Surat Buat Ibu Ayah

Assalamualaikum, niat aku bukan nak burukkan orang yang memegang title ibu atau ayah tetapi ini luahan seorang anak kepada ibu dan ayah. Artikel ni mungkin sedikit panjang.

Aku rasa aku dilahirkan dalam family yang kewangan yang kukuh tetapi kurang kasih sayang. Ya aku akui. Apa yang adik beradik aku nak sejak zaman sekolah rendah semua mesti dapat. Beg roda la basikal la, macam-macam mesti dapat.

Tetapi bila tinggal di asrama, hubungan ahli keluarga jadi renggang. Aku akui faktor utama anak-anak jadi renggang boleh jadi tinggal di asrama. Aku tak katakan semua renggang, tetapi sesetengah. Dalam hal aku, ya kami renggang. Ibu ayah suka buat silent treatment (st) pada anak-anak.

Pernah jugak aku tak berbual malah bergurau dengan ayah untuk dua tahun. Tambahan waktu tu aku tinggal di asrama, jadi peluang amat jarang. Aku tak boleh salahkan sapa-sapa. Kadang jiwa remaja aku terfikir kenapa ayah buat senyap je, taknak tegur ke?.

Yela kan jiwa masih kanak-kanak yang baru menginjak alam remaja., tak faham apa-apa. Mungkin aku akan faham perasaan ni bila jadi ibu ayah.

Kami jarang berbual tetapi mungkin kamu semua boleh bergurau mesra dengan adik beradik yang lain. Aku perasan hal ni dah lama tetapi aku diamkan saja.

Kalau ada pergaduhan sesama ahli keluarga aku nasihatkan bincang la baik-baik. Walaupun hal tersebut sangat kecil, ibu ayah kena main peranan.

Kepada bakal ibu dan ayah di luar sana, dengarlah nasihat aku. Walaupun aku belum kahwin tetapi apa salahnya ambil pengajaran dari pengalaman aku kan?

Tetapi aku tak salahkan semuanya pada ibu dan ayah. Disebabkan mereka juga aku dilahirkan ke dunia. Tetapi kadang-kadang aku salahkan diri sendiri juga.

Kenapa aku bersikap pendiam?. Aku kena jadi seorang yang talkative tetapi aku tak dapat.. Yang pasti semuanya berbalik kepada perangai masing-masing. Kami dibesarkan dalam keluarga yang mewah kewangan, kekurangan dia ialah kasih sayang.

Pukul 1/2 pagi baru ibu ayah balik. Anak-anak pulak menginjak remaja, tak lekang la kat rumah. Aku rasa keluarga aku sangat kucar-kacir. Tapi entahla mungkin ni cuma perasaan aku jela. Perangai orang zaman dulu suka lebihkan anak lelaki dari anak perempuan.

Yang ni aku serius tak faham tapi yang penting anak-anak aku takkan dapat mentaliti macam ni dari aku. Tapi entahla mungkin aku belum berkeluarga jadi tak rasa perasaan camtu.

Apa yang aku boleh simpulkan kepada bakal ibu ayah ataupun anak-anak di luar sana. Jadilah ibubapa atau anak yang talkative kepada anak-anak atau ibubapa korang.

Kalau anak ada masalah tolongla dengar dan bagi nasihat kalau boleh. Jangan sampaikan anak korang tak selesa cerita rahsia dia kat korang. Pernah la jugak mak aku bukak aib aku depan makcik-makcik aku sekali family besar time borak.

Tapi aku nasihatkan apa yang anak korang buat ataupun apa yang anak korang cerita biarla cerita tu berlegar dalam rumah je. Anak korang pun ada muka yang perlu jaga. Alih-alih semuanya berbalik pada ajaran ibubapa jugak kalau bukak aib tu.

Aku tahu mungkin ramai yang kurang bersetuju malah ada yang bersetuju tentang perspektif aku. Tapi manusia semuanya tak sama.

Aku berfikir cara aku, melalui pengalaman. Pengalaman kita mungkin sama namun perjalanan dan watak juga yang berbeza. Contohilah didikan barat, aku bukan mengagungkan ajaran mereka namun ambiklah yang baik. Contohi juga kasih sayang orang turki.

Mereka kalau dengan ibu siap panggil baby, cinta hatiku, permaisuriku dan macam-macam. Ambikla yang baik kalau dirasakan baik. Ikatan keluarga tu amatlah penting. Pernah juga aku menyuarakan isi hati aku ni tetang st kat adalah. Dia juga nasihat jadilah talkative.

Menariknya dia jugak cakap, ibu ayah awak mungkin bukan orang berpelajaran namun awak yang berpelajaran ni tak boleh fikir apa-apa ke?. Terkesima la jugak aku yang berpelajaran ni. Ajaran zaman dulu relevan kalau ditambah baik.

Aku tak cakap buruk tetapi hendaklah ditambah baik sesuai dengan peredaran zaman. Namun aku tegaskan aku bukanlah seorang ibu atau parenting coach. Aku bercakap berdasarkan pengalaman dibesarkan dan observations.

Mungkin ramai yang tidak bersetuju, tapi tak mengapalah. Ini pandangan aku, buat apa perlu setuju. Pandangan masing-masing bukan? Terima kasih kerana membaca, ada masa aku tulis lagi tentang tajuk yang relevan (bagi aku).

– Lia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *