Assalamualaikum pembaca setia iium confession.
Hari ni aku nak luahkan sedikit rasa yang terpendam selama beberapa tahun jadi suri rumah.
Aku belajar tinggi.Result pun gempak. Tapi jodoh aku dengan pekerjaan tiada. Aku menganggur saja. Panggilan interview dah melebihi 10 kali. Dari bujang, sarat mengandung sampai anak dua. Aku pergi setiap interview. Fully prepared. Pakaian skema.. Solat hajat. Semua cukup. Tapi aku tahu kelemahan sendiri. Tak pelah.aku sabar. Aku tak give up. Aku masih mencari pekerjaan seperti biasa walaupon byk tahun dah berlalu sejak aku grad.
Aku kesal pada mulanya family aku asyik perli je. Padahal setiap kali interview aku update pada diorang. Naik bas dgn perut boyot utk attend interview walaupon tahu majikan akan reject.aku menangis. Mengamuk. Protes kat suami aku yang mmg dah lama redha pun aku jadi suri rumah. Infact dia lagi suka aku jaga anak2. Sorry tapi aku terikat dengan hutang PTPTN rm30k++ ..haruslah aku sedar diri.
Suami aku pun bukan kerja lekeh2.tapi nak menanggung hutang bini, bukanlah di tahap kemampuan dia. Aku masih mampu request mkn sedap & baju cantik setiap bulan. MasyaAllah.dari sudut tu aku sangat bersyukur. Cuma aku masih perlu kerja.
Aku pernah kerja dengan separuh dari gaji minima yg kerajaan tetapkan. Bayangkanlah. Time tu tetiba anak jadi kerap sakit. Duit mcm air. Lagi rasa rezeki sempit. Tiap hari aku OT ikhlas dua jam tanpa byrn extra semata2 nak tunggu suami pick up. 6.45pagi-8malam.. Balik rumah aku dh xjadi isteri. Tapi jadi gorilla. Tak berbaloi sampai nak jadi anak yang xbalik kampung, isteri derhaka & ibu yang mengabaikan anak semata2 kerja yang mcm tu.. aku pun berhenti.
Bisnes aku buat bagai nak rak. Semua mcm boleh pergi jauh. Suami aku mmg galakkan. Sanggup habiskan duit utk sponsor modal. Tapi ada je halangan. Mcm2. Paling utama perhatian pada anak.. daripada buat customer naik angin berurusan dgn aku. Aku tarik diri lagi.
Aku xtahu apa yg Allah nak aturkan utk aku di masa hadapan. Aku masih berusaha seperti biasa. Cuma kali ni suami bg galakkan utk aku kerja lepas aku tunjuk surat perjanjian PTPTN dpn mata dia.buat2 tekan kalkulator kira % bunga..hihi. psiko tak aku..
Tapi…Allahuakbar. dapat saja interview. Dua sekaligus. Terus anak2 aku sakit teruk. Sakit yg mcm kami ingat anak kami akan pergi tinggalkan kami terus.Tahap nyawa2 ikan. Aku redha.aku berdoa Ya Allah. Sekiranya bukan rezeki ku untuk mendapat pekerjaan sekurang2 nya kurniakanlah kesihatan yg baik & antibodi yg kuat untuk anak2ku..Berikanlah sedikit rasa bahagia di dunia ini pada ku dengan melihat anak2 ku membesar seperti kanak2 lain.
Family aku pun mcm xsokong aku utk bkerja. Diorang lagi suka aku jadi suri rumah. Dulu diorang risau kalau aku dapat suami spesis jembalang. Takut aku teraniaya. Tu sebab diorang paksa aku bekerja. Bila dah kenal suami aku jenis ‘family man’, kerap bawak aku balik kampung. Jenis suami tolong isteri itu ini. Jenis boleh basuh berak anak. Family aku tak kisah dah bab2 kerja. Diorang suruh aku fokus anak2 je..
Sekarang aku relax sikit.tapi masih tak berputus asa. Doakan aku. Bisnes aku cuba yang lain pula.yg jenis buat bila free..tengoklah mcm mana.harap ada lah kemajuan.hihi
Cer korang komen sikit pendapat korang pasal hidup aku ni..
Peace.
– Suri
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit