Assalamualaikum semua. Terima banyak kepada admin jika confession ini di siarkan. Saya Cik Keladi @ nama saintifiknya Yam. Hehe.
Wahai Ibu…
Anak anugerah Ilahi kepada para ibu bapa sebagai amanah, tanggungjawab dan tiket ke syurga. InsyaaAllah. Namun ketahuilah Ibu, kami anak2 hanya pinjaman dariNya. Maka didiklah kami supaya kami layak menikmati SyurgaNya.
Ibu…
Doa mu tiada hijab. Terus sampai kepada Allah. Kata kata ibu suatu doa mujarab bagi anak. Anak seusia 8tahun, sematang manakah pemikirannya? Apa yg Ibu harapkan dari anak seusia itu?
“Kalau aku tahu perangai kau begini, menyusahkan aku menyakitkan hati aku, dari kecik aku bunuh kau”
Allah, pedihnya. Seusia 8tahun mmg kami belum matang, tp kami tidak terlalu bodoh hingga tidak mengerti kata makian itu. Sampainya hati mu Ibu. 20tahun tahun berlalu, rasa sakit itu masih ada. Menusuk dan menikam di hati. Kerna, ungkapan itu bukan sekali dua, malah terlalu menakutkan untuk di hitung.
“Kau lambat buat ibu suruh, kau anak derhaka”
“Anak derhaka macam kau takkan hidup senang dan berkat”
“Kau tengoklah nanti kehidupan kau macam mana,anak derhaka masuk neraka”
Ibu…
Begitu mudah kau menghukum kami dengan anak derhaka. Kami baru 8tahun ketika itu. 20 tahun berlalu, ungkapan itu tak hilang, cuma tidak sekerap dulu. Allah, pedih hati kami wahai ibu.
Ibu…
Kami mungkin lupa kata kata Ibu, tapi kami susah melupakan rasa sakit itu. Sehingga kami tiada rasa untuk berbuat kebaikan. Seolah bisikan anak derhaka terngiang di telinga. Menghantui tiap hari kami.
Ibu…
Disaat kami berbuat salah, terus isytiharkan kami anak ayah. Di saat kami di puncak, ibu mengambil segala kredit. Ketahuilah ibu, hati kami terluka. Adalah kami hanya layak menjadi anak ibu, di saat kami puncak sahaja?
Ibu…
Hati kami sangat rapuh. Kami minta maaf ibu , kami nakal. Kerana kami inginkan kasih syg ibu. Bukan makian dan sindiran. Sekali lagi hati kami terluka. Didikan ibu penuh sindiran.
“Ibu, saya nak dapat nombor 1”
“Alahhh, potong jari la kalau dapat. Kalau tanya ibu, ibu kata tak dapat punya”
Segala keluhan dan luahan kami juga di balas dengan sindiran. Di mana kami mahu bergantung harap? Maka kawanlah menjadi peneman kami. Tapi, ibu terus menghukum,
“Tengoklah anak awak ni ayah, lagi pentingkan kawan dari family. Esok2 dah tua mesti letak rumah org2 tua”
Kami tidak pandai berkongsi dengan ibu, dan menakutkan kerna ianya berlarutan sampai sekarang. Rasa sakit itu masih ada, kami maafkan tp trauma itu ada. Kerna skill sindiran ibu masih berbisa hingga kini. Lalu, kami ambil keputusan berdiam diri. Memendam segala rasa, duka dan sesalan yang berhimpun di hati.
Kesannya, kami sakit. Sakit , ibu. Migrain, stress, gastrik menjadi peneman kami.
Ibu selalu berkata, “Ibu sebagai mak, tak pernah ada dosa dengan anak. Anak je yg dosa ngan ibu.” Allah, betulkah ibu?? Atas prinsip itukah yg ibu pegang, sehingga perasaan kami tiada harganya pada mata ibu.
Ibu…
Terlalu banyak yang terjadi, jika di senaraikan maka dah tak jadi surat, dah jadi marathon essay.
Hanya kami mohon pada ibu, terimalah kami seadanya. Kerana kami pada hari ini, adalah hasil didikan masa lalu ibu. Kami syg Ibu.
Shout out to Ibu2 di luar sana, perkara paling penting adalah kata2. Kerana ia terus sampai ke hati. Pilihlah kata2 ibu sebelum dilontarkan kepada anak anak. Kami bukan sekadar kain putih, bahkan kain putih yg rapuh jahitannya. Andai diwarnakan terlalu kasar maka kain putih kami akan koyak.
Mungkin boleh ditampal jahitan baru tp hasilnya tak mungkin sama dgn yg asal. Kerana setiap jahitan menusuk hati2 kami.
Kepada readers, ambil yang jernih buang yang keruh. Satu pinta saya, tolong doakan saya dapat keluar dari kepompong trauma bisikan anak derhaka, dan terus usaha berubah menjadi lebih baik.
Wassalam.
– Cik Keladi
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit