Assalamualakum semua. Aku terpanggil untuk menulis surat untuk Pemiutang Mental, (https://iiumc.com/pemiutang-mental/).
Sebelum tu, aku kenalkan diri aku. Aku Kiah (bukan nama sebenar), umur hampir 40, penjawat awam, dah kahwin.
Aku ceritakan dulu apa kisah yang pernah terjadi pada aku. Aku ada abang, dan yes, abang yang sifatnya sama macam abang RR tu.
Abang aku ni jenis hutang keliling pinggang. Suka berhutang, baik dengan adik beradik, dengan mak ayah, dengan bank. Habis maximum gaji dia, dia bantai hutang.
Nak dijadikan cerita, dari dulu dia suka call aku, untuk tolong dia buat loan, sebab dia dah tak boleh nak buat loan lagi.
Contoh nak beli laptop secara ansuran, dan yang sewaktu dengannya. siap mintak no kad kredit lagi. Dia cakap nanti tiap-tiap bulan dia bayar. Memang hangin aku kalau orang mintak no kad kredit ni.
Aku sendiri selalu pastikan tiada outstanding balance dalam kad kredit aku. Punya la aku sangat menjaga jarak aku dengan hutang. Senang2 jek orang nak ambil kesempatan.
Rekod dia membayar hutang pon sangat teruk. Susah nak bayar, hutang tak nak tulis, tak nak rekodkan berapa dah bayar dan berapa baki, kalau pinjam 1k, akan bayar 500 dulu, lagi 500 memang kirim salam la nak dapat.
Dia suka brainwash kami adik beradik “keluarga susah, kena tolong’, “tolong adik beradik dapat pahala”, “pentingkan keluarga dulu”, “busuk macam mana pon, adik beradik tetap darah daging, jangan sombong”.
Ini la yang aku selalu hadam dari aku habis SPM tiap kali dia nak pinjam duit. Masalahnya, dia aje la yang susah, yang perlukan bantuan. dia ingat adik beradik hidup senang lenang atas segunung emas kot.
Ok sekarang, aku cerita selepas aku menjadi penjawat awam. Aku ni baru jek jadi penjawat awam, tak sampai 5 tahun pon.
Dulu aku kerja swasta. Awal2 jadi penjawat awam, dia dah call aku, mintak aku buat loan untuk renovate rumah mak aku. Aku ok la sebab nak juga balas jasa mak ayah kan dan dia suruh semua adik beradik bayar sama rata.
Aku ikat loan sekejap jek, sebab aku tak suka hutang lama2. Dalam tempoh hutang tu, memang aku kena PM dia, ingat kan yang bulan ni belum bayar. Ye la, slip gaji aku dah dipotong 500 kot.
Giler tak meroyan ke aku tanggung sorang2. Tapi bila nak habis bayar lagi 5 6 bulan, dia tak bayar dan buat b*d*h.
Masa tu aku dah pasrah, redho dan halalkan. Tak apa la, memang dia sentiasa tercungap-cungap nafas dengan hutang. Mungkin dia tak ada duit. Aku bersangka baik dan halalkan. Lagi pon dah nak habis.
Seterusnya, dia ada mintak aku buat loan untuk belikan mak aku kereta. Mak ‘teringin’ dia cakap. Kereta tu murah la, monthly pon sikit. Dia cakap nanti mak bayar la.
Masa ni aku tak tahan, aku sound, “kereta mak kan boleh guna lagi, kenapa nak hidup dengan hutang, aku nak kena tanggung 9 tahun tau, kalau jadi apa2 nanti, aku la kena tanggung”.
Aku bukan kedekut dengan mak aku, tapi mak aku dah ada kereta, pakai jek la apa yang ada. Aku takut nak ada komitmen 9 tahun. Aku sendiri tak berani nak tukar kereta baru, walau pon aku sangat la mampu.
Seterusnya yang paling baru, dia call aku dan mintak tolong aku buat loan. Dia cakap nanti dia bayar monthly. Dia dah tak boleh buat loan lagi. Aku jek yang kerja gov boleh tolong.
Aku tak tanya berapa dia nak, yang pasti jumlahnya pasti banyak. Aku terus sound dia, “aku sendiri tak buat loan untuk diri sendiri, pastu aku nak buatkan untuk kau pulak?’.
Kalau nak ikutkan, aku pon teringin nak pakai kereta 150k ke atas, nak beli aset rumah, nak pakai barang2 branded, tapi semua tu aku tak buat sebab aku takut dibebani hutang.
Dikala penjawat awam berebut2 buat loan rumah, aku ni, satu rumah pon tak beli. Aku malas nak pening2 kepala.
Sejak dari hari tu, dia dah tak pernah ganggu hidup aku lagi dengan mintak aku buat loan. Mungkin dia dah faham aku memang tak suka.
Kepada Pemiutang Mental, sepatutnya awak lebih tegas masa mula2 abang awak nak mintak tolong buat loan. Tapi tak apa la, nasi dah jadi bubur. Awak pon tak ada perjanjian black and white dengan dia.
So tugas awak sekarang, kena lebih garang sebab apa yang saya lihat, disebabkan awak berat mulut, dia pijak2 kepala awak.
So mulakan dengan mintak dia bayar hutang2 awak. Kalau dia tak nak, cerita terus dalam group WA keluarga, biar mereka tahu, bukan nak buka aib dia, tapi nak hak awak, percayalah orang kaki hutang ni, dia dah tak ada rasa malu, memang muka tembok la.
Contoh macam kakak ipar awak tu, aduhhh mengucap panjang saya, bukan main happy dapat duit terduduk ye. Adik beradik awak pon saya tak boleh nak hadam, boleh dorang back up si abang durjana tu, huhuhu..
Seterusnya, tolong keraskan hati agar jangan re-finance lagi. Belajar untuk cakap “No”, jangan biarkan diri kita dipijak2.
Dan jangan la awak pindah2 tinggalkan suami awak. Kenapa awak pulak yang nak susahkan hidup awak. Kesiankan lah suami dan anak2 awak.
Dia tak nak bayar hutang awak didunia, jangan sedih, mungkin Allah SWT nak bagi awak syurga.
Banyak hadis pasal orang berhutang ni, antaranya:
“Mana-mana lelaki yang berhutang dan dia sudah pasti tidak melunasinya, maka ia akan bertemu Allah SWT sebagai seorang pencuri” (Riwayat Ibn Majah).
Tolong tepek hadis ni dalam group WA keluarga.
In shaa Allah, Allah SWT nak bagi awak syurga, nanti di sana, semua kita dah tak perlukan selain pahala. Kita banyak dosa hidup dalam dunia ni. Nanti awak mintak la pahala dari abang awak untuk beratkan timbangan awak. Seronok kan masa tu.
Kepada orang luar, jangan la korang ambil kesempatan pada kami penjawat awam ni. Mentang2 la kami mudah buat loan, mudah lulus.
Tolong berperikemanusiaan. Kesian tau slip gaji dipotong 500. Sedih tak tiap bulan tengok ada potongan. 15 tahun pulak tu. Korang ingat penjawat awam ni gaji besar sangat ke? Aku yang gred 45 ni pon tak sampai 6k.
Korang bayangkan kalau gred lagi bawah dari aku. Lagi satu, kalau korang meninggal dunia, siapa nak bayarkan hutang korang tu, waris korang? isteri korang? memang kirin salam la.
Kepada penjawat awam, tolong jangan baik sangat buat loan walaupon untuk mak, ayah, adik beradik. Lagi2 melibatkan jangka masa yang panjang.
Boleh pasti ke si peminjam tak akan m4ti dalam 15 tahun tu? Jangan jerat leher sendri. Belajar2 la cakap “No”
Bersabarlah Pemiutang Mental. Saya doakan awak diberikan kekuatan, diampunkan dosa2 dan dimasukkan ke dalam syurga. Aamiin…
– Kiah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit