Surat Untuk Abah Si Bestfriend

Assalamualaikum Abah. Moga sentiasa di bawah lindungan Allah. Abah.

Terima kasih Abah. Dari kecik, Abah bertungkus lumus menyediakan tempat tinggal untuk saya. Walaupun Abah selalu tiada di rumah, saya tahu Abah sedang mencari nafkah untuk kesenangan kami adik beradik.

Sehari hari Abah bekerja mencari duit untuk yuran sekolah kami. Walaupun kita susah, Abah tetap mahu kami adik beradik bersekolah di sekolah agama swasta untuk menyediakan pendidikan yang terbaik untuk kami.

Terima kasih Abah. Dari kecik, Abah cuba menyempurnakan hidup saya. Bila Abah tengok kawan2 saya pakai telefon bimbit, Abah belikan saya telefon bimbit.

Walaupun Abah tahu, masa tu saya darjah 4, dapat telefon hanya buat main snake je. Dan bila Abah tengok anak sepupu main kereta control, Abah berusaha dapatkan saya kereta control.

Terima kasih Abah. Dari kecik, Abah jadi best friend saya. Apa yang Abah buat, Abah ajak saya. Tengok formula 1, memancing, dan kadang2 Abah letak saya dekat riba Abah time bawak kereta untuk tekan brek. Walaupun hanya tekan brek, sungguh, Saya gembira Abah.

Terima kasih Abah. Bila dah besar ni, bila dah ada jurang antara kita, Abah still sediakan saya benda yang terbaik. Abah bayarkan yuran lesen wlaupun mahal. Abah tak bagi amik lesen motor walaupun murah sebab Abah taknak saya eksiden.

Abah belikan kereta yang jauh lebih mahal dari motor kerana kurang peratus eksiden. Bila saya di tempat belajar, takde duit, abahla orang pertama yang akan menghulur.

Walaupun tu semua tanggungjawab Abah. Saya bersalah. Abah dah tua, kenapa saya perlu susahkan Abah lagi. Pinjaman yang ada semua saya buat berjoli.

Saya Mintak maaf Abah. Sekarang kita bukan best friend lgi. Bila Abah ajak teman semua, saya taknak. Saya rasa sebab saya dah besar. Saya malu. Saya tak patut buat macamtu kat Abah. Keluar dengan Abah saya malu. Keluar dengan kawan, saya tak malu. Saya betul2 Mintak maaf Abah.

Walaupun saya tahu hukum agama, saya still buat salah. Yang mana di akhirat nnti, saya mungkin tarik Abah ke neraka. Saya betul2 Mintak maaf Abah. Saya sayang Abah. Terima kasih atas segalanya Abah. Saya akan cuba berubah.

Saya Mintak maaf juga, segala percakapan dan pertuturan kasar saya terhadap Abah. Saya nak Mintak maaf. Saya malu nak Mintak maaf.

Kalau abah kecik hati, abah selalu tunjuk macam abah okay. Saya tahu Abah act ‘cool’. Ego. Saya makin malu nak Mintak maaf. Saya Mintak maaf Abah. Saya sayang Abah.

Saya harap, saya bukan anak derhaka untuk Abah. Saya Mintak maaf Abah…

Kepada mereka yang masih punya Ayah. Hargailah mereka.

– Anak berdosa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Jadilah anak yg soleh. Taubat & insaflah
    Tinggal apa yg Allah larang.
    Sy sebagai seorang ayah, terasa dengan apa yg awak coretkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *