Untuk part I, (https://iiumc.com/surat/).
Berdasarkan confessions saya yang lepas, sedikit sebanyak ia memberi impak kepada saya. Ribuan terima kasih ingin saya ucapkan kepada semua pembaca yang beri kata-kata semangat. Setiap semangat yang saya baca, secara jujurnya buat saya menitikkan air mata. Kerana akhirnya, dihujung nyawa ini, masih ada yang bermurah hati tidak mengenal diri ini tapi masih mengambil peduli.
The struggle is real, and it’s hurt.. A lot..
Saya tidak mahu bercerita mengenai masalah. Tapi cerita mengenai kesakitan penyakit yang saya hadapi. Secara fizikal ya, bukan secara mental. Oh, di artikel yang lepas, saya hanya shared mengenai saya mempunyai masalah kemurungan dan berulang alik ke hospital. Biar saya explain in details. Nama penyakit itu, Psychotic depression. Saya rasa, saya sudah pun cerita 20-30 peratus masalah yang saya hadapi. Sekarang saya mahu kongsikan kesan secara fizikal bila saya menghidapi penyakit ini.
Saya tidak tahu pengalaman pesakit lain macam mana, tapi untuk saya, bila penyakit jahat ini menyerang, saya akan mengalami sakit kepala yang luar biasa, kadang-kadang saya rasa ingin muntah, kadang-kadang saya nampak “kawan” saya. Oh, saya boleh nampak benda yang orang lain tidak boleh nampak dan kadang-kala saya sukar untuk membezakan yang mana reality, yang mana ilusi. Alhamdulillah, sekarang saya tidak lagi dengar bisikan halus.
Untuk yang menasihatkan saya pergi beriadah / bersukan tu, terima kasih. Saya, selalu pergi ke gym dan berenang di Kolam Universiti, tapi ia tidak banyak membantu saya dari pulih sepenuhnya. Untuk travel? saya sudah pergi melancong banyak tempat, tapi secara pandangan peribadi saya, melancong hanya hilangkan tekanan untuk manusia biasa, bukan pesakit.
Kita perlu tahu, tekanan dan kemurungan klinikal adalah dua perkara berbeza. Itu berdasarkan kata-kata pakar yang saya jumpalah. Bila kita dalam kemurungan. kita boleh menangis tanpa henti tanpa sebab munasabah. Setiap pesakit, berbeza pengalaman. Ada yang down, tiada motivasi diri. Ada yang tiba-tiba kena angin kus-kus rasa diri superhero. Saya, cuma ceritakan balik pengalaman saya dengan pesakit yang lain.
Ada juga yang kata, kami pesakit selalu berfikiran negative. Yes, saya tak sangkal perkara itu. Memang ada benarnya kata-kata mereka itu. Tapi, bila anda diserang sakit kepala yang amat dasyat, mampu ke anda berfikiran waras? Ada yang normal pun, bila ada bunyi ketuk-ketuk yang kuat, terus melenting suruh senyap. Inikan pula bila dengar bunyi yang bising yang dihasilkan oleh otak kita. Boleh faham tak maksud yang saya ingin sampaikan? Saya pernah dipaksa berubat di Pakar perubatan islam terkenal Malaysia. Dan ustaz itu kata, saya bukan mengalami penyakit saka atau gangguan makluk halus. Dan ustaz itu sarankan saya teruskan perubatan saya dengan hospital pakar. See?
Harap semua faham apa yang saya cuba sampaikan. Dan betullah, bunuh diri itu bukan jalan penyelesaian bagi manusia normal. Tapi untuk pesakit seperti saya yang tidak lagi mampu untuk tanggung sakit kepala yang sangat dasyat, dalam masa yang sama perlu bekerja demi sesuap nasi, perlu lagi berhadapan dengan manusia yang pelbagai ragam, this.. is too much.. Sepertimana yang saya kata, daya tahan setiap manusia, tidak sama. Jangan sesekali bandingkan dia, saya, awak, kita… Semua mempunyai daya tahan berbeza, sekali lagi ingin saya tekankan.
“29 years old but doesn’t know how to love yourself?”. kata-kata ini buat saya tersenyum sendiri. Tahu sebab apa? All of us have different personalities, different character. Saya orangnya susah nak moving on, susah nak lupakan setiap detik pahit manis dalam hidup dan saya sangat sayang dengan semua manusia yang muncul dalam hidup saya dan saya jenis sanggup buat apa saja supaya semua bahagia dan mengabaikan kebahagiaan diri. Contoh: Dari tahun 2007, bila saya ke restoran kegemaran saya, saya hanya makan 1 menu ini sahaja. dan tak bertukar ke menu lain sehingga sekarang. Fahamkan character, keperibadian diri saya macam mana? dan tak nafi, ia makan diri. But it’s ok.
Mungkin, saya kelihatan pentingkan diri dalam karangan saya kali ini. saya bukan pentingkan diri atau rasa diri betul. Bukan itu niat saya. Apa pun, saya ingin mengucapkan tahniah kerana akhirnya ramai juga yang sedar akan kepentingan masalah kesihatan yang melibatkan mental. Tahniah, akhirnya ia bukan lagi taboo dalam masyarakat seperti 5-6 tahun yang lepas. Tahniah, dan terima kasih.
Andai ada jodoh lagi, saya akan menulis lagi. Andai kata ajal menjemput dahulu, ampunkan salah silap saya.
Cheerful, always.
– Anonymous
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit