Kepada semua sahabatku,
Beberapa bulan lagi akan menjelang hari mengundi, untuk menentukan siapa yang membentuk kerajaan untuk 5 tahun mendatang. Mesej ini adalah untuk anda, untuk kamu generasi muda, yang mungkin kali pertama mencampakkan undi. Sama seperti aku.
Mesej aku ringkas dan jelas. Mari kita ubah demografi politik tanah air! Bukan kerana benci dengan si pemerintah, tetapi benci dengan budaya politik yang tak berubah!
Di majlis keraian kita dapat lihat, si pengamal politik ini tiba paling lewat, dengan kenderaan mewah, di iringi begitu ramai pengawal, pembantu khas, pembantu peribadi, dan lain2, mereka di bentangkan tikar merah, di hidangkan makanan versi upgrade dari marhaen. Mengucapkan sepatah 2 kata dan beredar pergi ke majlis lain.Sesetengah rakyat harus melalui pelbagai pintu birokrasi pula sekiranya mahu berjumpa.
Ya, sebab mereka makin lupa. Kita yang membayar gaji mereka. Kerana mereka duduk di singgahsana terlalu lama, kekadang mungkin mereka terlupa suara realiti rakyat marhaen. Mereka juga lupa mereka bekerja untuk kita, dan posisi mereka sepatutnya posisi paling berat! Untuk membawa harapan rakyat. Hakikatnya kini posisi itu yang di rebut. Kerana kita membiarkan mereka terlalu lama, sehingga mereka cuba menjadi tuhan.Mereka berkeras untuk menentukan gaya hidup rakyat mereka mengikut keinginan mereka. Memastikan rakyat harus sentiasa takut.
Hembusan paranoia setiap malam di tiup. Rakyat harus takut. Mereka mahu rakyat terus berfikir, menukar kerajaan itu adalah perkara taboo. Di luar tabiee. Di sebalik hembusan paranoia inilah mereka mampu terus bernafas. Hayat yang terus di sambung dek ketakutan rakyat.
Bangkitlah wahai anak muda. Aku tidak menggesa kamu untuk melawan di jalanan, mahupun berpolitik secara keras. Cukup dengan berani di peti undi untuk mengubah segalanya. Supaya mereka si pengamal politik ini sedar.Sebagaimana kita cuba melawan mengubah budaya makcik bawang tentang perkahwinan mewah, marilah kita ubah budaya politik juga.
Supaya mereka sentiasa INGAT bahawa Mereka adalah hamba rakyat. Dan sentiasa takut dengan suara rakyat.
– Adam
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit