Assalamualaikum. Saya tahu cerita saya ni akan buat semua orang akan kecam saya.
Cuma saya tak ada tempat nak meluahkan perasaan.
Saya dah berkahwin 4 tahun. Saya kenal husband since sekolah menengah. Husband saya ada satu perangai, kuat badmood. Tapi saya masih tetap terima dia sebab saya ingat orang boleh berubah selepas kawin. Tapi…tidakk..
Nak dijadikan cerita, sebelum berkahwin, bakal husband pernah cakap “awak mesti terima mak saya seadanya”. Bila saya dengar macam tu, terdetik dalam hati. Kenapa tetibe cakap macam tu.
Selepas berkahwin, Allahuakbar. Baru saya tahu kenapa. Baru hari pertama kawin, pukul 4.30 pagi / 5 pagi, mak mertua ketuk pintu bilik.
Okay lagi laa hari pertama, tapi benda keep on sampai hampir 2 minggu. Kalau ketuk jenis yang sopan sopan slow slow takpe, ni jenis yang ketuk sampai gegar pintu.
Kita bangun setiap pagi dengan keadaan mengejut. Kekadang sampai macam kita terus takde mood untuk teruskan hari. Tapi masih bersabar.
Oh yaa, Saya bekerja dan belajar PJJ. Kira setiap hari memang saya akan sibuk. Waktu rehat saya cuma tidur malam sahaja.
kadang kadang, waktu privasi kami suami dan isteri dalam bilik pun mak dia menganggu. Bila suami cakap “sekejap ya, sekejap lagi kami keluar”
Mak dia cakap “apa yang susah sangat nak bukak pintu ni! Bukak jelaa!” Sambil marah marah.
Allah. Kami cakap baik baik. Taknak nak cakap kami tengah bermadu kasih. Bukan sekali dua ya mak dia buat macam ni, BANYAK KALI. Selagi tak bukak pintu, selagi tu laa pintu tu diketuknya.
Kekadang kita lepas mandi pun, dia ketuk pintu bilik. Kita segan sebab baru nak pakai baju apa semua. Dia suruh bukak pintu bilik.
Bila dah buka pintu, mak dia akan cari untuk salahkan saya. Habis satu bilik dia scan tengok. “Tu kenapa baju dalam bakul tak berlipat, dah seminggu dah ke?!” Allah, baju yang tak sampai 1 hari angkat pun nak jadi isu cari salah saya.
Senang cerita, privasi bilik memang takde.
Isu kedua. Saya kekadang rasa diri saya ni cuma HAMBA ABDI dalam rumah, bukan menantu. Diarah itu ini, diarah itu ini.
Apa saya buat tu salah, ini salah. Saya tak kisah dia nak menegur, tapi cara teguran dia umpama sindiran. Depan suami saya, dia tak tunjuk apa yang dia selalu buat dekat saya.
Bila suami saya takde, dia akan mulakan apa yang dia rasa boleh puaskan hati dia, sindir itu ini. Untuk 2 tahun pertama, apa yang dia cakap buruk, dia sindir, saya telan. Pendam.
Saya balik kerja, tak sempat nak berehat bukak tudung, disuruh itu ini itu ini. Penat dengan assignment menimbun nak kejar deadline tak tidur satu malam esok tu pergi kerja.
Dia tak pernah tanya dia “penat ke tak? Okay ke tak? TAK PERNAH TANYA.
Sebenarnya penat sangat. Penat.
Saya faham suami saya tersepit antara mak dia dan saya. Saya faham syurga dia bawah kaki mak dia. Cuma kakadang kekadang saya perlukan suami saya untuk cari kekuatan saya.
Isu ketiga, apa yang saya dan suami saya nak buat, mak mertua selalu masuk campur. kadang kadang saya nak keluar rumah, disoal macam polis tanya penjenayah. Sedangkan saya dah mintak izin suami nak keluar.
Bila saya dan suami nak keluar, mak dia sentiasa nak ikut. Saya okay je. Cuma kesian dengan bapak mertua yang dah uzur kene tinggal sorang.
Saya perasan, mak dia jenis layan suami saya ni umpama RAJA sedangkan dia cuma PUTERA RAJA, tapi dia tak layan suami dia macam RAJA. tapi dia nak saya layan anak dia macam RAJA.
Contohnya, setiap kali anak dia dan saya nak makan, dia wajib datang dekat meja duduk sekali tengok kitaorang makan. Tapi kalau suami dia nak makan, dia takde buat macam tu.
Dulu depan suami saya dia tak berani nak sindir, sekarang depan suami saya dan depan rezeki (tengah makan) dia sindir saya. Makanan yang masuk dalam mulut saya semua terasa pahit. Tapi suami senyap takde nampak usaha nak bantu backup saya.
3 tahun saya stress pendam perasaan, belum ada rezeki anak lagi masa ni. Tapi kerap jugak isu anak mak mertua saya bangkitkan.
Saya dan suami kerap jugak bergaduh. Suami saya dia suka buat silent treatment kalau bergaduh. Dia akan buat saya ni tak wujud. Bila dia nak saya, dia cari.
Bila dia tak nak, dia buat taktahu. Saya jenis tak suka gaduh lama lama, gaduh tergantung takde solution. Saya yang sentiasa rendahkan ego, sentiasa minta maaf walaupun bukan salah saya. Perit.
Saya selalu ajak suami berbincang elok elok, nak cakap elok elok, tapi suami tak pernah nak berbincang. Dia teruskan dengan perangai silent treatment. Allah.
Bukan sekali dua je, 4 tahun perkahwinan. 4 tahun dia macam tu. Macam mana nak selesaikan masalah kalau tak berbincang. Even dah ada anak pun, masih sama perangai.
Suami tahu saya tak okay dengan mak dia, jawapan dia cuma “itu mak saya, syurga saya”. Ya saya tahu, tapi hati isteri? Anak patung ke?
Saya takde perasaan ke?
Saya perasan 50% perangai mak dia, memang ada dekat suami. Tajamnya lidah mertua dan tajamnya lidah suami. Saya bukan jenis melawan, saya senyap, saya telan, saya pendam.
Kalau saya taktahan, saya akan masuk bilik air menangis sepuas hati (waktu suami tidur atau dia takde). Itu je tempat yang saya boleh sorok untuk menangis.
Tahun ke 3 perkahwinan, saya dikurniakan zuriat. Dan saya decide nak jadi baby sebab masa tu covid tengah teruk. suami saya je yang bekerja.
Bayangkan setiap hari ya, setiap hari, mak mertua macam cakap “kesian ayah kamu kerja sorang”, “kesian ayah kerja cari duit”, “kesian ayah penat kerja”. HAMPIR SETIAP HARI, bayangkan anak saya ni dah 7 bulan, saya dengar benda yang sama.
Dia hanya kesiankan anak dia, bukan anak orang lain a.k.a MENANTU. Oh ya, mungkin sebab bukan anak dia kan. Dulu aku pernah kerja, kenapa tak pernah kesiankan aku penat apa semua?
dengan anak yang suka melekat memanjang, dia masih suruh itu ini itu ini, anak saya menangis, dia suruh buat jugak kerja kerja rumah kasi siap.
Kita ni dah nak nangis tengok anak kita menangis nangis nak kita. Allah.
Aku ni hamba abdi ke menantu?
Lately ni, aku macam lost. Aku lost diri aku. Apa aku buat semua tak kene, aku jadi cepat moody, aku dah tak senyum, aku kerap marah, aku senyap je. Aku rasa nak duduk dalam bilik, taknak keluar. Aku taknak buat apa apa. Aku lost. Aku burn out.
Nak dijadikan cerita, tadi mak mertua suruh saya ambikkan mangkuk, tapi saya terpecahkan mangkuk kaca dia.
Mak dia terus “mangkuk kaca tu tinggal satu je”, dengan nada yang ntah laa. Saya tak boleh nak cakap macam mana nada dia. Saya jadi lagi down.
Suami saya perasan lately ni saya lain. Dia tanya “awak orite x orite ni? Dengan nada frust.
Saya menunduk cakap “saya okay”
HAKIKATNYA, AKU TAK OKAYYYY. ALLAH.
Saya ingat suami boleh jadi tempat nak luahkan perasaan, tapi tak. Family sendiri jauh. Kat sini saya takde sesiapa.
korang faham tak bila kata kata sindiran bertahun tahun kau hadap, kau tak bebas berdikari berdua dengan suami, kau telan semua tu. Kau pendam. SERIUS STRESS. Aku stress sangat stress. Aku nak lari dari rumah. Jauh jauh.
– Seorang isteri yang sentiasa pendamkan perasaan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit