Surat Untuk Malaysians

Assalamualaikum dan hai dear readers! Aku harap surat yang aku tulis ni dapat menusuk deep into your hearts macam lagu yang dinyanyikan oleh Virgoun tu. Dah lama aku tak menulis, harap-harap penulisan aku ni mudah difahami untuk dear readers.

Okay surat ni bukan lah surat cinta macam lagu Virgoun tu, ini adalah surat teguran. Teguran untuk dear Malaysians. Hashtag sis nak tegur.

Dear Malaysians, it’s time for us to change, to build a better society. Let’s transform ourselves to masyarakat minda kelas pertama. Perkara yang akan aku senaraikan dibawah ni simple sahaja. Tapi, untuk implement tu bukanlah mudah sebab it will be successful only if every each of us, the Malaysians, cooperate.

1. Dear Malaysians, silalah beratur dan tunggu dahulu penumpang sebelumnya turun dari komuter, (and other public transportations) sebelum anda naik. Aku perhati je selama ni, ok bagus tau actually kita dah beratur dah sebelum train sampai. Even ada juga yang beratur 30 minit awal sebelum train sampai. Mungkin sebab nak dapat tempat duduk. Tapi masalahnya terjadi once train dah sampai dan pintu terbuka. Barisan entah kemana, adab entah ke mana. Belum sempat orang turun, dah nak serbu masuk. Me everytime seeing this be like: “What’s the point you lined up just now? Lols?” So please semua, beratur and tunggu orang turun dulu baru awak masuk okay. Bila dah beratur, macam biasalah, orang yang beratur depan sekali lah yang layak masuk dulu, janganlah pula orang belakang potong barisan dan serbu masuk. Penat orang depan tu berdiri beratur dari awal tau.

2. Dear Malaysians, sampah tu, buang ke dalam tong sampah ya. Bukan buang merata-rata tepi jalan, dalam longkang, dalam sungai, dalam mangkuk tandas, dan lain-lain tempat yang tak sepatutnya. Kalau tak ada tong sampah macam mana? Ish, takkan la tu pun sis nak kena ajar, cikgu tadika dah ajar kan? But just in case you tak ingat, let me tell you again. Kalau tak ada tong sampah, bag tangan awak, poket seluar awak tu la jadi tong sampah sementara, alahai. I’m pretty sure that all of us notice, negara kita ni banyak benor sampah merata-rata, tak kira lah bandar ke luar bandar ke. Sama je. Toleh sana ada bungkusan makanan, toleh sini ada kotak air minuman. Eh kalau pergi luar negara toleh sana sini ada bunga-bunga tau. Kita ada sampah. Tak malu ke dear Malaysians? Tolong la ubah sikap, berhenti la buang sampah merata, berhenti lah campak sampah dari tingkap kereta awak tu. Kereta high class, tapi sayangnya attitude low class. “Alah, plastik gula-gula je pun, lama-lama hilang la diterbang angin” (insert emoji facepalm). Awak pernah dengar tak sikit-sikit lama-lama menjadi bukit? Macam tu la, yang buang sampah merata tu bukan awak sorang, ada ramai lagi. Kalau semua macam ni, bertimbun la sampah tu. Lagi satu, pernah dengar tak kanak-kanak suka ikut perangai kita yang dewasa ni. Cuba bayangkan kalau ada kanak-kanak ternampak awak buang sampah merata, haa kan dah jadi contoh yang buruk tu. So please la okay, seriously let’s change.

3. Dear Malaysians, be more polite in terms of language. Tahu tak bahasa kebangsaan kita ni indah tau, cantik dan sedap didengar. Tapi disebalik tu banyak juga perkataan yang tak sedap didengar. Macam-macam jenis carutan ada, aku rasa boleh buat satu kamus khas untuk carutan tu. “Eleh suka hati la orang nak carut ke apa, apa masalah kau nak sibuk”. Sis bukan nak menyibuk, sis cuma nak tegur. Kalau sekarang kita tak mampu nak hapuskan penggunaan perkataan macam tu, tak apa lah. But at least try la untuk kurangkan, okay? Aku perhati je mentions and comments dekat social media ni, tak sah kalau tak ada carutan. Kalau nak tegur, boleh je kan tegur baik-baik instead of carut dan maki hamun?

4. Dear Malaysians, be more polite and considerate when interacting with others. Ni aku nak tegur berdasarkan pengalaman aku sendiri yang banyak kali dah rasanya aku hadap. Tak tau lah aku ni bernasib malang ke apa, selalu terkena. Ni khas untuk pekerja atau pelayan dekat restoran, cafes, or pekerja dekat any service centre.

Pelayan restoran: Bila awak tersilap hantar makanan dekat pelanggan, janganlah pula dimarah customer tu kalau dia minta tukar. Tu salah awak yang tersilap catat order or maybe tak repeat order for confirmation. Instead of marah customer, apa kata mengaku salah dan minta maaf?

Cashier kedai/taxi driver/etc: Okay, sis nak cakap direct je ni. Buat kerja awak elok-elok okay, tak payah nak mengorat customers or passengers. Aku tau itu semua gurauan tapi please lah, gurauan macam ni aku rasa tak perlu pun. Please be more ethical, let’s work like a professional no matter what kind of position we are in, alright?

Pekerja dekat mana-mana je lah: Boleh tak jangan bawak masalah dekat rumah ke tempat kerja awak? Serve orang macam nak tak nak je, muka semasam cuka. Takut sis tau. Senyum okay, work happily then all of us will be happier.

5. Dear Malaysians, know where to use terima kasih. Baguskan kalau kita semua amalkan budaya berterima kasih ni. Bila orang cakap terima kasih dekat kita, senang hati kan? Indeed. Tapi kita patut tahu la situasi untuk ucap terima kasih tu. Contohla kan, awak pergi beli ubat dekat farmasi sebab awak sakit. Tapi cashier dekat farmasi cakap terima kasih dekat awak. Aik? Terima kasih sebab apa? Sebab beli ubat ke? Pada pendapat aku, ini tak sesuai la sebab pesakit datang beli ubat kot, kalau beli duodorant tak apa lah juga. Instead of thank you, why not we change to “take care”, “jaga diri”, “semoga cepat sembuh”, “syafakillah”. Haa kan lebih baik tu. In this case, awak yang patut ucap terima kasih kepada cashier atau pekerja di farmasi tu, sebab tolong carikan ubat untuk awak. Betul tak? Contoh lain? Hmm setakat ni, ni je contoh yang aku ada. Haha.

Okay, sis dah penat type, jadi setakat ini sajalah dulu. Harapnya surat teguran ni sedikit sebanyak dapat ubah mentaliti kita semua keaerah kebaikan. Kearah warga Malaysia yang lebih indah sikapnya. Thanks for reading dear Malaysians!

– Culture-shocked sis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *