Suram Menyambut Kedatangan Syawal

Hmmm korang baca tajuk pun korang boleh tahukan? Fikiran aku bercelaru, hati aku berbelah bagi untuk tak nak balik ke kampung sambut hari raya. Sumpah!

Aku seronok serta tumpang gembira tengok kemeriahan orang ramai yang excited balik kampung halaman untuk bersama keluarga tercinta.

Ye lah, dah 2 tahun kan tak boleh beraya dengan seluruh ahli keluarga sebab covid. Tapi yang nyatanya 2 tahun Covid tu jugalah aku rasa paling bahagia, tenteram lagi aman tak perlu balik kampung.

Bukan sebab aku benci pada orang tua ku sebab orang tuaku memang tinggal dengan aku sahaja di bandar memandangkan aku memang seorang bujang, cumanya kami adik beradik sahaja yang dah tak sehaluan.

Sesungguhnya aku memang amat merindukan rumah aku di kampung halaman, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat bermain.

Penuh dengan memori-memori indah bersama keluarga dan sahabat handai, jiran-jiran juga yang sudah seakan keluarga sendiri sebelum peristiwa kami adik beradik berpecah belah.

Tak tahu bagaimana dan apa puncanya tapi yang pasti, aku sebagai anak yang masih bujang sudah terlalu penat untuk memikul beban tanggungjawab keluarga dek kerana sikap anak-anak lelaki dalam keluarga aku yang tak bertanggungjawab.

Acapkali anak perempuan juga yang dihambakan, anak lelaki dirajakan atas alasan “Alaaa adik beradik, apa salahnya berkorban, Jangan berkira.” Tapi setiap kali mengalah jugalah aku rasa lelah & fed up.

Cuba untuk aku ikhlaskan, namun setiap kali itu jugalah aku rasa dipergunakan. Seringkali rasa dizalimi dan ditindas.

Andai kata aku boleh bawak diri ni pergi merantau jauh ke luar negara, dah lama aku bawak diri ni pergi jauh biar menghilang dari radar.

Tapi Allah Maha Penyayang. Dia ikat aku untuk masih kekal di sini kerana orang tuaku yang sangat clingy denganku dan hanya mahu tinggal dengan aku.

Kalau aku tumpangkan orang tuaku di mana-mana rumah adik beradikku atas urusan kerja – outstation, hari ke-2 atau 3 mesti sudah resah gelisah hendak pulang untuk kerumahku.

Aku bukan persoalkan isu kerja rumah dan memasak sahaja, tapi isu yang lebih besar mengenai tanggungjawab.

Tanggungjawab dari segi kewangan, tanggungjawab dari segi mengutamakan orang tua sendiri berbanding mertua sebab kau anak lelaki, kau harus utamakan orang tua kau terlebih dahulu, bukan asyik melebihkan mertua dan keluarga isteri kau sahaja.

Duduk pun sudah satu daerah dengan keluarga mertua, hari-hari berjumpa, raya pun masih utamakan keluarga mertua instead of orang tua sendiri seolah-olah orang tua kau dah tak wujud.

Jangan sampai satu saat orang tua kau dah tak wujud, kau menggelupur dekat tanah dengan drama air mata pula. Dah tiada lagi iringan doa kejayaan dari orang tuamu.

Kembali pada kisah pulang ke kampung halaman, aku bukan tak mahu tapi aku tak selesa untuk bersama dengan 2 orang lagi abangku yang lain yang memang bermasalah,

Di saat seorang abang yang melarikan diri untuk bersama mertua, serta kakak pula yang cuba mengelakkan diri dengan alasan untuk bersama keluarga suami.

Maka, aku jugalah yang bertanggungjawab menunaikan hasrat orang tuaku untuk pulang ke kampung halaman.

Berulang kali aku akan akan terperangkap dalam situasi dengan 2 orang baghal ni. Acapkali hendak berkumpul adik beradik beradik di rumah tersebut, pasti aku akan menggigil mengingati kisah pahit dirumah tu.

Masih segar diingatan pergaduhan dan pertelingkahan yang berlaku dirumah ku dikampung.

Kami adik beradik seolah-olah tak boleh bertemu lama dirumah tersebut, mesti akan panas, berselisihan faham, bertikam lidah, berperang dan berparang.

Sorang kaki dadah, keluar masuk penjara, asyik suka minta duit, sorang lagi pula gila harta, tak habis-habis menyusahkan orang tuaku.

Tapi waktu nak berseronok pandai pula pergi seronok sendiri dengan anak isteri bercuti kesana sini, terus hilang ingatan pada hutangnya dan pada orang tuaku.

Tak pernah pula di offer orang tuaku untuk dibawak berjalan-jalan atau nak bayar hutang. Aku trauma, aku seram dengan lelaki-lelaki macam ni. Justeru membuatkan aku benci dengan species ciptaan Tuhan yang bernama lelaki.

Puas sudah aku pujuk orang tuaku untuk pulang bersama keluarga kakakku sahaja, kerana aku tak sanggup untuk mengadap muka-muka yang pernah menyakiti.

Pernah juga aku utarakan untuk hanya menetap di hotel sahaja, tapi ditegah keras oleh orang tuaku, masih mengharapkan aku untuk bersama berkumpul tapi tidak pula menyoal keputusan salah seorang anak lelaki yang sentiasa memilih keluarga mertuanya sahaja.

Terkadang aku terdetik, adakah keluarga aku disihir sehinggakan kami adik beradik tak sehaluan? Apabila mendengar nama sahaja sudah terasa benci dan meluat. Jin saka keturunankah yang memecah belahkan kami sekeluarga?

Sedangkan kami hambaNya yang sering menunaikan solat dan jauh sekali melanggar perintah serta laranganNya. Kenapa begitu sukar untuk aku memaafkan dan melupakan kezaliman mereka terhadap aku?

Hatiku mula berdebar, takut kecewa dan sedih melihat kebahagiaan keluarga-keluarga insan lain yang menyambut hari raya dengan penuh meriah, baju raya bertema sedondon berkumpul bersama insan yang tersayang.

Bilakah aku akan kecapi nikmat tersebut lagi tanpa perlu rasa takut dan trauma? Atau kehambaran dan kesuraman ini petanda Aku tak lama lagi akan mati?

– Kencana Dewi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *