, tak buat macam tu. Then perkara tu mungkin tak jadi macam ni kalau kita buat tindakan macam ni.
Benda belum jadi kita dah deep thinking akhirnya stress sendiri. Kemudian mula la bad mood setiap masa.
Kadang benda dah jadi pun. Tapi bila tidak berlaku seperti kita nak, pasti ada kita fikir kan bagus jika aku buat macam tu atau macam ni.
Sebenarnya itu semua bisikan syaitan ya. Sedangkan apa yang tertulis di takdir, itu yang berlaku dalam hidup.
Kawan saya sha ada ajar satu doa ketika bisikan itu datang. Surah hud ayat 56. Doa dia simple saja.
Boleh amalkan sebagai zikir jugak. Starting dia berbunyi “Inni tawakaltu Allahhi”
Because dia bahasa arab, so ann tak tahu macam mana nak tulis pronunciation dia in malay. So ann tulis starting saja.
Kawan2 boleh refers ayat full dia di quran ya..
Maksud ayat in,i “Aku telah berserah diri kepada Allah. Tuhan ku dan tuhan mu. Tiada satu pun makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah yang menguasinya. Sesunguhnya tuhan ku tetap di jalan yang lurus.”
Next time bila runsing tentang masa depan, cepat2 baca doa ini. Lebih bagus jika kita faham maksud dia.
Apabila kita baca sesuatu yang kita faham maksud dia, secara tidak langsung kepercayaan kita pada Allah pasti akan meningkat.
Secara tidak sedar, kita akan mula letak pergantungan kita pada Allah. Mungkin baca sekali tak ada kesan.
Baca saja ulang2 sampai fikiran tu pasti akan hilang. Kerana meaning dia sangat bagus.
Kalau tak percaya cuba buat. Pasti air mata kita akan menitik tanpa sedar.
Boleh jugak baca doa ini ketika berputus asa. Sebab banyak kita ingat Allah, syaitan susah nak dekat.
Now day ramai orang stress, masalah sangat banyak. Economy tidak stabil. Jenayah makin meningkat.
Pasti ada banyak kerisauan kita kan.. So jangan biarkan syaitan mudah ambil kesempatan pada kita.
Sebagai mana syaitan itu tidak berputus asa, kita pun jangan semudah itu mengalah atau putus asa.
Last ann nak share satu word yang sangat famous dalam mana2 ceramah.
Iblis yang di laknat tu pun, apabila dia mintak pada Allah berikan dia umur yang panjang, Allah bagi.
Inikan pulak kita hamba yang Allah sangat sayang. Allah pasti bagi apa yang kita nak.
Allah sangat suka hamba yang banyak berdoa dan meminta ya. Salah satu cara kematian husnol khotimah adalah orang banyak berdoa.
Walau mungkin bukan hari ini, tapi one day nanti pasti kita akan nampak balasan atas setiap doa2 kita tu.
Jaga diri semua. Assalamualaikum.
– Ann (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Terima kasih, Ann atas info yg bermanfaat.. mmg, tidak dinafikan, kita manusia ni sering dipengaruhi oleh syaitan dan fikiran kita sendiri.. manusia hari ini ramai yg ‘stress’, sentiasa mngeluh dan kurang bersyukur.. sya x kata kat org lain, tp diri sendiri.. mngkin krn ilmu yg kurang, atau pon spt x sempat nk menuntut ilmu akhirat.., hari2 sibuk dgn hal kerja, kluarga dan lain2 hal yg berkaitan dunia (keadaan) masing2.. tp yg herannya, mcmne sibuk skali pon, ada plak mse nk membaca dan melihat gambar2 atau ‘game’ d hp berjam2 lamanya, begitu juga dgn tv, sempat jugak tengok drama, rancangan hiburan dsb.., kita muhasabah diri sendiri shj, x perlu tengok org lain, mcmna solat kita, ibadah kita, bca qur’an, sedeqah dll., mcmne kita nk mngadap Allah dan menjawab soklan2 di dlm kubur dan d Akhirat nt..? Mngkin ramai antara kita yg kurang kesedaran ini (termasuk diri saya), kita sedar yg kita skrg hidup di dunia, tp kita spt x sedar, yg ‘kampung’ sbenar kita di Akhirat dan kita masih belom ckup bekalan utk kembali ke Sana nt dan menghadap Pencipta kita.. renung2kan lah.. wallahu a’lam bissawab..