Untuk part I, (https://iiumc.com/surirumah-terluka/).
Assalamualaikum semua.. Terima kasih jika confession saya kali ini disiarkan. Saya sebenarnya mahu berterima kasih kepada pembaca yang mendoakan saya, yang menitipkan kata semangat buat saya.. menitis air mata setiap kali membaca doa2 kalian.. terima kasih sangat.
Alhamdulillah selepas hujan, biasanya ada pelangi kan.. Allah dah kata, lepas kesusahan ada kesenangan. Saya nak kongsi apa yang saya alami selepas kehidupan yang menekan itu, dengan izin Allah saya kini lebih bahagia.
Bila saya buat keputusan untuk bekerja, saya berhijrah ke negeri lain. Ya, tempat baru, suasana baru, pengalaman baru, cerita baru. Saya betul2 mulakan hidup baru. Dengan anak, dan suami masih disisi.
Apa yang membuatkan saya bahagia? tentulah bila saya rasa hidup saya kini lebih tenang. Allah berikan saya kerjaya yang baik, yang saya minat dan suka,
Allah berikan saya tempat kerja yang baik, office mate yang baik2 dan menyenangkan (sungguh tak disangka),
Allah beri anak2 yang baik dan behave (kata orang sekeliling), suasana rumah yang tenang, jiran yang baik, dan yang penting Allah beri saya ketenangan dalam setiap ujianNya.
Kenapa saya kata ujian? Mestilah selagi hidup kita akan tetap diuji..
Bezanya sekarang ni ujian tu tak lagi membuatkan saya rasa depress seperti dulu, kerana bila ada ujian je saya terus kembali memohon petunjuk dari Allah.. saya tak tahu orang lain, tapi dengan ingat Allah saya jadi tenang. Tenang setenangnya.
Ada seorang pembaca yang mengajar doa,
“Ya Allah aku serahkan segala urusan hidupku, urusan suamiku, urusan anak-anakku dan urusan hidup dan matiku kepada pengurusan Mu”, doa ini sangat terkesan di hati saya, saya rasa cantik sangat doanya, dan saya sangat berterima kasih kepada beliau.
Saya amalkan doa ini bila saya diuji lagi, dengan ujian2 lain, dan saya rasa tenang sebab serahkan segala-galanya kepada Allah yang lebih tahu.. saya hanya mengikut saja perancanganNya dan hidup seadanya.
Tentang suami saya, ya dia suami yang baik, saya tak akan kata dia seorang yang jahat hanya kerana dia tak faham isi hati seorang suri rumah.
Mungkin dia tidak biasa dengan suri rumah sebab adik beradiknya, ibunya, kakaknya, adiknya, saudara maranya semuanya berkerjaya.
Sebenarnya sukar nak buat orang faham tanggungjawab seorang suri rumah melainkan mereka pernah melaluinya.
Saya tahu dia bukan sempurna juga, saya tahu dia telah melukakan hati saya sedalamnya, tapi saya dah maafkan dan anggap itu kerana dia sendiri tidak pernah merasakan situasi saya,
Ya saya akui bukan mudah nak lupakan, kadang2 saya teringat juga dan menangis sendiri, terutamanya kalau ada perkara yang buat saya trigger balik.. tapi saya cepat ingatkan itu semua dah berlalu, saya nak lupakan dan mulakan hidup baru.
Dalam keburukannya, terdapat banyak lagi kebaikan suami yang harus saya syukuri, dia tak lalai dengan nafkah saya dan keluarga,
Dia ayah yang baik, dia anak yang baik, dia lelaki yang baik cuma mungkin dia tak biasa menjadi suami yang caring. Itu kelemahannya tapi itulah ujian untuk saya juga.
Kadang-kadang Allah menguji pada titik kelemahan kita dan itulah yang buat kita tak sanggup nak hadapinya. Tapi bila diuji tu, janganlah sekali2 lupakan Allah.
Sebab Allah yang menguji jadi mesti Allah ada penyelesaiannya.. Allah dah ajar, bila diuji, hadapilah dengan sabar dan solat.. itu saja jalan yang ada, kita buatlah. Pasti ada sebab Allah suruh sabar dan solat.
Masa sedih sangat, saya ulang2 ayat tu.. sabar dan solat.. sabar dan solat. maka saya doa mintak kesabaran tu dalam setiap solat saya. Hasilnya memang saya jadi tenang.. cubalah, cuba untuk yakin dengan Allah.
Lagi satu, dulu kalau saya nak marah, saya akan doa ya Allah berilah balasan yang setimpal dengan apa yang saya rasa ni kepada orang yang menzalimi saya.. sebab sakitnya itu sangat sakit terasa..
Tapi sekarang doa saya, ya Allah jadikan orang yang menzalimi saya itu dipenuhi dengan kasih sayang kepada saya, hukumlah dia dengan rasa cinta hanya kepada saya..
Pelik kan rasa, tapi doa pun dah jadi doa yang baik2 saja.. kadang2 rasa lucu, tapi biarlah hati manusia ni Allah yang pegang.. sekejap saja kalau Allah nak bolak balikkan hati kita ni.. mintaklah apa saja dengan Dia.
Untuk pengetahuan, dulu memang saya pernh buat DASs test tu untuk lihat tahap kemurungan saya, dan keputusannya sangat teruk.. c
Cma saya tak tahu jalan untuk ubati diri sendiri, kalau nak pergi jumpa doktor, anak nak letak pada siapa.. tiada yang memahami, suami tak akan faham tentang depression ni, jadi jalan keluarnya tak ada untuk saya. Sebab itu ia berlarutan bertahun2.
Tapi bila saya bekerja ni, saya jadi lebih berdikari.. saya boleh ke mana2 sendiri, paling seronok bila ada duit sendiri, saya bebas buat apa yang saya suka.
Dahlah dah pandai membeli di shoppe, ada saja yang saya beli.. saya rasa seronok dapat deco rumah, dapat belikan baju untuk anak2, dapat beli baju kegemaran tanpa rasa bersalah habiskan duit suami..
Dulu saya tak berani nak habiskan duit suami dengan perkara yang tak penting sebab kesian dengannya, tapi sekarang saya bahagiakan diri saya dengan cara saya sendiri.. memang bahagia bila mampu beli apa yang kita suka, makan apa yang kita nak.
Alhamdulillah rezeki Allah bagi untuk saya merasa semua ni.
Saya bukan nak galakkan suri rumah bekerja, tapi kita kena cari jalan keluar dari setiap masalah kita.. bahagiakan diri sendiri. Ya sayang diri sendiri.. mungkin saya sesuai untuk bekerja untuk elakkan dari tekanan di rumah.
Sekarang saya cuba tak peduli sangat kalau suami kata macam2 sebab saya bahagia dengan diri sendiri.. suami pun dah kurang mengecam saya, saya tak tahu kenapa tapi saya anggap itu kuasa Allah yang pegang hatinya juga..
Di akhirnya saya percaya kalau kita cari cinta Allah, Allah akan berikan cinta yang kita impikan itu kepada kita.
Apapun, hidup masih panjang, kita tak tahu lepas ni diuji dengan apa pulak, tapi doakan saya terus kuat menempuh hidup yang berliku2 ni sebelum sampai masanya kita pergi dari dunia ni.
Terima kasih kepada semua.. semoga kita semua bertemu bahagia yang diimpi..
– Aisyah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit