Surat Untuk Adam

Assalamualaikum admin, nama aku mal, bukan nama sebenar. Harini aku baru terima satu berita dimana kawan lelaki aku tidak berjaya dalam temuduganya dek kerana dia terlupa membawa borang penting. Kita sebagai orang islam, kita percaya pada rezeki, dan aku pun menganggap bahawa itu bukanlah rezekinya. Namun, itu bukan isi utama aku dalam artikel ni. Aku dibesarkan dalam keluarga dimana adik beradik aku dirumah majoriti lelaki dan ya aku perempuan. Namun, aku seorang sahaja yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR, PMR , SPM dan seterusnya melanjutkan ijazah di universiti TOP di Malaysia.

Aku ceritakan pengalaman aku dari kecil dengan adik beradik lelaki aku. Aku duduk bilik single sebab aku sorang perempuan, mereka kongsi 3 orang sebilik. Pertama sekali, sekolah rendah, setiap malam aku tidur awal dan tepat pukul 6 pagi mata aku akan celik untuk mandi kesekolah. Tapi berbeza dengan mereka, mereka akan tidur lambat dan esok paginya akan memberi seribu satu alasan untuk tidak kesekolah. Di sekolah, aku akan belajar dan siapkan kerja sekolah , namun aku pun jenis bergaul dan berbual juga dengan rakan-rakan dan aku bukan budak nerd. Tapi, adik beradik lelaki aku, hampir setiap hari dia buat hal di sekolah dan seringkali aku dipanggil untuk menyelesaikan pergaduhan dia dan kawannya.

Waktu sekolah menengah, aku masuk asrama, mereka masuk sekolah biasa. Aku nak tolong mereka , aku nak mintakkan mereka sekolah Teknik , mungkin minat mereka disitu, namun, keputusan PMR pun mereka tak endah, langsung tak ambil dari sekolah. Tiba waktu untuk bekerja, sebelum masuk universiti, aku bekerja di sebuah fast food restaurant dan setelah aku keluar, aku nak tolong dia (adik lelaki aku), aku recommend dia masuk kerja, then dia dapat, sebab manager aku percaya dia boleh buat kerja. Namun beberapa bulan lepastu, dia berhenti kerana ada konflik dalaman dengan staff. Dan yang paling memalukan aku, bila manager aku telefon aku balik, cari adik aku sebab dia hilang, tak masuk kerja beberapa hari, padahal aku sedang berada di luar negeri aku waktu itu.

Aku sebagai adik beradik, aku nak tolong mereka , memang aku nak tolong, aku dah mudahkan jalan mereka dah, tapi, masalahnya di sini, mereka sendiri tak tolong diri mereka, mereka ego, mereka taknak ikut orang, mereka nak ikut kepala mereka. Kesannya sekarang apa?? Sekarang aku dah habis degree dan dah bekerja pun dalam bidang yang aku ambil, dengan gaji yang stabil. Namun mereka, masih dengan kepala mereka, tukar-tukar kerja, kerja itu tak sesuai , kerja ini tak sesuai. Sampai bila?

Wahai kaum adam, kami tahu kamu kuat, kami tahu kamu ada kuasa, namun, tolong rendahkan ego, bukan rendahkan banyak, rendah kan sedikit sahaja, kemudian jalan untuk kamu jadi ketua terbentang luas.

Pesanan aku sebagai wanita
1. Bangun pagi.
Aku tahu masalah kaum adam memang susah bangun pagi, kamu refer cerita adik beradik aku diatas. Semuanya bermula dari bangun pagi. Kalau bangun pagi kamu boleh lulus, insyaAllah boleh pegi jauh.

2. Ikut peraturan
Rendahkan sedikit ego, pergi sekolah, belajar, bukan bergaduh, bukan ponteng, bukan jadi gangster. Same goes to kolej/universiti life, turunkan sedikit ego, buat assignment, buat projek ikut cakap pensyarah.InsyaAllah your step to become leader is almost there. Same goes to work also, pergi kerja buat kerja, ikut peraturan dan etika kerja, baru kita boleh berjaya dalam kerjaya. Nak ke perempuan jadi bos? Yup selalunya perempuan yang akan jadi bos sebab mereka lebih kurang konflik dan lebih mengikut peraturan dari lelaki.

3. Jangan ambil mudah
Urusan dokumen, urusan tarikh, urusan masa, semua tu jangan ambil mudah, turunkan sedikit ego, catat perkara yang penting, buat alarm, buat reminder dan sebagainya. Kadang-kadang disebabkan perkara-perkara yang dianggap leceh inilah yang mengurangkan peratusan kaum adam di universiti dan di tempat kerja.

Aku rasa itu sahaja point aku untuk kaum adam. Bukan ego tu tak baik, tapi kawal lah dengan baik.

– Mal

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit