Tajuk sahaja, mampu buat separuh dari Rakyat Malaysia “triggered”. Jangan risau, saya masih tahu bahawa bunuh diri itu salah dari segi undang-undang dan agama. Tapi, andai kata jika saya benar-benar tidak lagi boleh menerima semua bebanan yang ada, dan mungkin jika akan datang saya memilih untuk tamatkan perjalanan hidup saya, mungkin, inilah surat/nota yang akan saya tinggalkan.
First at all, saya memohon ampun dan maaf jika kandungan surat ini, mempunyai unsur tidak baik atau mempunyai aura yang sangat negative. Saya harap sangat, semua mampu empati dengan keadaan saya. Saya sedar, mungkin keadaan saya bukanlah yang paling parah di dalam dunia ini, tapi kudrat saya sebagai seorang manusia yang berbeza daya tahan ini terbatas di sini. Andai kata jika tidak mampu berfikiran empati, harap komen dan berikanlah kata-kata semangat yang baik-baik supaya saya lebih kuat untuk hadapi masa esok. Currently, I am seeking your help.
Saya seorang anak gadis berusia 29 tahun, bujang, tidak pernah menjalinkan mana-mana hubungan dengan mana-mana lelaki, dan gila kerja berserta menghidapi menyakit kemurungan sejak 5 tahun lalu dan masih berulang ke hospital pakar. Saya dapatkan rawatan di hospital selepas cinta saya direject mentah-mentah oleh seorang lelaki. Boleh kata, hidup saya mula tidak terurus kerana seorang lelaki. Tapi, saya tidak pernah salahkan dia. Saya cuma kata, sejak dia melintas dihadapan saya, hidup saya terumbang ambing.
Oh, ini cuma crush tapi ia meninggalkan kesan mendalam dalam hidup. belum cukup dengan itu, saya mengalami masalah kewangan yang agak krisis. Saya pernah cuba untuk dapatkan bantuan dari AKPK, tapi menemui jalan buntu. Tidak cukup dengan itu, saya dikelilingi manusia yang suka menghentam. Saya jadi tertekan bila setiap kali saya cuba untuk bergaul dengan semua orang, tapi saya tidak boleh menerima kata-kata umpatan. Otak saya akan jadi begitu sakit bila dengar kata-kata negative atau sikap-sikap yang tidak baik. Jadi, saya ambil jalan untuk elak dari semua manusia.
Bila saya ambil jalan untuk makan sendiri, berjalan sendiri, berbelanja sendiri dan lain-lain sendiri, maafkan saya tapi ramai sangat yang akan pandang pelik terutama bila saya makan sendiri. Apa, salah ke saya makan tengah hari di kedai makan sendiri? Jangan pandang saya dengan pandangan kasihan kononnya saya tiada kenalan. Yes, indeed, saya tiada kenalan. Mungkin saya yang fikir berlebihan, mungkin faktor kemurungan saya membuatkan saya curiga. Entah.
Dengan semua masalah yang ada, pakar selalu menasihatkan saya supaya rajin ceritakan masalah saya kepada keluarga saya. Itulah perkara paling asas, tapi saya tidak mampu buat begitu. Ibu saya tidak pernah pun peduli dengan kemurungan yang saya lalui. Setiap kali ada masalah, ibu akan menyalahi saya. 2 tahun lepas, saya dipukul ibu saya kerana asyik makan ubat dari hospital. Kata ibu, ubatan itulah punca kenapa saya begitu bermasalah. Ia, makan diri. Sekarang, ibu tidak lagi marah tapi lebih mudah kata, ibu tidak peduli pun. Samada saya mati atau hidup pun, mungkin ibu tidak peduli. Itulah yang saya rasa.
Cinta ditolak selepas bertahun-tahun suka, masalah kewangan yang tiada penghujung, penyakit kronik dan tiada sokongan keluarga. Itulah keperitan yang saya ada. Dan, saya tiada sesiapa boleh berkongsi kisah saya. Kadang-kadang, saya faham jika lelaki itu pilih untuk abaikan saya. Yes, abai. Dia tidak berkata apa-apa selepas saya memberitahu sukakan dia.
Itu yang buat saya makin derita, kerana depression side saya mengatakan bahawa dia reject saya tanpa berkata reject kerana keperibadian atau latar belakang saya tidak sebagus mana. Bukan anak orang kaya, bukan cantik, bukan pandai, bukan kesayangan sesiapa. Sampai sekarang saya masih lagi tunggu, saya berharap, dia reject saya dengan kata-kata. At least, mungkin saya boleh move on bila dia berterus terang mengatakan enggan bersama.
Entah. Entah dan entah. Banyak sangat perkara yang perlu difikirkan. Serabut. Kusut. Rasa hopeless. Rasa, mahu tamatkan riwayat hidup.
Maaf…
– Anonymous
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit