Surirumah

Aku Nadisaya, late 20s, ibu anak sorang. Cerita pasal suri rumah tangga sepenuh masa. Anak 2 tahun bawah jagaan aku sepenuhnya. Cerita bukan pasal keluarga tapi pasal aku tak ada duit.

Suami aku kerja sorang, rezeki kami cukup makan sampai gaji. Tak pernah short atau miss kat mana-mana sampai gaji. Orang kata cukup makan.

Tapi tak bestnya bila mana aku rasa hina sebab aku suri rumah tak berpenghasilan. Layanan suami dengan mertua buat aku selalu terasa hati.

Suami aku kalau aku bagi nasihat ke pendapat selalu macam diejek. Macam aku ni tak layak bagi pendapat, pendapat aku tak penting.

Layanan mertua pulak, faham saja lah manusia takda duit ni siapa yang suka. Menantu sulung mertua aku, cikgu. Nak makan apa teringat cikgu, nak pergi mana teringat cikgu.

Cikgu nak datang rumah dah fikir nak masak bagi makan apa. Jumpa orang cerita pasal cikgu dia. Anak cikgu pandai bijak, dah kenal warna. (Anak aku 2 tahun, anak cikgu 4 tahun. Yes anak aku belum kenal warna)

Anak aku jarang cerita sampai jiran dia ingat kami 3 beranak jarang balik jenguk mak mertua sebab jiran jarang dengar cerita pasal anak kami. Orang puji cucu sulung, dia suka siap ikut tambah puji. Orang puji anak aku dia diam senyum saja.

Tapi terasa buruk layanan mertua tak sesakit buruknya layanan suami. Suami aku 24 jam telefon. Makan telefon, mandi telefon, berak telefon. Sampai kadang aku terfikir, apa bodoh main telefon sambil berak. Suka ye lelama dalam jamban?

Kadang aku depan mata tengah cerita boleh dia belek telefon. Bosan aku nak sembang dengan siapa, kalau dengan laki sendiri macam sembang dengan taik ayam. Apa aku cakap acuh tak acuh.

Kadang kena perli dia penat kerja letih, best aku dok rumah boleh rehat. Padahal anak dia tu sehari berak 2 kali, makan kadang 3 4 kali. Nak buah la keropok la. Main pulak mana maunya sorang-sorang, nak jugak aku dok celah ketiak dia.

Bab banding dengan bini kawan pun ada. Bini kawan dia kerja tapi pagi boleh buat bekal kat laki dia, lauk hebat pulak tu. Padahal bini kawan dia tu tengahari tak masak, malam makan luar. Aku hari-hari masak tengahari complete meal tak pernahnya dia puji.

Aku nak kerja tapi nak anak ada depan mata tapi nak duit. Pengasuh sekarang memang ada yang baik, yang jahat pun ramai. Nak dapat seketul anak bukan macam order kedai mamak.

Soalan aku untuk kaum lelaki, memang suri rumah ni hina ke? Memang suri rumah ni tempat dia bawah tapak kasut ke? Memang kalau isteri kau tak kerja isteri kau automatik bodoh ke macam mana?

– Nadisaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Wife saya suri rumah sepenuh masa, anak ada 4 org..dia siapkan anak2 ke sekolah, ready breakfast dan sy akan hantar ke sekolah. Basuh kain, jemur..pastu tghari masak..ptg rehat kejap pastu sambung ambik anak dari skolah…sy balik keje ptg mkn dh siap..mlm dia ajar anak mengaji, buat kerja skolah..sy balik keje mlm tu mmg akan tlg dia mana yg mampu..sy bg dia rehat mlm tu…sng cite, kalau wife sy xde…hidup sy akan susah sgt…so hargai dan sygi lah wife masing2…sy akan bg apa saja yg dia mintak ikut kemampuan sy masa tu…sy g keje bawa rm5 dlm pocket pun xpe, jnji wife sy happy…bila wife happy, semua dlm rumah pun happy…hehe

  2. Masa muda memang banyak cabaran, darah muda, emosi masih panas, perlu banyak bersabar. Bila dah tua nanti kita mahu yang tenang-tenang saja. Isteri saya dah 18 tahun jadi suri rumah, cukup lengkap semuanya, anak juga pandai-pandai hasil daripada didikannya. Diumur begini baru banyak masa bersama-sama. Cuma part bawa telefon ke bilik air ke kena tengok juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *