Surat Untuk Semua Gadis

Hai mari aku perkenal empunya diri..
Panggil aku Miss Rose
Umur aku bakal masuk 29 tahun awal bulan depan..
Aku memang sedih, sedih dari semalam lagi, lepas tengok je video intan liyana semalam
Dekat wall Facebook aku terus rasa sebak, siap ikut berairla sekali anak mata ni..
Mula-mula tak nak tengok.. fikir balik tak elok kan sibuk jadi minah kepoh untuk kisah rumah tangga orang lain, aku bujang mungkin aku tak faham.. tapi.. untuk korang yang belum kahwin macam aku ni mesti takut dengan masa depan sendiri, terbayang-bayang macam manalah bakal suami kita akan datang nanti? Risau.. sampai bila dia kan terus setia dengan kita?
Tahu tak aku pandai drive kereta masa umur aku 25 tahun, Bayangkan untuk 2 tahun sebelumnya aku pergi kerja macam mana? Aku menyusahkan ayah aku dan adik lelaki aku.. diorangla yang hanta aku pergi dan balik kerja, Adik aku bayangkan mana tak merungut hari-hari hanta aku pun tak ikhlas, kadang bawa kereta laju-laju tunjuk protes. Aku stress sebab aku tak boleh drive, nak drive ayah aku tak bagi since aku pernah kemalangan kecil dulu..

Nasib mak aku berkeras plus aku dapat environment kerja yang semua kawan-kawan perempuan aku ni expert drive kereta, aku tak ada pilihan, Mak aku yang jadi cikgu memandu aku walaupun aku dah ada lesen lulus kereta tapi sebabkan fobia aku tak memandu so korang please belajarlah memandu.
Mak aku ajar aku sampai pandai plus aku terdesak nak pergi kerja sebab taka da orang akan hantar aku pergi kerja pada tahun tu.. dulu tak ada uber & grab tahun 2015 macam sekarang ni mudah, So bila semalam aku tengok video intan liyana tu dia ada cakap dia tak ada transport? Mungkin juga tak ada kereta , so perempuan kene ada persiapan diri untuk berdikari kerana kita tak selamanya disayangi, sedangkan isteri yang cantik & sopan pun diceraikan, Apa? lelaki sekarang memang nak perempuan bekerjaya je ke? Nak yang berharta?

Aku pernah beberapa orang lelaki inbox aku nak berkenalan, dia punya kriteria nak isteri bekerjaya,nak yang pandai berdikari, nak yang kerja government supaya senang nanti nak tampung hidup lepas kawin? Ko rasa apa? Lelaki sekarang rasa diri jadi rebutan? Boleh buat sesuka hati? Hari ini kau sayang, besok ko dah tak sayang lagi? Mudah ko seorang suami lafazkan cerai dan jatuhkkan talak? Lagi sekali wanita kene sentiasa bersedia dengan semua kemungkinan yang bakal berlaku.. hidup tak selalunya indah.. sediakan payung sebelum hujang sebab kita takt ahu bila hujan petir nak turun, kadang-kadang tak bagi signal pun.Perempuan kene sedia!

Bila tengok video semalam, sebak dan sedih so mesej yang aku nak sampaikan di sini sentiasala bersedia untuk diri sendiri, tapi siapa kita nak lawan kerja Tuhan, kerana hidup ini kan sentiasa diuji, semoga kita semua menjadi perempuan,adik,kakak yang kuat & berdikari.

Cekalkan hati..

Sekian,
Miss Rose

– Miss Rose

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit