Surirumah Berijazah

Hi semua. Nama saya Bunga. Berumur 30 tahun. Saya sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata perempuan. Berumur 3 & 2 tahun.

Saya merupakan anak sulung daripada 4 orang adik-beradik. Boleh dikatakan sebagai anak harapan keluarga, dan dijadikan contoh kepada adik-adik yang lain.

Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM di bangku sekolah juga memberikan keputusan yang cemerlang. Sehingga lah saya tamat Ijazah Sarjana Muda di salah sebuah universiti awam di negeri Selangor.

Saya juga telah memulakan kerjaya pertama sebagai Admin Executive di sebuah syarikat swasta sebelum grad lagi.

Gaji yang diberikan ketika itu juga mengikut tahap pendidikan saya walaupun saya belum grad lagi. Rezeki Alhamdulillah. Suasana kerja yang sangat menarik, positif & sangat selesa untuk bekerja.

Selepas dua tahun bekerja, saya berkahwin. Pada masa itu, Covid-19 melanda satu dunia. Suami saya yang bekerja di Singapura waktu itu, terpaksa duduk di sana atas arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketika itu, saya sedang hamil 3 bulan. Sehingga lah hari kelahiran, suami saya dapat pulang ke Malaysia selama sebulan, dan kembali semula ke Singapura. Hampir setahun juga di sana sebelum dapat pulang & sempadan dibuka.

Selepas melahirkan anak sulung, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

Memandangkan ketika itu ayahnya berada di Singapura, dan tiada siapa yang boleh menjaganya, saya membuat keputusan untuk berhenti kerja.

Suami saya tiada masalah untuk itu, memandangkan dia boleh menyara kami sekeluarga.

Apabila saya berhenti kerja, orang pertama yang berbunyi adalah ibu & ayah saya. Katanya membazir sahaja hantar belajar tinggi-tinggi, tapi akhirnya tak bekerja. Kalau tahu, dari awal dah dikahwinkan.

Pada ketika itu, saya hanya kecil hati dan berdiam sahaja. Lama-kelamaan saya dah terbiasa. Walaupun ada yang berbunyi sedemikian, saya hanya tersenyum sahaja.

Adik-adik beradik saya yang lain semuanya dah bekerja, dan bekerja di seberang tambak juga. Maklum lah, currency di sana lebih tinggi memandangkan kos sara hidup zaman sekarang juga dah tinggi.

Pernah sekali, ibu saya bercerita adik-adik dapat memberikannya wang setiap kali gaji, sedangkan saya tidak dapat memberikan seperti adik-adik yang lain.

Ketika itu, saya sedang membawa Ibu ke hospital untuk check-up bulanannya. Berhamburan air mata saya ketika itu.

Suami saya tetap memberikan nafkah & gaji untuk saya tiap-tiap bulan. Walaupun tidak banyak seperti saya bekerja, Alhamdulillah cukup untuk saya shopping sendiri dan berbelanja apa yang saya mahu.

Segala kelengkapan suami dan anak-anak dapat saya siapkan dengan sempurna. Bekal untuk suami pergi kerja. Balik kerja sudah terhidang makanan di atas meja.

Pernah juga fikir-fikir untuk bekerja kembali, tetapi setelah dibuat kira-kira, semuanya sama sahaja.

Kos untuk hantar dua anak ke pengasuh, duit minyak dan belanja hari-hari, saya membuat keputusan untuk menjadi suri rumah sahaja.

Ibu ayah saya pun lama-lama dah boleh terima hakikat agaknya. Tak pernah bertanyakan lagi bila saya nak bekerja semula.

3-4 hari sekali, saya dan anak-anak akan pergi ke rumah ibu ayah dan tidur di sana. Bawa ibu ke hospital sekiranya ada check-up bulanan. Bawa ke pasar/kedai sekiranya mahu berbelanja.

Hujung minggu ke kenduri kahwin sekiranya ada jemputan.

Saya sedar, bila saya tidak bekerja, masa saya dapat dihabiskan lebih banyak bersama mereka, walaupun tidak sebanyak wang ringgit yang dapat diberikan.

Adakah saya rugi kerana mempunyai Ijazah sarjana muda dan tidak bekerja?

– Orkid (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. actually itu pun rezeki untuk awak jugak. dapat tengok anak2 membesar depan mata. dapat balik jenguk ibu bapa. dapat sediakan yg terbaik untuk keluarga kecil awak. itu pun dah memadai pengorbanan yg awak buat. duit boleh dicari, cuma masa yg bernilai tu tak semua orang ada.

  2. Assalamualaikum Orkid. Boleh join Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia. Kita ada ramai ahli yang macam awak jugak. Ada yg dulunya belajar oversea, further phd, kerja hebat2. Sekurangnya boleh dapat support sosial, emosi, ilmu etc. Semoga membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *