Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin sekiranya sudi menyiarkan confessions ini.
Sebelum aku meneruskan bicara, terlebih dahulu aku ingin mohon maaf andai confessions ini menyentuh hati mana-mana pihak. Aku harap, confessions ini dapat dibaca dengan hati dan minda yang terbuka. Aku nak bercakap soal purdah or golongan niqabis ni.
Sungguh aku kagum dengan golongan wanita yang berpurdah ini. Bila lalu je dekat orang yang pakai purdah ni rasa macam kerdil je diri ni. Sejujurnya, bila aku tengok wanita yang pakai purdah ni, automatik aku akan fikir, golongan ni sebagai wanita yang tinggi ilmu dan dah tentu akhlaknya juga baik.
Cuma yang aku kurang berkenan sikit bila terdapat segelintir golongan berpurdah ni yang suka upload gambar selfie dalam media sosial. Bila aku tengok hampir kebanyakan gambar selfie tu pula menggunakan make up yang agak tebal. Maaf aku cakap ni. Bagi aku agak kurang manis sebagai seorang wanita yang berpurdah untuk upload gambar selfie seorang diri dengan mengenakan make up yang tebal. Bukan ke salah satu asbab pakai purdah untuk mengelakkan fitnah daripada pandangan lelaki yang bukan mahram? Agak-agak kalau dah eyeshadow pon tebal sangat,dapat tak tutup pandangan daripada lelaki bukan mahram? Kan kite pun dilarang untuk tabbaruj.
Maaf juga kalau aku perkatakan,terdapat segelintir yang pakai purdah sebab terikut-ikut fesyen dan juga untuk tujuan lain seperti perniagaan. Bukannya datang dari hati yang telus. Tapi bukan lah bermaksud orang yang nak pakai purdah tu kena kena suci tanpa dosa pula.Hakikat, kita bukanlah maksum. dan bukan juga sempurna. Bukan apa, bila terdapat segelintir golongan berpurdah yang bermasalah ni,akan menyebabkan golongan berpurdah lain yang betul-betul berpurdah kerana Allah turut dipandang negatif. Walaupun aku ni tak pakai purdah, tapi bila ada orang yang berkata buruk pasal golongan berpurdah, aku pun tak tau kenapa aku tak suka.haha.Imej purdah ni kalau dalam konteks masyarakat kat Malaysia ni kan selalu dikaitkan dengan imej islam.Umpama kalau orang bercakap negatif pasal golongan niqabis ni, sedikit sebanyak mencalarkan imej islam.
Orang kata, jangan judge akhlak seseorang melalui pakaian.Aku faham dan aku tahu. Tapi kan lebih indah dan elok andai pakaian yang menutupi diri kita tu juga seiring dengan akhlak kita.
Kalau nak coretkan lagi, terlalu banyak untuk diperkatakan. Perlu aku tekankan, confessions yang aku coretkan ini, bukanlah untuk mempersoalkan sisi negatif golongan niqabis kerana sisi positif golongan ini lebih banyak berbanding negatif. Kita kan dianjurkan untuk saling menasihati antara satu sama lain! Semoga confessions ini dapat membantu kita semua berubah ke arah yang lebih baik dengan niat yang satu iaitu untuk menggapai redha Allah. Maaf sekali lagi, andai ada kata-kata aku yang tidak enak didengar.
– aku bukan niqabis
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit