Assalamualaikum.Perama kali saya menulis di ruangan ini setelah terbaca kisah Janda Terbahagia.Ia hampir sama dengan kisah saya.Moga perkongsian ini dapat memberi semangat kepada semua ibu tunggal di luar sana.Saya harap puan tersebut dan amar tabah harungi hidup.Bukan senang bila masuk ke alam janda.Ramai masyarakat kita memandang serong pada janda berbanding duda.
Berbalik kepada kisah saya.Saya juga diceraikan talak 3 setelah 7 tahun berkahwin dan memiliki seorang anak soleh kini berusia 6 tahun.Saya berkahwin atas pilihan sendiri kerana Allah.Bekas suami peluk Islam dan banyak cabaran saya bersama keluarga mentua.Walaupun ibu mentua dapat terima saya tetapi dia tidak membenarkan saya memanggilnya ibu. Saya terima walaupun terkilan.Alhamdulillah ayah mentua saya baik.Sehari sebelum akad nikah bekas suami sy dah buat perangai dengan menuduh saya ada hubungan dengan tok imam kerana malam tu saya selesaikan urusan di rumah tok kadi bersama ayah saya.Saya terima segala cacian,hinaan dan tuduhan dia kepada saya.Waktu itu saya tersedar dia seolah bukan diri dia yang saya kenal.Saya difahamkan ibu mentua telah pengaruhi fikirannya supaya tidak teruskan niat untuk berkahwin dengan saya.Hanya bekas suami saya yang masuk Islam.
Saya terfikir semula betulkah keputusan saya untuk berkahwin.Tetapi dah terlambat untuk saya batalkan.Alhamdulillah esoknya majlis berjalan lancar.Hari kedua saya dah ditampar oleh suami.Suami saya berubah menjadi sangat panas baran.Setelah berkahwin barulah saya tahu keluarganya merahsiakan kepada saya bahawa dia adalah bekas penagih.Salah saya tidak siasat latar belakang dia dan terlalu naif.Saya baru teringat kakak kawan dia pernah bagi tau saya seminggu sebelum berkahwin bahawa dia berkahwin dengan saya hanya kerana saya penjawat awam,bekerja tetap.Saya mula terfikir saya telah dipergunakan dan rasa tertipu.
Suami ganggu saya masa saya bekerja,cemburu buta,datang ke tempat kerja dan tampar saya sekali lagi di dalam kereta.Kemudian dia meminta maaf kepada saya katanya terkena buatan.Saya ikhtiar dan bawa suami berubat nampak ada perubahan.Begitulah hidup saya selama 2 tahun saya masih belum dikurniakan anak.Suami masih tetap memukul saya setiap kali bergaduh kerana suami malas kerja.Akhirnya saya bantu suami dapatkan kerja di hotel tetapi semuanya tak kekal lama hanya bertahan 4-6 bulan kerana ada saja masalahnya di tempat kerja.Saya berfikir mungkin Allah belum berikan saya anak kerana tahu suami dan saya belum mampu.Hanya harapkan gaji saya semata.Semua perbelanjaan atas saya.
Suami saya tidak benarkan saya balik jenguk mak ayah saya.Saya yang rapat dengan ibu bapa saya hanya mampu makan air mata sepanjang tempoh perkahwinan kami.Setahun hanya 3 kali sahaja balik ke rumah ibu bapa saya itupun tak pernah lebih 2 malam.Tetapi sebelah keluarga suami boleh dikatakan sebulan sekali balik.Bila saya bersuara dia akan naik tangan.Ye saya yang bodoh kerana tidak bertindak awal.Naluri ibu bapa mereka boleh rasa ada yang tidak kena.Ayah saya selalu tanya saya okey kah dengan suami.Saya hanya jawab okey dan tetap ceria di hadapan semua orang.Salah saya berahsia dengan keluarga sendiri demi menjaga aib suami.Siapapun tidak tahu suami saya tidak bekerja dan selalu pukul saya.Saya bersabar kerana saya fikir dia saudara baru Islam tanggungjawab saya untuk bimbing dia dan berkahwin dengan dia adalah pilihan saya sendiri.Jadi sy redha dan hanya berdoa mengadu kepada Allah. Saya sedih bila dia tidak mahu solat.Dia akan tengking saya sekiranya saya ajak dia solat.
Dia adalah lelaki yang sangat ego walau saya suruh dengan cara yang lembut ajak solat bersama.Hanya seminggu pertama perkahwinan sahaja dia solat bersama saya.Betullah sebab itu di dalam Islam menggariskan untuk berkahwin pilihlah pasangan yang beragama.Apatah lagi untuk perempuan.Perempuan memerlukan imam sebagai ketua keluarga.Lainlah jika dapat suami yang tidak ego.Setelah 2 tahun berkahwin,kerja suami tak menentu akhirnya dia dapat kerja di sebuah hotel juga atas inisiatif saya.Alhamdulillah saya berharap dia akan kerja lama di sini.Namun lain jadinya.Waktu tu bulan puasa,saya bawa ibu mentua saya ke bazar ramadhan.Ibu mentua saya dah boleh terima saya tetapi masih tidak bahasakan diri emak.Saya melayan ibu mentua seperti ibu saya sendiri hingga di dalam kereta saya biar ibu mentua duduk di tempat duduk hadapan dan saya di belakang.
Saya selalu hulurkan wang dan bawa ibu mentua shopping.Saya juga curi curi masukkan duit kepada ibu saya di kampung tanpa pengetahuan suami kerana suami tak benarkan saya beri duit kepada keluarga saya.Berbalik kepada tadi,di bazar ramadhan dengan kuasa Allah saya nampak suami bawa kereta saya bersama perempuan lain.Ye saya ada dua kereta dan keduanya atas nama saya.Berdegup kencang jantung saya bagai terhenti.Kerana sebelum itu saya dah ajak suami untuk ke bazar tetapi suami bagi tahu dia tidak boleh keluar.Saya sememangnya dah merasa perubahan suami setelah sebulan dia bekerja di hotel itu.Ibu mentua sabarkan saya dan berkata dia akan tanya sendiri kepada suami.Sekiranya betul suami saya ada hubungan dengan perempuan lain ibu mentua saya sendiri akan marah dia kerana ibu mentua tahu saya terlalu baik untuk anak dia.
Kes mula kecoh bila saya dapat tahu dia memang menjalin hubungan dengan perempuan itu atas alasan saya tidak mampu beri dia anak.Perempuan itu hubungi saya dan maklumkan dia tidak tahu suami saya sudah berkahwin.Dia hampir bunuh diri bila tahu.Akhirnya dia dan suami saya dibuang kerja.Saya tahu hubungan mereka sudah terlanjur jauh.Saya minta suami kahwin dengan perempuan itu tetapi suami tidak mengaku.Dia berjanji untuk berubah dan minta saya bagi peluang.Ibu mentua juga pujuk saya.Saya rahsiakan perkara ini daripada sesiapa pun dan saya bagi dia peluang.Dengan kuasa Allah saya mengandung selepas itu dan sy juga dapat tawaran sambung belajar ijazah.Suami dapat kerja di tempat lain sebagai pengurus event.Sekali lagi saya diuji sepanjang saya mengandung suami sering tidak pulang dan adakala pulang dlm keadaan mabuk.Katanya sebagai pengurus event dia terpaksa entertain artis ke kelab malam.Allahu.punah hati saya.Saya harap dia ikut landasan Islam tapi ternyata saya tak mampu nak bimbing dia.
Datang balik tabiat dia suka pukul saya hingga kandungan saya 7 bulan saya tetap bersabar.Bodohkan saya.Sepanjang saya mengandung juga kekuarga mentua jarang ambil tahu hal saya seolah mereka tidak merestui kelahiran anak ini.Keluarga saya sahaja yang bertanya khabar.Saya pulun belajar jarak jauh walaupun suami abaikan saya.Akhirnya saya selamat melahirkan bayi lelaki alhamdulillah dia adalah kekuatan saya.Mujur ketika beesalin emak ayah kebetulan ada di rumah saya.Ibu mentua datang jenguk anak saya dengan wajah gembira.Saya sedih kerana selama ini saya diabaikan tetapi bila lahir anak ini barulah nampak muka.Bertambah risau saya apabila dia kata jika di luar negara anak ini boleh pilih agama yang dia nak tapi undang-undang di Malaysia sahaja tak izinkan.Suami pula berkata terpulang kepada anak itu mana tahu sekiranya besar nanti anak itu akan masuk agama lain seperti dia.
Mengucap panjang saya apabila dia berkata begitu.Saya nekad saya takkan biar sesiapa ganggu saya besarkan anak saya dengan ajaran Islam.Suami sekali lagi diberhentikan kerja seperti biasa tak pernah kekal lama bila bekerja.Saya buat personal loan untuk makluman dah 3x sy buat utk suami sepanjang 3 tahun berkahwin.Saya bagi modal kepada suami untuk bisnes kerana mungkin suami yg ego tidak boleh bekerja dengan org dengan harapan bisnes mampu ubah suami untuk teruskan bekerja.3 bulan pertama sahaja bertahan selepas itu suami tetap dengan sikap malasnya.Saya pula yang kena uruskan bisnes itu tetapi mana mungkin saya dpt fokus kerana saya juga bekerja.Akhirnya suami hanya duduk di rumah dan jaga anak.Saya redha kerana saya pernah terbaca asalkan suami tahu tanggungjawab di rumah dan hanya isteri cari nafkah tidak mengapa.Bodoh kan saya.Suami makin malas,anak tidak terurus.Kerja rumah juga saya yang buat.Suami hanya menghadap handfon dengan group Whatssapp dia sahaja.3 tahun begitu saya hanya berdoa kepada Allah.
Saya juga buat loan lagi kerana tak mampu nak tanggung keluarga dengan sikap suami lepas tangan.Akhirnya keadaan semakin rumit kami seolah olah buat hal masing masing walau tinggal sebumbung.Oh ye sikap panas baran selalu saya kena pukul masih berterusan hingga anak saya berusia 5 tahun.Memang saya bodoh kan.Hanya bertahan dan menangis berdoa dia atas sejadah mengharapkan perubahan suami.Keluar beriadah atau sesekali makan di luar pun walaupun ada suami seolah tiada.Saya hanya dgn anak dan suami dengan dunia handfon dia.Anak juga rapat dengan saya berbanding dia kerana dia tidak beri perhatian kpd anak.Saya tidak terpikir untuk tambah anak dengan keadaan begitu dan kami jarang bersama.Saya makin tidak tahan apabila rumah sewa tertunggak.
Oh ye saya ada umah tetapi telah dijual.olej suami.2 buah kereta saya juga ada yg ditarik dan ada yang dijual.Bayangkan tahap susah saya ketika itu tanpa ada sesiapapun yang tahu.Tidak ada sesiapa juga yang bantu.Saya makin tertekan dan menangis di atas sejadah mohon Allah bantu saya.Saya nekad ingin dapatkan khidmat kaunseling di pejabat agama.Tetapi ambil masa perlu tunggu giliran saya hanya berdoa dan menangis.Hinggakan nak bayar duit tadka anak pun saya dah tak mampu sebab suami guna untuk ambil methadone.Saya tetap ceria di tempat kerja kerana saya mmg jenis happy go lucky.Tidak ada sesiapa tahu masalah saya.Suami sy pukul saya di hadapan ibu saya.Sejak itu emak ayah saya tidak lagi dtg ke rumah saya kerana takut menyusahkan saya.Ye ibu bapa saya nampak kesusahan saya.Allah Maha Besar.Setelah 7 tahun Allah dengar doa saya.Hari itu pulangnya saya dari kerja suami pukul saya dengan teruk dan tuduh saya curang.Saya akhirnya dapat kekuatan untuk tinggalkan suami.
Saya anggap itu petunjuk Allah kpd sy setelah beberapa kejadian kebetulan berlaku.Ye sy terbaca msg suami curang sebelum itu.Mungkin nak tutup kesalahan dia,dia tuduh sy sedangkan sy penat cari rezeki.Saya seolah dapat kekuatan dan nekad dengan keputusan saya.Ketika itu juga suami dah lafazkan cerai talak 3 tetapi dia tak benarkan sy bawa anak.Sy berjaya lari dari dia dan bawa anak pulang ke kampung.Dia pujuk sy tetapi hati sy dah keras dan dy tidak mahu apa apa lagi.Sy failkan kes di mahkamah beserta report polis dan laporan perubatan.Ketika itulah baru keluarga dan rakan-rakan rapat tahu segalanya.Semua tidak sangka dan terkejut selama ini saya menghadapi masalah demikian.Betapa saya mampu menjaga rahsia rumahtangga sy walau sebenarnya itu hanya atas kebodohan saya.Saya tidak menyesal krn sy tahu apa yang berlaku adalah aturan Allah.lambat atau cepat Allah dah tentukan.Seminggu lepas sy tinggalkan suami,sy dpt tahu dia letak gambar berpelukan dgn perempuan di dalam fb dia itupun kwn dan saudara bg tau sy krn sy dah block semuanya.
Syukur sy tak termakan pujuk rayu dia.Alhamdulillah sy dpt sokongan dari rakan2 dan mak ayah sy.Dia pd awalnya tak nak lepaskan sy hingga sy terpaksa byr lawyer akhirnya berkat doa sebaik sy keluar dari masjid sy terima msg dia setuju utk lepaskan sy.Alhamdulillah..dia kata dia ingin berkahwin dgn perempuan itu dan ingin selesai cepat.Thanks to that girl yg bantu sy.Akhirnya pada bulan Mei tahun lps saya sah diceraikan dengan talak 3.Walau hakim kata kebiasaannya jarang untuk terus putuskan talak 3.Hakim juga tegur bekas suami yg lafaz dalam keadaan dendam dan marah.Tetapi mungkin hakim tahu melihat dari riak wajah sy yang tenang dan tetap tersenyum apabila disoal adakah saya setuju,saya hanya jawab setuju.Bekas suami hanya ckp tiada persefahaman dia tak benarkan sy ungkit bab report polis dan laporan perubatan.Sy setuju asalkan sy dilepaskan dgn cara baik.Bayangkan keadaan sy yg hanya seorang diri di mahkamah tanpa ditemani sesiapa.Sy tidak bg tau mak ayah sy hari perbicaraan sy itu krn sy tidak mahu mereka risau.
Saya dah terlalu byk risaukan mereka selama ini.Saat hakim putuskan sah cerai talak 3 sikitpun tidak mengalir air mata saya mungkin kerana saya dah puas menangis selama 7 tahun ini.Setelah selesai barulah sy bg tau pd mak ayah sy.Alhamdulillah kes sy selesai dgn cpt tanpa tergantung lama seperti org lain.Sy rasa lega,gembira dan bahagia dgn anak sy.Sy tinggal di rumah mak ayah sy jadi sy tidak bersedih sgt dan lyn perasaan.Bekas suami masih menggangu sy dan akhirnya sy block.Slps 3 minggu diceraikan,dia pun berkahwin dgn janda yang lebih tua dr dia tetapi kaya.Info ini sy dpt dr rakan2&keluarga mentua tetapi sy ckp sy tdk kisah pun.Keluarga mentua marah kpd bekas suami sy pula pujuk keluarga mentua utk terima semua ini.Sy juga dapat sambung belajar di luar negara utk tempoh beberapa bulan.Sy gembira walau berat hati nak tinggalkan anak sy tetapi keluarga tahu sy perlu cari diri sy semula.Saya terima tawaran itu.Anak sy rapat dgn mak dah ayah sy.Sekali lg sy diuji bila ayah sy pula meninggal ketika sy di luar negara.
Sy tdk sempat blk utk lihat jenazah ayah.Betapa hancurnya hati sy.Tak sangka lps sy bercerai,ayah pula meninggal.Bekas suami sy msg sy no lain dan bg tau kata sy lah punca ayah sy meninggal katanya sy bawa sial.sy buat tak tahu saja biar Allah yg balas.Kini dah 8 bln pemergian ayah yg sy kasihi.Sy tahu Allah uji krn Allah sygkan sy,Allah sedang mengangkat darjat sy.Masalah semakin rumit sejak ketiadaan ayah.Adik beradik mula bergaduh dan tak puas hati saya menumpang di rumah mak.Sedih sgt tak sangka adik beradik sendiri tergamak buat cerita tak elok tentang sy.Sy fikir amanat terakhir arwah ayah sy yg minta sy jaga mak.Tapi dgn keadaan begini sy akur sy perlu keluar dari rumah ini dan alhamdulillah sy dah pun dpt kunci umah.Ye sy beli rumah tanpa pengetahuan sesiapa.
Doakan saya dan anak saya.Sy sedar sy dan anak sy hanya ada Allah.Cinta?ye sy ada jatuh cinta pd lelaki yg lebih muda pd sy,tetapi dia seolah tak dpt terima sy.Katanya jika sy tiada anak mungkin dia boleh terima.Tapi sy tetap berkawan dgn dia dan kuasa Allah dia jatuh suka pd anak sy dan anak sy juga serasi dgn dia.Cuma sy tak nak taruh harapan krn takut kecewa.Sy sedar janda seperti sy susah utk diterima.dia sendiri pernah ckp di awal perkenalan dulu jika dia terima belum tentu emak dan ahli keluarga dia dpt terima sy.Mmg betul sy akui itu.Kita berkahwin bkn saja berkahwin dgn dia tapi dgn seluruh ahli keluarganya.Namun sy tetap berdoa andai ada jodoh utk sy di dunia ini temukanlah sy dgn jodoh yg terbaik,dgn lelaki yg dpt terima segala kekurangan sy.Walau pd awalnya sy tak terfikir utk jatuh cinta kerana dah serik tp semua adalah kekuasaan Allah.Sy masih berkawan dgn si dia.Doakan sy.
Kepada masyarakat usahlah hukum janda dan jgn ambil kesempatan ke atas janda.Ye sy akui ramai suami org mahupun bujang suka mengayat janda.Anggaplah kami seperti adik perempuan kalian utk dilindungi bkn utk diambil kesempatan.Dan sebagai janda juga jagalah batas pergaulan kita.Moga semua ibu tunggal di luar sana tabah dengan hidup ini.Ingatlah sejak 4 bln di dalam rahim,Allah dah tetapkan jodoh,ajal maut rezeki kita.Kita hanya mampu berdoa kpd Allah.Kepada yang sedang hadapi masalah dgn pasangan selagi mampu sabar,sabarlah utk pertahankan dan doa supaya Allah bg petunjuk.Maaf atas coretan yg agak berterabur.
-Ibu Tunggal-
– Cahaya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit