Surirumah

Assalamualaikum pembaca setia page ini. Entah kali ke berapa aku taip dan aku padam untuk luahkan di confession nie.

Tapi aku harap confession ini dapat disiarkan untuk mendapatkan buah pandangan dari orang yang lebih berpengalaman. Dibawah beberapa masalah yang aku hadapi.

Pertama, aku seorang isteri dan ibu kepada seorang bayi perempuan yang comel. Berusia awal 30an. Sekarang genap 6 bulan aku tidak bekerja kerana pekerjaan sebelum ini sangat stress dan jauh dari rumah.

Tapi sebelum aku berhenti aku sudah siap sedia simpanan 6 bulan komitmen dan atas persetujuan dengan suami aku akhirnya telah berhenti.

3 bulan pertama berhenti kerja sangat enjoy the life sambil jaga anak. Aku planning untuk bekerja semula pada pertengahan tahun ni.

3 bulan terakhir aku dah mula apply kerja sehingga ke hari ini aku masih apply. Ada beberapa interview yang aku dah join dan ada yang dapat offer dah pun.

Tapi bila join ada yang tak kena dengan company tu dan aku decided untuk berhenti dengan notis 24jam. Aku nak cari kerja yang dekat dengan rumah sebenarnya sebab kawasan perumahan aku sangat lah jem yang ketara.

Dengan usia yang macam ni aku nak kerja yang tak serabut dengan management dan 5 hari bekerja seminggu. Sekarang bila terlalu memilih aku rasa aku dah banyak terlepas peluang kerja.

Aku selalu berdoa supaya dapat kerja yang terbaik untuk aku, dekat dengan rumah dan company yang banyak benefit.

Sampai sekarang aku jadi stress sendiri. Baru aku rasa apa yang surirumah sepenuh masa rasa. Baru aku tau tahap stress down, tak ada kawan nak berborak, hidup seharian mengadap anak.

Anak aku baru sorang aku dah stress bila ada masa baby tak ikut rutin. Nak berkepit sepanjang masa.

Sebelum ni bekerja tapi bila tak kerja duduk rumah macam-macam fikiran merepek aku fikir. Duduk sorang-sorang pun boleh menangis sendiri fikir apa lagi aku nak buat.

Aku dah apply kerja tapi tak dapat2. Aku selalu sedar kan diri aku dulu sebelum fikiran aku lagi merepek supaya bersyukur, ada rezeki aku untuk kerja dan kene sabar. Tapi sedih juga.

Kedua, suami aku pernah curang dan mengaku nak kahwin dua dan sekarang dah berubah katanya. Aku maafkan tapi setakat mulut semata.

Aku takkan pernah lupa kejadian dua tahun lepas. Susah nak lupakan apa yang dia buat dan susah untuk aku maafkan.

Aku bagi kata putus jika nak perempuan lain boleh pergi pada perempuan tu sebab aku takkan terima poligami walaupun hakikatnya suami aku tak mampu tanggung dua orang sekarang.

Who knows 10 tahun akan datang dia mampu dan kejadian yang sama berulang. Perkahwinan kami baru 5 tahun.

Aku tak mahu fikir apa yang berlaku pada masa akan datang sebab tu kerja tuhan. Aku sayang suami aku tapi aku lebih sayangkan diri aku.

Aku dah tawar hati sangat pada awal tahun ni atas sebab lain. Dia dah berjanji nak berubah takkan ulangi. Tapi mulut lelaki…

Sepanjang perkahwinan, baru sekali dia buat hal. Tanggungjawab lain pass. Tapi bila jadi surirumah ni aku lagi fikir bukan2.

Aku faham yang Allah dah tetap kan rezeki masing-masing. Samada rezeki kerja dan pinjaman suami untuk aku. Cuma bila duduk rumah, aku tak ada kawan. Bell shape feeling turun naik nak bahagia tu susah. Banyak sedih dari happy.

Aku tak pandai buat bisnes. Aku fikir mungkin dengan bisnes boleh buat aku fokus pada satu2 benda tu. Tapi, kena faham. Not everyone born to be a businessman. Terima kasih kerana sudi baca. Sekurang2 aku dah meluahkan.

– Coco (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *