Surirumah dan BPR

Sebut masalah kewangan, saya agak terkilan.. entah kemana sepatutnya saya hamburkan rasa kecewa ini.

Kenapa wang BPR untuk bulan Mei tak masuk akaun isteri seperti biasanya? Sedih betul saya rasa.. Saya yakin ramai lagi diluar sana yang senasib dengan saya.

Musim pkp, pkpb, pkpd ni… susah nak dapat duit untuk beli barang dapur. Nak kerja dekat kantin, sekolah tutup.

Kedai makan ramai dah tak mampu nak gaji orang.. Sendu berniaga katanya.. Ya, kami faham.. habis yang BPR ni kami tak faham.

Kalau sebelum ni.. alangkah gembiranya kami kaum isteri bila ada menteri yang faham masalah kami,

Menteri tersebut ada membaca data dan membuat semakan silang dengan Kementerian Pembangunan Wanita berkaitan masalah rumahtangga.

Lalu di buat pengumuman, Bantuan kewangan BSH atau BR1M untuk masuk ke akaun isteri.

Senang nak urus keperluan anak-anak, bayar segala bil yang tertunggak, sewa rumah dan barang dapur dapat dijelaskan.

Namun kali ni kenapa pihak berwajib tiba-tiba tukar ke akaun suami pula?

Bantuan tambahan b40 juga mungkin masuk akaun suami. Dan yang rebat telefon atau redeem topup tu pun mungkin suami seorang saja dapat.

Bila pihak berwajib buat keputusan macam ni, tolong percaya tak kan ada yang berubah melainkan ketua keluarga tu manusia yang bertanggungjawab.

Ada kes sebelum ni.. masa ni BR1M tak silap saya, masuk akaun suami, tak pernah sampai dekat isteri untuk selasaikan bil dan yuran anak pun tertunggak.

Suami guna untuk keperluan peribadi dah hal tak berfaedah.

Ada kenalan saya baru bercerai dengan suami hujung febuari. Dah lah nak ambil sijil cerai kena tunggu nak dekat sebulan.

Ingatkan ada wang poket BPR untuk beraya dengan anak-anak.. Namun terpaksa berputih mata bila wang tu masuk akaun suami. Mungkin ramai akan cakap “Mintak saja lah dengan suami, apa susah!”.

Depa tak faham ada jenis suami memang kedekut dan tak faham tanggungjawab.. Sebab tu dia ambil keputusan bercerai…

Sebelum ni suami dia pernah culas dan guna wang BR1M untuk kegunaan sendiri, buat berjudi, bila ditanya dah habis katanya.

Ramai lagi ketua keluarga di Malaysia tak bertanggungjawab.

Walaupun jelas dalam IC tertera bangsa Melayu dan beragama Islam, masih ramai kalangan kita mencari cara yang haram dan bertentangan ajaran Islam.. terutamanya guna duit BPR untuk berjudi, beli rokok, beli dadah dan sebagainya..

Keluarga? Ada saja… pandai-pandai lah nak hidup. Yang pasti isteri sentiasa tiada hak bersuara, sentiasa kena ugut Nusyuz, derhaka.. anak-anak pun kena tempias. Ada sesetengahnya bangga konon dengan #beraskitabeli…

Saya berharap pihak berwajib sekarang peka terhadap nasib kami para isteri surirumah sepenuh masa ni. Penat dah pendam masalah, penat tegur suami untuk berubah.

Tolong lebih teliti dalam memberi bantuan kepada rakyat kerana amat ramai kaum ibu dan anak-anak yang ditindas suami sendiri..

Duit bantuan ada diberi tapi habis dikikis suami untuk bazirkan pada hal yang tak berguna.

Sekian,

– Jiran Syahdu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *