Naluri dan fitrah seorang wanita bergantung harap pada sang suami itu normal. Rasa nak sentiasa disayangi dan dimanja.
Biarlah kita menjadi wanita superpower untuk anak dan suami.
1. Wanita dan Isteri perlu ada simpanan sendiri. Simpanan untuk diri kita sendiri sebagai tabung kegunaan masa hadapan.
2. Perlu ada medical card yang sangat reliable dan life protection. Banyak kes, akibat sakit hilang upaya, isteri dicerai. Sudah jatuh, ditimpa tangga.
3. Rajinkan diri dengan membaca dan cakna dengan isu semasa. Sama ada isu ekonomi, isu hartanah, isu politik. Isu faraid. Kurangkan membaca isu 18/19.
4. Bijak urus kewangan. Bila hanya suami yang bekerja, dan isteri tidak ada sumber kewangan yang kukuh, asingkan sedikit untuk buat simpanan.
5. Ada pendapatan sendiri. Ada banyak cara nak ada pendapatan sendiri bila jadi suri rumah. Banyak testimoni, dan hasil usaha suri rumah terpaksa suruh suami dia yang bekerja berhenti kerja. Pokoknya, perempuan ada pendapatan sendiri.
6. Ada rumah sendiri. Rumah ni sebagai perlindungan dan aset untuk anak-anak nanti. Tak salah bila sepasang suami isteri ada lebih dari satu rumah. Tak ada rumah lagi, pun tak salah. Yang salah, bila sikit pun tak ada niat nak beli rumah, apatah lagi mula menyimpan.
7. Faham keadaan kewangan suami. Suami bekerja, untuk seluruh keluarga. Kalau gaji sedia ada suami tak cukup, ajak suami sama-sama buat business tepi. Jangan ikut sekali suami buat grabfood.
Kalau dia buat grabfood sebagai duit tambahan, isteri tak perlu ikut sekali naik motor yang sama. Pendapatan tak akan bertambah.
8. Ingatkan suami, untuk wujudkan dana pendidikan anak-anak. Sekarang ni, ada PTPTN, akan datang belum tahu macam mana. Simpan seorang anak RM 200, bila dia 18 tahun ada dah dana tersedia untuk pendidikan. Elakkan simpan dalam bank biasa, nanti mudah nak keluarkan bila-bila masa.
9. Boleh memandu.
10. Tidak berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Supaya lebihan nanti, dapat disimpan.
11. Daftar khairat kematian. Nak daftar khairat kematian ni, bukannya mahal. Daftar RM 60 untuk RM 100,000. Nak kumpul sendiri, banyak lagi nak kena guna pakai.
12. Bila dah daftar khairat kematian, pastikan sentiasa kemaskini nama penerima.
13. Ingatkan suami, untuk dia juga daftar khairat kematian.
14. Ambil tahu, suami dah buat persediaan untuk Income protection beliau, atau belum. Kesannya nanti, kita sebagai isteri yang ditinggalkan untuk terus menjaga legasi (anak-anak).
15. Fikir baik-baik. Cakap baik-baik. Sentiasa ada untuk support suami.
“Isteri cantik yang solehah, penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran.
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan. Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan”.
Sekarang ni, kita sebagai wanita kena lebih berani dan bersedia menghadapi pelbagai musibah kewangan. Sikap ambil tahu, perlu ada dalam diri.
Dengan sikap ambil tahu ni, penentu generasi masa hadapan.
– Kakfa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit