Surirumah dan Bisnes Online

Assalamualaikum semua. First time meluah disini. Triggered sebab lately banyak posts pasal suri rumah dan bisnes online.

Jujur aku cakap, aku salah seorang dari suri rumah yang baru berkecimpung dalam dunia bisnes. Hanya jadi dropship satu brand ni.

Sebab apa? Sebab nak cari duit lebih untuk family, diri sendiri. Macam orang selalu post la, “nak jana income dari rumah? Hubungi saya bla3”.

Aku dah berkahwin, 3 tahun lebih. Dan Allah kurniakan dua orang anak. Yang sulong 2 tahun lebih, dan yang kedua baru 5 bulan. Gap tak jauh.

Actually nak plan anak masa awal kahwin, konon nak berhoneymoon dulu, tapi rezeki Allah bagi cepat. Kahwin terus mengandung.

Masa tu masih belum habis belajar, postgrad. Sampai la sekarang, masih belum habis. Sebab busy dengan anak2. Dilemma student2 postgrad sahaja yang tahu macam mana struggle nak habiskan study.

Berbalik kepada asal, pasal bisnes online. Rata-rata kebanyakan suri rumah sekarang memang buat side income dari rumah. Tapi sejak aku berjinak-jinak dalam dunia bisnes ni, memang betul, kalau kau buat, kau dapat.

Bulan pertama aku join bisnes ni, aku buat sales kaw2. End up dapat la untung almost RM2000 untuk bulan pertama. Rasa happy gila! Yela sebab dah lama tak pegang duit hasil titik peluh sendiri.

Tapi, bila aku fikir semula. Nak dapatkan RM2000 tu, ada benda yang aku terpaksa korbankan. Tahu apa? Masa untuk menjadi surirumah. Mungkin sebab aku amatur.

Awal-awal berbisnes, anak-anak aku terbiar. Aku banyak bagi tengok kartun. Sedangkan sebelum ni aku banyak bermain dengan anak-anak aku. Sebab tak nak expose diorang kepada handphone, tv, sebab both kecik lagi.

But sebab bisnes, aku terpaksa bagi. Sebab nak buat sales, nak layan customer. Handphone kat tangan boleh kata most of the times.

Paling sedih, bila tengah layan customer, anak datang nak main, aku jadi singa. Marah anak aku tu sebab kacau aku tengah berbisnes. Bila diingat balik, sedih sangat rasa.

Tu belum hal rumah, mula-mula join tu, tak pandai bahagi masa lagi, memang terkejar-kejar setel hal rumah. Buat kerja sambil phone kat tangan layan customer. Rasa penat. Penat sangat. Then anak jadi mangsa.

Baru aku paham, kenapa ada adik beradik aku yang lain, yang juga berbisnes online juga, asyik dengan phone, dan anak2 terbiar.

Kalau ada yang boleh buat sales, sambil jaga anak sebaiknya, kira level hebat la tu. Ada ke? Trust me, nak dapatkan sesuatu, mesti ada benda yang kena sacrifice. Salah aku tak dapat jadi a good mom.

Sudahnya, aku fikir balik, fikir dalam-dalam. Apa priority aku sebenarnya. Ya. Priority aku sekarang ialah ANAK-ANAK. lepas pada tu, aku dah tak buat sales macam first month aku buat.

Aku banyak spend time dengan anak2 aku. Bab sales, aku letak tepi.

Sekadar aku nak cari pengalaman berbisnes dan aku masih cukup dengan apa yang aku ada, dan segala keperluan, suami masih mampu bagi. Yang penting, anak-anak dan keluarga aku saja sekarang.

Aku ada bagitahu suami, one day if aku betul nak berbisnes, aku kena hantar anak-anak aku ke taska or pengasuh. Sebab aku taknak anak-anak aku jadi mangsa, asbab nak kejar sales. For now tak lah sebab covid ni.

Maybe aku dah berada di zon selesa aku. Kalau ikutkan bisnes punya style, aku pernah dengar ada la sorang tu, terkenal, cakap, dalam perniagaan tiada perasaan puas.

Dalam berbisnes kena usaha lebih dan lebih lagi untuk dapatkan lebih lagi. Of course la buat lebih akan dapat lebih ye tak?

So memang aku bukan ditakdirkan untuk berbisnes la maksudnya kot ye? Hehe. Sebab aku dah selesa dalam zon aku sekarang, aku tak kerja keras untuk dapatkan lebih dan lebih lagi. Sebab bagi aku, apa yang aku ada dah cukup dah.

Fokus aku sekarang, keluarga aku, anak-anak terutamanya, kemudian pengajian aku. Nak habiskan juga walaupun dah banyak kali down.

Bisnes aku masih berjalan, cuma kalau ada customer, itu rezeki Allah bagi. if takde, aku tak sedih, sebab rezeki dengan keluarga aku. Itu pun rezeki juga.

Aku respect surirumah yang boleh berbisnes sambil jaga anak, setel hal rumah. Bukan senang nak buat. Kalau kerja dekat office, ada working hours. Ada MC. Suri rumah, 24 hours working. Memang hebat! Buat sales kaw2. Aku tak mampu.

For those yang bekerja, anda hebat juga tau. For me takda beza ibu bekerja or surirumah. Dua-dua pekerjaan yang sangat-sangat mulia.

Last but not least, tetiba teringat suami aku cakap, don’t put any unnecessary pressure on you. Buat mana yang termampu sahaja. Nak try boleh, tapi kalau tak berjaya, jangan sedih or overstress. And yes, bagi aku kata-kata dia tu betul.

Hidup ni kena simple. Tak perlu nak terikut-ikut dengan trend, dan tak perlu hirau kata-kata orang. Sebab kawan-kawan aku yang surirumah ramai juga join bisnes sebab tak tahan dengar orang kondem asyik habiskan duit laki etc. Surirumah saja paham. Hehe.

Okay thats all! Thank you sudi baca!

– Sad Mom (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *