Aku Betty (tentunya bukan nama sebenar) berusia 30 an, mempunyai 2 orang cahaya mata sepasang.
Dan sama dengan tajuk, aku surirumah, masuk tahun ni tahun ke 10 dah aku bergelar surirumah. Tapi bukan 100% surirumah jugak la sebab sekarang aku ada bisnes.
Dahulu, aku bekerja, mempunyai jawatan dan gaji boleh tahan, bagi aku sangat mewah. Hujung bulan orang lain dah catu makan aku masih boleh shopping sakan dan duit tak luak kata orang.
Saat down hidup aku bermula bila aku berkahwin, walaupun pilihan aku tapi seolah² dipaksa kawin oleh keluarga disebabkan hal – hal tertentu, dan tentunya bukan sebab mengandung luar nikah ye.
So, tarikh kawin dipercepatkan walaupun aku memang 100% tak bersedia. Semua jadi cepat sangat cepat.
6 bulan pertama kawin aku ok, PJJ jugak la. Tapi kerja macam biasa, weekend aku turun tempat suami aku atau kalau suami aku tak busy dia datang tempat aku, btw suami aku tentera ye.
Lepas 6 bulan kawin, aku keguguran, time tu mood turun naik dah, kerja pun banyak kawan – kawan yang back up sebab kesihatan aku lepas tu merosot. Bincang² aku ambik keputusan berhenti kerja.
Bulan pertama aku jadi surirumah, tepu otak aku, dan tiba² pregnant lagi. Masalah kesihatan aku masih tidak berapa ok ditambah pulak berbadan dua.
Bila aku jadi surirumah, aku tengok layanan suami pada aku lain, lain sangat. Dia tak peduli kat aku, siang kami macam suami isteri yang lain, bersembang itu ini tapi start malam aku jadi seolah olah trauma dengan waktu malam,
Suami aku tiba tiba tak nak tidur bersama, dia rela tidur dekat luar sampai pagi, benda ni berlarutan sampai aku bersalin.
Nak kata dia main game/ada handphone lain, aku pernah intai dia tengah tengah malam, dia tak buat apa, handphone dia ada dalam bilik elok tak berusik, dia tidur dengan tv terpasang.
Sedih time tu rasa, dengan nafkah batin pun dia tak bagi sampai aku bersalin. Berbulan bulan tau, bukan sebulan dua.
Benda ni berlarutan sampai anak aku umur 6 bulan, selama 6 bulan umur anak boleh kira dengan jari berapa kali je kami bersama, masih tidur kat luar, anak pun dia tak layan,
Time tu aku pernah bangun malam, berdoa, aku tak nak tambah anak dah, cukup la sorang ni. Memang masa tu aku rasa taraf aku suami aku letak kat tapak kaki dia.
Lepas tu nama suami naik pergi operasi. Suami aku tak culas bab duit, bila dia pergi operasi, dia serahkan semua gaji pada aku.
Ok aku try bangkit, selama dia dekat operasi, aku masuk macam macam kelas, dan paling penting lesen. Aku guna duit gaji dia, habiskan.
Masuk tahun ke 4 kawin tetiba dapat anak no 2, tapi lepas itu tiub dah diikat kedua dua belah atas sebab² tertentu, aku tak boleh pregnant dah.
So aku bangkit demi anak, aku start buat bisnes, bisnes makanan. Suami aku cakap apa aku masak semua tak kena dekat tekak dia, mesti ada komplain itu ini.
Bila aku jual semua cust cakap sedap dan selalu repeat order.
Suami aku, kalau ada event dekat kem yang melibatkan kami wajib pergi bersama, dia akan tinggalkan aku dengan anak anak terkontang kanting, macam tak ada suami. Dia pergi lepak dengan kawan kawan dia.
Alhamdulillah aku pandai bergaul, tak kekok la dekat situ walaupun suami lari lari dari aku. Seolah olah malu nak mengaku bini dengan anak anak dia.
Tapi kawan kawan baik dia suami kepada kawan kawan aku elok je tak tinggal isteri dan anak anak, termasuk la ambilkan makanan untuk aku dan anak anak.
Dah macam kawan kawan dia tu suami aku pulak layan itu ini risau itu ini, bila mereka asyik tanya suami aku kat mana, sampai aku tak tahu nak jawab apa. Apa apa gambar aku ambil, dia marah upload kat media social.
Mula waktu tu aku tak post dah apa apa pun gambar dia kat social media, aku post gambar aku dengan anak anak je.
Walaupun dp dia ada gambar aku dengan anak anak aku tak heran, dp aku gambar aku selfie cantik cantik guna filter biarpun tak berapa cantik. Ha ha ha.
Bisnes aku makin hari makin maju, dari 1-2 order sampai ratus ratus order sehari, dah ada pekerja 2-3 orang.
Alhamdulillah, impian aku tertunai, sekarang baru suami aku celik mata, seolah olah bangga la kan, tapi aku tak heran pun.
Duit dia duit aku, duit aku duit aku. Faham faham je la kan, gaji tentera bukan banyak pun, habis bayar komitmen makan minum tinggal berapa sen je kan.
Aku pulak sakan shopping guna duit aku, beli makanan yang aku suka boleh dikatakan tiap tiap hari 3-4 kali pintu rumah diketuk, kalau tak parcel yang sampai, makanan yang sampai.
Tiap kali balik kampung, duit minyak belanja keluarga dia kene tanggung, ye la aku surirumah je kan, alang alang tak bagi aku kerja pandai pandai la kau urus duit, duit aku, aku simpan kemas kemas, ikut suka nak beli apa.
Bila sekarang dia tengok aku mewah, tiber pulak kan buat muka kesian tak ada duit tapi dia tak minta dengan aku, masih menebal ego dia.
Ah lantak kau la. Pandai pandai la manage. Aku gembira dah dengan hidup aku, kau tak layan aku, aku ada anak². Rasa nak balik kampung, aku siapkan anak anak balik kampung, tak de tunggu tunggu dia dah.
Aku rasa nak pergi bercuti on the spot aku tempah hotel, pecut kereta, tak yah nak bergantung kat dia dah.
Nak sekat aku? Aku pernah mengamuk hancurkan barang rumah bila aku tengah sibuk siapkan order dia seakan akan nak buat aku down bg tambah kelam kabut aku.
Aku cakap kat dia, bisnes aku, aku tak guna sesen pun duit dia, so jangan halang apa aku nak buat. Cukup la aku terkurung kat rumah kau tak bagi aku kerja. Aku tak kisah dah kau suami ke apa, kalau maruah aku dipijak pijak, kau siap.
Aku dulu memang jenis diam, ikut sahaja apa kehendak dia, sekarang minta maaf, sekali dia tengking aku, 40 kali aku maki balik. Sekarang aku tak kisah dah kalau dia nak ceraikan aku pun. Tapi tu la, tetiba pulak sekarang makin sweet.
Setakat ni je la cerita aku. Maaf panjang sangat. Aku tak pandai sangat menulis, merapu tu boleh la. Cuma nak meluah, kita surirumah boleh pergi jauh kalau kita nekad , letak sayang kat suami tu 50% je.
Aku teringat aku pernah dengar ceramah motivasi doktor fadilah kamsah, beliau ada sebut, sayang boleh tapi jangan letak harapan. Ye tu aku buat sekarang.
Jaga keluarga kita, anak anak kita, suami boleh cari lain, keluarga dan anak anak tak boleh cari lain walaupun anak boleh ‘buat’ lain, tapi tak sama.
Anak anak penguat semangat kita.
Aku tak tinggalkan laki aku sebab setakat ni bab perempuan dan lain lain tak pernah kantoi, nafkah pun walaupun paras paras tengkuk dia tunaikan jugak, bab duit tak berkira. Cuma layanan dia je buat aku move on nak bergantug harap dengan dia.
Terima kasih sudi baca..
– Betty (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit