Salam Abah. Kenapa sampai macamni, kenapa abah layan mak macam tu. Dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Mak isteri abah, tapi abah layan mak macam mak hamba, mak takda kuasa apa apa, mak taklayak cakap apa apa. Kenapa bah? Kenapa tiap kali mak masak apa apa, abah akan cakap tak sedap dan ada sahaja yang tak kena dengan masakan mak. Abah cakap dengan nada yang sangat pedih, nada perli, nada menghina, nada yang sakit sangat orang mendengar. Abah, mak penat bekerja dari pagi sampai ke malam mak ada sahaja kerja yang mak buat, tapi abah tak pernah hargai mak. Mak baru sahaja nak tengok tv, abah cakap mak suka tengok drama melayu sampai tak peduli apa apa yang jadi kat rumah ni. Mak tak ada cara dah nak release stress mak, mak cuma nak tengok tv sekejap sahaja bah, mak bukannya selalu tengok tv, tapi baru sahaja mak nak tengok, abah bunyi macam macam.
Abah tak pernah nak cakap baik baik dengan mak, abah cakap ikut perasaan abah, kadang abah cakap mak tak dengar, abah cakap macam macam dekat mak macam seolah olah bermaksud mak takfaham, mak tak pandai. Kenapa bah? Mak dah devoted sepenuh hidup mak untuk keluarga kita, kenapa abah tak pernah hargainya bah? Bila mak masak ikan masin atau ikan bilis sebab tak ada duit nak beli lauk, abah akan buat perangai takmau makan, buat perangai sinis sinis. Kenapa bah?
Abah ingat lagi tak peristiwa abah tuduh mak bawak masuk jantan ikut tingkap? Abah cakap semahu mahunya, sepedih pedihnya pada mak untuk lukakan hati mak. Abah, mak dah usianya dekat 70 tahun abah masih sanggup tuduh mak macam tu? Untuk kepuasan abah? Abah, sakitnya pedihnya hati anakmu ini bila mendengar bicara bicara abah terhadap mak. Mak yang mengandungkan anak anak abah. Bila aku ajak mak lari tinggalkan rumah ni, abah ugut mak, abah cakap nak lari jatuh hukum nusyuz, tahu tak apa hukumnya isteri yang nusyuz? Macam mana pulak hukum suami yang menuduh isteri yang baik berzina tanpa empat orang saksi bah?
Abah, selalu abah berbunyi macamni, kalau abah masih kuat, kalau abah tak sakit, kalau abah kalau kalau kalau kalau, tapi ingatkah abah diwaktu abah muda, abah berjoli dengan perempuan ntah apa apa sampai habis duit mak dan abah? Macam mana pulak dengan mak yang berkesorangan mencari duit, jaga anak anak, pergi balik hantar anak sekolah, jaga rumah tangga, sedangkan pada waktu tu abah kuat kan? Abah sihat kan?
Ya, saya tahu abah sangat sayangkan anak anak abah, pantang anak anak abah sebut teringin nak makan apa apa, abah akan segera beli walaupun abah tak ada duit masa tu. Abah akan cakap elok elok dengan anak anak abah. Abah akan tunggu anak anak abah sampai mereka sampai ke tempat yang nak dituju. Kalau anak abah naik bas pukul 12 pagi, sampai 1 pagi bas sampai pun abah akan tunggu. Tapi kenapa dengan isteri abah, abah layan macam isteri tu takda nilai bah? Macam mana kalau nanti suami anak anak perempuan abah ni layan anak anak perempuan kesayangan abah macam abah layan mak? Kadang kadang benda yang bukan salah mak pun abah leterkan pada mak, anak anak lelaki abah buat perangai, anak anak lelaki abah tak balik rumah, abah bising pada mak, kadang semua benda abah salahkan mak, kenapa bah?
Abah, saya sangat cemburu bila orang cakap nak suami macam ayah mereka, yang sabar, yang baik, yang penyayang, yang setia. Tak, pendek kata nak suami macam ayah mereka. Tapi saya tak mahu suami macam abah, saya takut saya sangat sangat takut dan saya takut apa yang saya takut tu lah yang saya akan dapat. Kakak saya takut hendak mendirikan rumah tangga, sebab takut bakal suaminya macam abah, kadang bakal suaminya buat sedikit sahaja perangai macam abah, terus kakak berfikir 5 6 7x untuk teruskan perkahwinan. Abah bagi kesan yang sangat dalam dihati kami bah.
Abah, abah tak sayang mak? Kenapa abah layan mak macamtu? Abah takmahu jumpa mak disyurga nanti? Abah nak tamatkan perjumpaan dengan mak hanya didunia? Kenapa abah tak layan mak dengan baik? Saya sayang abah, tapi saya benci abah bila abah layan mak macam tu.
– Kelam gelap
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit